Island hopping adalah aktiviti ramai orang lakukan setiap kali bercuti ke kawasan pulau. Tapi bila dah selalu ke dengan aktiviti yang sama, mesti jauh di sudut hati akan timbul rasa jemu dengan trip yang ‘biasa-biasa’.
Maksud ‘biasa-biasa’ itu adalah duduk sahaja di atas bot dan tunggu tekong untuk bawa kita ke lokasi-lokasi di sekitar pulau. Untuk anda yang baru nak merasai pengalaman island hopping mungkin teruja, tetapi untuk yang dah kerap merasai pengalaman tersebut, pasti anda mahukan sesuatu yang lain kan?
Kalau kelainan itu yang anda mahukan, saya ada satu cadangan yang awesome dan pasti pengalaman ini akan memberikan anda kelainan dan keterujaan yang berbeza berbanding pengalaman island hopping yang pernah anda alami sebelum ini.
Selalunya island hopping anda akan naik bot bukan? Of course la naik bot, takkan nak berenang pula kan? Hahaha.. Apa kata untuk trip akan datang, cuba island hopping dengan menaiki jet ski!
Yes! Jet ski! Saya boleh bagi satu jaminan kepada anda yang pusing mengelilingi pulau menaiki jet ski 100 kali lebih menyeronokkan berbanding anda menaiki bot dan duduk menunggu sampai ke destinasi.
Kenapa saya katakan demikian? Sebab dengan menaiki jet ski, anda sendiri yang menunggang dan menuju ke destinasi yang disenaraikan. Oh ya! Island hopping menaiki jet ski akan ditemani oleh jurupandu yang berpengalaman – jurupandu itu akan naik jet ski yang lain dan anda akan konvoi bersama beliau!
Ads
Lupa untuk saya beritahu kepada anda, di manakah saya merasai pengalaman pertama saya menaiki jet ski untuk aktiviti island hopping ini? Saya berpeluang untuk mencuba sendiri island hopping menaiki jet ski ini bersama-sama rakan-rakan daripada Firefly bersempena dengan program CSR yang dilakukan oleh mereka di Pulau Langkawi.
Sambil-sambil nak mengutip sampah di sekitar Pulau Langkawi sempena dengan Hari Kebersihan Sedunia yang jatuh pada 21 September 2018 baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk menaiki jet ski kepunyaan Mega Watersport JetSki Tours di Pantai Chenang.
Mega Watersport JetSki Tours yang dimiliki oleh Hussein Mohd Said ini ada 77 jet ski jenama See-Doo GTI 90 dan mampu untuk membawa anda ke sekeliling pulau dengan selesa dan selamat. Berkapasiti enjin lebih kurang 90 kuasa kuda, jet ski ini mampu meluncur dengan mudah, membelah lautan sambil memberikan anda tiupan angin laut yang sangat best!
Ads
Mega Watersport JetSki Tours ditubuhkan pada 2009 dan tidak menyediakan perkhidmatan sewa jet ski tetapi menyediakan perkhidmatan menjelajah kepulauan Langkawi menaiki jet ski. Tour yang anda akan nikmati bersama Mega Watersport JetSki Tours adalah sekurang-kurangnya selama empat jam mengelilingi Pulau Langkawi. Menarik bukan?
So trip yang saya dan rakan-rakan cuba baru-baru ini adalah selama lebih kurang empat jam lebih meliputi jarak sejauh 40 kilometer dan ke lapan pulau yang ada di sekitar Pulau Langkawi. Anda bayangkan bertapa rentungnya kami waktu itu gara-gara ada yang tak pakai sunscreen lotion! Hahaha.. Tapi semua tu dah tak fikir sebab semua seronok menunggang jet ski masing-masing.
Antara lokasi yang sempat kami singgah pada trip jet ski tu adalah Tasik Dayang Bunting – tasik yang terkenal di Pulau Langkawi sebab menjadi tasik air tawar kedua terbesar yang wujud di pulau yang terletak di tengah-tengah laut.
