Bagi yang suka akan alam semula jadi dan menginginkan kelainan dalam jadual percutian wajarlah memilih percutian Glamping.
Glamping antara trend percutian pilihan terkini di negara kita dengan pengalaman menginap atau bermalam dalam khemah disekitar kawasan hutan yang mempunyai kemudahan yang selesa. Konsep percutian sebegini di Malaysua mula popular dan mendapat tempat dalam kalangan rakyat tempatan mahupun pelancong luar negara.
Percutian sebuah keluarga dengan konsep glamping di The Hid3out, Ulu Yam mendapat perhatian ramai. Perkongsian yang dimuat naik di status page Facebook We Go Travel menarik minat netizen untuk mencuba percutian dengan konsep sedemikian.
Ini perkongsian menarik daripada kaluarga bahagia ini.
Satu lagi lokasi glamping yang mungkin anda semua tidak tahu yang sangat berdekatan dengan ibu kota iaitu hanya mengambil masa selama 20-30 minit sahaja. Kami telah menikmati pengalaman yang menyeronokan di The Hid3out yang terletak di Ulu yam sahaja.
Keselasaan manjadi daya tarikan
Bagi anda yang selalu pergi camping atau berkhemah, keselesaan ni tiada tolok gandingnya dengan adanya tilam, kipas dan juga tandas di setiap khemah. Di sini juga kita boleh mendapatkan pengalaman yang cukup memuaskan bagi si pencinta alam sekitar.
Persekitaran yang menyamankan dengan bunyi deruan sungai serta kicauan burung menjadikan percutian kamiindah dan menyeronokkan selain berpeluang untuk merakamkan foto yang indah.
Aktiviti
Lokasi ini sangat bersesuaian untuk small gathering bersama family atau rakan-rakan, dimana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama disini oleh kerana di kawasan ini agak sukar untuk mendapatkan signal telefon, jadi banyak masa boleh diluangkan bersama yang tersayang. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah mandi sungai, menangkap ikan menggunakan jaring (sesuai untuk anak kacil), BBQ dan banyak lagi.
Pada malam hari pula, aktiviti ber BBQ yang disediakan oleh staff hid3out dengan makanan yang amat sedap sekali. Selepas ber BBQ kami dihidangkan dengan aktiviti ‘rainbow campfire’ dimana staff disini akan menghidupkan unggun api yang berwarna warni seperti pelangi dan diberikan juga set mashmallow untuk dibakar bersama unggun api yang telah dihidupkan tadi. Aktiviti ini adalah salah satu pengalaman yang menarik bagi kami kerana waktu ini memang waktu yang sangat bonding antara kami sekeluarga sehingga lewat malam.
Pada sebelah pagi, staff disitu menghantar sebakul breakfast yang berisi telur, roti gardenia, butter, nescafe tarik, sosej, sos cili, minyak dan lain-lain lagi peralatan. Kesemua ini bahan mentah, jadi anda perlu menyediakan sarapan anda sendiri. Bagi kami ini adalah suatu pengalaman yang sangat mengujakan seperti throwback ketika zaman camping waktu sekolah dahulu.
Kemudahan
Khemah kami disediakan 1 tilam Queen + 1 tilam bujang sesuai untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk setiap khemah. Selain itu, sejadah juga disediakan untuk pelanggan muslim, kipas, lampu meja dan juga tandas di setiap khemah.
Di luar khemah ada meja makan disediakan dan juga ruang mini kitchen lengkap dengan peralatan asas memasak. Jadi, tiada masalah untuk kami memasak di sini jika ingin masak nasi sila bawa rice cooker, plug point pun ada disediakan.
Jangan risau pada waktu malam suasana dalam khemah ini sangat dingin dan tidak panas langsung kami sekeluarga membuka tingkap khemah (ada jaring, so nyamuk-less) semasa tidur sangat best! Tidur dengan view bintang dilangit serta ditemani bunyian cengkerik sungguh mengamit halwa telinga.
Harga Pakej Yang Kami Pilih:
- RM299 untuk 2 pax (tapi kami dapat price ni sebab 2 anak kami tidak dikira, Alhamdulilah rezeki)
- RM399 untuk 4 pax
Harga di atas termasuk BBQ dinner, Marshmallow for Campfire dan juga breakfast untuk keesokan harinya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI