BFF Trip Ke Villa Danila, Kelantan. Tempat Lawa, View 5 Bintang!

Share

Berkesempatan travel dengan kawan baik memang seronok. Lagi-lagi percutian tersebut mempunyai lokasi dan destinasi menarik untuk diterokai bersama. Lagi 'syiok' kawan-kawan baik pula 'sejenis' yang pandai ambil gambar. Memang lawa la gambar-gambar percutian akan terhasil terhasil.

Berhajat bercuti bersama-sama teman? Mungkin boleh jadikan perkongsian percutiaan Zuraida Jda bersama teman-temanya sebagai panduan lokasi pilihan akan datang.


image via google

Girls Trip! Geng terlepas bus sekolah


Lama tak keluar outdoor shoot gambar bersama geng-geng semenjak pkp. So kitaorg decide untuk shoot kat lokasi yang terdekat je. Tambahan pula masih berhati-hati tentang penularan virus dan jugak bersempena tahun Melawat kelantan tahun 2020 ni…so kita support la negeri tanah kelahiran kita dlu yer.

  • Lokasi: Villa Danila,Pasir Putih Kelantan











  • Dari Pasir Mas mengambil masa 45minit jer driving
  • Harga Bilik : Kami booking Sea View (Honeymoon Sweet)
  • Villa Dato Siti RM927. Now ada promosi bleh view sndri laman web ye.
  • Bilik Luas & selesa muat untuk 4orang
  • Time kami kesana pool & dining/restaurant area masih belum beroperasi sepenuhnya.



  • So korang kena keluar cari makan area kawasan tu.
  • Untuk breakfast bleh try nasi dagang gulai itik ..besttt wooo..
  • (Kedai Kak Jue nasi dagang terletak selepas Jambatan Tok Bali..)
Oleh
Husna