Ads
Semasa singgah di Tasik Dayang Bunting tu, kami sempat meneruskan misi kami iaitu membersihkan sampah-sarap yang ada di sekitar tasik. Tasik ni ramai orang yang datang setiap hari tapi sayangnya, kesedaran sivik masyarakat masih lagi di tahap yang minimum sebab masih ada yang buang sampah sarap merata-rata terutamanya tisu dan plastik-plastik kecil. Plastik-plastik kecil ni kalau dijumpai dalam kuantiti yang banyak, sangat menyakitkan pemandangan!
Tambahan, plastik-plastik kecil ni susah nak dibersihkan sebab terlalu banyak dan melekat di merata-rata tempat. Jadi nasihat saya kepada anda mambaca artikel ini, tolonglah buang sampah di tong sampah yang disediakan ataupun simpan dahulu dalam kocek sebelum buang dalam tong sampah semasa keluar nanti.
Okay, berbalik kepada cerita jet ski tadi, saya sarankan kepada anda untuk cuba pakej tour nombor dua yang disediakan Mega Watersport JetSki Tours. Saya jamin anda pasti puas hati dengan aktiviti ni. Psstt.. saya dan kawan-kawan sampai sekarang masih belum move on dengan jet ski ni sebab masing-masing galak ‘merempit’, hahaha..
Sedikit info untuk anda, sekiranya anda ingin melakukan aktiviti ini, pastikan anda pakai pakaian yang bersesuaian dan kalau boleh pakai la sunscreen lotion – hitam kulit oii.. Lagi satu, barang-barang yang perlu anda bawa adalah kamera atau telefon pintar dan sedikit duit untuk membeli air dan sebagainya apabila anda sampai di Tasik Dayang Bunting nanti.
Jangan risau dengan waterbag, sebab anda akan dibekalkan dengan satu waterbag untuk isi barang-barang anda daripada terkena air. Passpot, kad pengenalan, kad bank semua tak payah bawa pun tak apa, tak ada masalah.
Ya! Anda perlu bawa cermin mata hitam, baru la sedap bawa jet ski, tak silau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selain kawasan peranginan tanah tinggi yang sejuk seperti Cameron Highland, ramai juga antara kita yang sangat menggemari percutian di pulau peranginan.
Dan pastinya pulau yang menjadi pilihan adalah seperti pulau-pulau di Laut Cina Selatan .
Dalam satu perkongsian di Grup Backpackers Buddies Malaysia, Helmi Baharum memberitahu jika yang berminat untuk mengujungi Pulau Redang, masih boleh berbuat demikian sebelum ditutup pada bulan November ini.
Dia turut memberitau itinerary yang boleh dilakukan sepanjang bercuti ke Pulau redang yang mempunyai pantai cantik dan memukau.
Tidak puas menghabiskan percutian 3 hari dua malam di pulau ketujuh terbesar di Malaysia ini kerana banyak momen indah dikenang di sini.
3Hari 2Malam (bukan trip dgn pakej) – Pulau no.7 terbesar di Malaysia – Monsun bermula seawal November dgn tanda kehadiran banyak obor-obor.
17/10/2021 – Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Klinik Kesihatan Batu Rakit (Origin Hentian Bas KT)~RM2.40-direct ke Jeti Merang,Setiu. – Bot RM50 pergi + RM50 balik diuruskan oleh pihak hotel – Check in hotel Asmadi Guesthouse RM80 twin room per night x 2 malam (lepas diskaun RM100 traveloka) Asmadi Guest House – Jalan kaki ~1.5KM Guesthouse ke Turtle Point Beach just sightseeing laut yg super biru turqoise.Berangan jap stay Taaras Hotel dari kejauhan, hotel paling grand di Redang. – Snorkeling sesi petang RM75 dengan 4 point: *Nyior Sebatang, Pulau Pinang. *Pulau Busung + Pulau Kerengga-Sandbank panjang *Pulau Paku-Coral Hijau yg cantik: Coral paling best kat sini *Shark Point, Pantai Pasir Panjang-ada jumpa baby shark tapi tak sempat ambil gambar – Malam melihat persembahan permainan api di Pantai Pasir Panjang. Deal dengan boatman tambang bot pergi balik RM30 dari hotel.
