Lepaskan tekanan menghadap kesesakkan trafik dan ayuh sertai sambutan yang menyenangkan dan gembira bersama keluarga dan kawan-kawan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ini di Sunway Lagoon!
Sesibuk mana pun anda, curi sedikit masa untuk keluarga
Reunion sering dikaitkan dengan Tahun Baru Cina, dan setiap kali kita berjalan menghadapi kehidupan yang sibuk, kita akan sedar bahawa perlunya satu peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.
Jadi, bagi mereka yang merancang untuk menyambut perayaan yang mengasyikkan dan unik, taman tema Sunway Lagoon menjanjikan kempem The Best Reunion Ever kepada anda bermula dari 1 hingga 19 Februari ini!
Ads
Tarian singa Hip Hop sambut kedatangan anda
Dari 5 hingga 8 Februari, anda akan disambut dengan persembahan tarian singa yang unik kerana menggabungkan konsep tradisional dan kontemporari Hip Hop oleh Persatuan Tarian Kun Seng Keng.
Kumpulan tarian singa yang banyak memenangi anugerah dari Kuala Lumpur telah berjaya meraih gelaran juara bertahan dan baru-baru ini memenangi gelaran juara dalam kejohanan terbaru mereka di Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas.
Ads
Pelbagai persembahan menanti anda di sana
Disamping itu, anda juga pasti akan teruja dengan pelbagai persembahan termasuk pameran Swashbuckling Pirates Show yang menghiburkan, Sunway Lagoon’s original production – The Tale of Mount Berapi & Waves of Fun, serta Bring on the 60s Show untuk membawa pulang kenangan nostalgia anda saat dahulu kala.
Ads
Yee Sang percuma untuk anda dan rakan-rakan
Kepada anda yang merancang untuk menjadikan Sunway Lagoon sebagai tuan rumah bagi sesi reunion bersama keluarga dan rakan-rakan nanti, anda akan menerima set makan tradisi masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang secara percuma bernilai RM150 dengan pembelian Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada RM360.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di talian +603-5639 0000, lawat laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau berhubung denga Sunway Lagoon di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di Malaysia, antara gunung yang popular untuk eko pelancongan termasuklah Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan banyak lagi. Di negara seberang iaitu Indonesia, Situ Gunung antara kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan selain Gunung Bromo dan lain lagi.
Lebih unik,di Situ Gunung terdapatnya sebuah jambatan gantung yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Terletak di Kadudampit, Sukabumi, Jawa Barat pembinaan jambatan gantung terpanjang ini telah mempopularkan lagi ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Terletak di Taman Nasional Gede Pangrango (TNGGP), ia menawarkan panorama hutan yang asli dan udara yang sejuk. Dibuka 10 Julai tahun lalu, ia mula menjadi tumpuan warga sekitarnya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Kalau ke sini, antara aktiviti menarik boleh dilakukan ialah menaiki Jambatan Gantung Situ Gunung ( Situ Gunung Suspension Bridge). Ia sepanjang 243 meter dengan lebar 1.2 meter dan ketinggian 107 meter dari paras tanah. Bila menyusuri jambatan terpanjang ini, pelancong dapat melihat keindahan asli hutan hujan yang dipelihara dengan baik dan tidak diusik. Tidak perlu rasa risau ketika berjalan ke penghujungnya kerana setiap peserta akan dipakaikan tali keselamatan dipinggang yang cukup selesa.
Harga tiket menaiki jambatan ini hanyalah Rp50,000 atau lebih kurang RM15 dan pengunjung dapat melihat air terjun indah iaitu Curug Sawer dari Sungai Cigunung di mana ia hanya memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit perjalanan.
Jadi kalau ada peluang merentas negara, masukkan lokasi ini dalam list perjalanan korang ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lagi beberapa minggu umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan mula berpuasa. Ketika itu bazar Ramadan juga akan mula beroperasi seperti tradisi biasa sebelumnya.
Namun dek wabak COVID-19 yang menyerang seluruh negara, kerajaan Negeri Sembilan memutuskan tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini.
Itu mungkin kedengaran agak menyedihkan, terutama buat peniaga dan penjaja kecil namun Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik COVID-19.
“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan. Mungkin menjelang hari akhir PKP, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang membolehkan rakyat dengan mudah terdedah kepada wabak itu semula,” katanya.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat mengambil perhatian mengenai keputusan itu. Kerajaan perlu mengambil contoh apa yang dilakukan oleh kerajaan China di Wuhan yang terus melarang pergerakan rakyatnya secara terbuka meskipun dalam tempoh beberapa hari ini tiada kes baharu direkodkan di sana.
Bagaimanapun, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep ‘cash on delivery’.
Peniaga perlu lebih kreatif, mahu berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan itu kita tidak benarkan kerana tidak mahu ambil risiko.
Walau pun Malaysia beriklim khatulistiwa, negara kita masih boleh memiliki pelbagai suasana yang menarik selepas atau sebelum musim tertentu.
Dikatakan disekitar negeri jelapang padi terutama di sekitar Alor Setar, Kedah ketika ini mengalami ‘musim bunga’ atau fenomena bunga tekoma. Kelihatan beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Bunga tekoma ini mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak awal minggu ini.
Biarpun negeri di utara tersebut dilanda cuaca panas, keadaan ‘musim sakura’ itu memberi sedikit kedamaian dan sejuk mata memandang sebaik melihat deretan bunga tersebut di sepanjang jalan.
Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar yang indah ya. Untuk anda yang bercadang datang bersiar-siar melihat fenomena bunga ‘sakura’ ini, pastikan menjaga kebersihan lokasi tersebut ya. Sayang la, jika tempat dah cantik, tapi sampah pula menggunung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!