18/10/2021 – Sarapan di kedai Kampung berdekatan – Snorkeling Turtle Point sesi 1 (DIY): berjalan lagi 1.5KM oneway dari hotel.terus berenang ke jeti.Wow sangat banyak penyu datang sekitar 7-8 ekor.Meriah betul sebab ramai bagi umpan sotong. Balik lagi hotel 1.5KM jln kaki – Lunch di hotel – Jungle Tracking dari hotel jalan kaki ke Turtle Point dan seterusnya Jungle Tracking ~45 minit ke Pantai Pasir Panjang one way (dah patah semula) – Sunset di Turtle Point Beach dan mandi pantai – Dinner di kedai Kampung.overall harga makanan di kampung tidak terlalu mahal berbanding di kawasan resort-resort.
19/10/2021 – Sarapan di kedai Kampung berdekatan-Roti Canai PSY Oppa Gangnam Style – Snorkeling Turtle Point sesi 2 (DIY) – Kali ni hanya ada 2-3 ekor penyu mungkin sebab terlalu pagi penyu bangun pagi dan sebab umpan sotong tak banyak. – Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Jeti Merang,Setiu.~RM3.60 ke Stesen Bas berdekatan Airport Sultan Mahmud KT.
Hurm.sayang nya rasa nak tinggalkan Terengganu, semoga ada rezeki berjumpa lagi di lain masa.
Berkhemah bersama keluarga bukan antara senarai idea percutian yang akan dipaparkan saat mencari lokasi percutian bersama keluarga sebelum ini. Hikmah tidak dapat bercuti ke luar negara, rakyat Malaysia kini cuba pelbagaikan konsep bercuti antaranya dengan melakukan aktiviti perkhemahan.
Percayalah aktiviti ‘camping’ bersama keluarga dan rakan-rakan di lokasi perkhemahan di negara ini sesuatu yang cukup menarik. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti percutian seperti ini membantu mendidik anak-anak belajar berdikari, menghargai alam dan keluar dari zon percutian selesa biasa.
Bagi yang sedang mencari lokasi perkhemahan seisi keluarga, lokasi perkhemahan keluarga di Malaysia yang dikongsikan saudari Mashithah Hasim via Family Camping Malaysia mungkin boleh dipertimbangkan.
‘7th Camping Trip’ di ABCampsite atau Air Beruk Campsite, Gerik, Perak (3 Hari 2 Malam)
Kali ini kita try booking campsite berpondok gini. Asalnya tengok gambar orang sebelum-sebelum ini setup atas pondok so dalam hati ok laa sikit camni musim-musim hujan ni tak susah hati nak tirih ke apa. Alih-alih pasang Base M, tak muat.Hahaha. Dua kali pindah wakaf sebab katanya yang tengah tu alang dia tinggi sikit. Pun sama. Dah laa hazabnyaaaa nak pasang dengan tiang tu panjang..Jap kena sua sana kejap sua sini sorang atas sorang bawah. Setelah menemui kegagalan dua kali, kitorang memandai jer ler setup bawah tetengah antara 2 pondok. Tolak meja batu semua make space sendiri. Alhamdulillah berjaya setup walaupun dah gelap sebab sampai pun dah dekat Maghrib. Hakak memang dah bunyi dah kalau kali ni tak muat gak, nak balik. Hahahaha
Bilik air ada tapi lampu suram sangat kat toilet perempuan. Toilet lelaki macam tak logik gak dia buh lampu motion sensor bahagian luar, kalau orang tgh membuang lama-lama kat dalam tak bergerak, selamat laa bergelap dalam tu. So sila bawak lampu sendiri
Paip air ada.
Fire pit ada
Parking dekat tapi kena panjat tangga
Entrance for Normal Car, Highrise car or 4×4? Semua boleh masuk
Compatible with campervan? Maybe sbb jalan curam berbukit sikit jer masa lepas masuk pagar dia
Phone Coverage : Umobile E, Maxis & Digi cam ok jer
Security / safety : Masa kitorang gi takde org jaga malam. Ada 2 campers jer termasuk kitorang. Perasaan cam seram sikit entah kenapa. Tempat berpagar. Masa siang ramai piknik meriah and sebelah tu Castella Cafe yang makan dalam air tu. Bila malam memang krik krik sungguh.
Cost of site RM50 untuk malam, siang jer kalau nak piknik RM30. Ko nak pacak atas tanah ke, atas pondok ke, harga sama. Campsite contact : 017-3675447
Overall best dengar bunyi sungai, cengkerik bagai. Memang takde bunyi karok bagai ler. Haha.
Cons: B
anyak gila nyamuk. And kebersihan kureng sebab org piknik ramai tinggal gitu jer bekas-bekas polestrine tu bersepah. Masa sampai ada najis musang kot atas pondok tu kitorang kena bersihkan sendiri. And kawasan macam tak terjaga sangat hari Jumaat tu. Kitorang dah duduk setup baru ada kakak tu datang kutip sampai and bersihkan kawasan sikit.
Pro:
Sungai best untuk bebudak boleh lintas sini sana memang tak dalam langsung. Ada org jual ABC tapi time kitorang pergi tak bukak sebab tuan tanah kenduri kahwin katanya.
Ada rakit boleh buat main sumo sapa jatuh kalah.
Ada sewaan tube kalau nak main tubing.
Ada gazebo so senang tak payah setup area kitchen. Anak-anak pengalaman main pondok-pondok kali ni. Memang excited habis. Siap mintak nak tido atas pondok jer. Tak nak tido dalam khemah malangnya nyamuk banyak nau walaupun dah pasang ubat nyamuk, dah buat unggun api, dah spray and sapu cream nyamuk kat badan.
Setiap gazebo ada tong sampah dan sampah dikutip tiap-tiap hari..
Alhamdulillah settle trip ke-7. Pengalaman yang tak dapat dilupakan tetiap kali camping. Bonding anak-anak semakin kuat sesama sendiri dan sesama mak pak. Cabaran membesarkan anak yang kian remaja, kena cari jalan keluar dari dunia gadget at least dapat laa 3 hari 2 malam setiap 2 minggu. Semoga kita semua kekal selamat untuk teruskan aktiviti camping bersama keluarga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda bercadang untuk bercuti ke negeri Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), waktu yang ideal untuk ke sini adalah dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Ini kerana ketika itu cuaca agak baik terutamanya jika anda ingin ke kawasan tanah tinggi, pantai atau pulau. Pulau-pulau disekitar Pantai Timur boleh dilabelkan antara yang paling indah dan menarik di negara ini tau.
Apa lagi, jom rancang percutiaan anda terus ketiga-tiga buah negeri tersebut iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dari Pulau Pinang seperti yang dikongsiakan keluarga Nor Hayati Abu Bakar ini.
Curi kesempatan cuti sekolah yang lalu road trip merentas negeri-negeri Pantai Timur dalam total jarak perjalanan 1367km bermula persinggahan pertama di Tanah Merah, Kelantan berakhir di lokasi sejuk Cameron Highlands, Pahang sebelum kembali ke Juru, Pulau Pinang.
Tujuan asal ke chalet yang viral di Kelantan Siba Garden Chalet & mencari Patin Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak,Pahang tapi alang-alang dah lalu Terengganu, kita singgah mana yang patut.
Destinasi:
Siba Garden Chalet
Pasar Rantau Panjang
Terangganu Draw Bridge
Jetty Pulau Duyong
Pantai Kemasik, Kemaman
The Sheep Sanctuary, CH
Sambil cuci mata tengok tempat orang, kita jalan-jalan mencari makan!
Makan-Makan:
Nasi Kerabu, Warung Pok Teh Roji, Rantau Panjang.
Mee celup, pulut mangga, pulut durian – Rantau Panjang
Nasi Dagang Atas Tol, Terangganu
Mints Pizza, Balok Kuantan
Patin Tempoyak, Go Bang Maju, Temerloh
Puku ice cream homemade, Kea Farm, CH
Travel bersama family, especially dengan anak-anak kecil memang mencabar. Pilihlah lokasi yang sesuai agar keselamatan mereka diutamakan. Yang penting, bawa mereka explore benda baru yang fun dan mengujakan macam bermain dengan kambing biri-biri.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!