Makin hari makin banyak kelonggaran yang diberikan kepada pengembara, begitu juga Thailand yang turut memberikan kelonggaran untuk pelancong yang ingin bercuti ke Thailand. Tambah mudah untuk orang Malaysia yang tinggal di Sempadan seperti Kelantan, Perak, Kedah & Perlis.
Menurut catatan Khairul Azlan Abd Majid untuk kemasukan ke Thailand memang semakin mudah, yang dah ada plan nak melancong ke Thailand dah boleh buat perancangan dari sekarang.
Yang pakai pas sempadan lagi mudah nak ke Thailand, mesti terubat rindu nak jalan-jalan & makan-makan kat tempat tumpuan pelancong seperti Hat Yai, Sungai Golok, Phuket, Krabi dan beberapa tempat tarikan yang lain.
Ikuti perkongsian ini:
MACAM MANA CARA NAK MASUK THAILAND 2022?
Ads
Ramai yang PM aku macam mana cara nak masuk Thailand sekarang ni selepas Kerajaan kita dan diorang dah buka pintu sempadan. So sini aku kongsi sikit macam mana cara dia.
Bagi pemegang Pas Sempadan ” Border Pass” korang boleh masuk macam biasa korang duk masuk sebelum² ni. Kalau korang bawak transport sendiri korang kena beli insurance untuk transport korang tu.
Macam aku bawak kereta sendiri jadi aku beli insurance kereta untuk 5 hari berharga RM 28. Then korang kena isi white card tu satu nama RM 2, kalau 5 beranak RM 10 lah.
Ads
Aku masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, sebab tak sibuk sangat macam pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen kita dia tanya nak pi mana jaa then dia cop macam biasa. Maximum untuk “Border Pass” 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.
PERINGATAN! Pastikan korang buat line telefon korang roaming atau beli sim kad Thailand. Sebab selepas check point Malaysia korang akan lalu check point Thailand pulak. Dekat sini perlukan internet yang kuat untuk korang scan QRcode yang diorang sediakan untuk korang register dengan Health Declaration Thailand.
Ads
Selesai Health Declaration baru korang akan cop “Border Pass” untuk side sebelah Thailand.
Settle bab “Border Pass”, lepas tu sambung plak untuk transport declaration. Bagi sesiapa kenderaan atas nama sendiri korang just bawak geran asal/salinan jer. Kalau kenderaan atas nama orang lain kena ada surat authorization dari owner kenderaan. Then selesai. Selamat bercuti.
P/S:
Kelayakkan memohon “Border Pass” adalah untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak sahaja.
Manakala untuk warganegara Malaysia yang lain masih perlukan Pasport Malaysia Antarabangsa untuk ke sana.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka.
**media[113334]**
Ini berikutan isu ketegangan antara Amerika Syarikat dan negara-negara ini. Laporan media terkini mengibaratkan Negara rantau Teluk sekarang umpama kotak mancis yang bakal meletus.
Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral Malaysia dengan segera, katanya.
"Pendaftaran boleh dilakukan menerusi emel," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas belia mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.
**media[113333]**
Berikutan misi diplomatik Malaysia yang tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu mendaftar dengan kedutaan-kedutaan berikut:
Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan
Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan
Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke rantau berkenaan.
Apabila kita bercuti ke kawasan pulau, aktiviti yang paling best untuk dilakukan mestilah bermain air laut. Aktiviti seperti menyelam, berenang, snorkeling, scuba diving adalah aktiviti yang paling banyak dijumpai di pulau.
Namun, dalam keghairahan kita bersuka-ria, jangan sesekali kita abaikan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Bermainlah dengan berhemah supaya sama-sama dapat keseronokkan yang dicari. Sebagai contoh yang boleh saya ketengahkan di sini adalah aktiviti menyelam atau berenang.
Jangan hampiri kawasan yang mempunyai kadar trafik atau aktiviti bot yang tinggi seperti kawasan jeti atau yang berdekatan dengan itu. MPKK Kampung Salang di Pulau Tioman telah mengeluarkan satu surat yang melarang melakukan aktiviti selaman di jeti kampung tersebut.
Ini kerana sejak kebelakangan ini, sering terjadinya kejadian melibatkan kemalangan dan kematian yang berpunca daripada aktiviti menyelam di sekitar perairan Pulau Tioman.
Oleh sebab itu, langkah-langkah pencegahan terpaksa diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali di masa akan datang. Di dalam surat yang dikeluarkan itu juga menjelaskan bahawa larangan tersebut akan berkuat-kuasa bermula 30 Ogos 2019 di Jeti Kampung Salang Pulai Tioman Rompin Pahang.
Kalau orang kampung sendiri dah melarang kita daripada menyelam di kawasan tersebut, pasti ada sebab yang munasabah di sebaliknya. Jadi janganlah kita, pelancong yang sekali sekala datang ke Pulau Tioman sengaja mencari asbab pula untuk menyelam di situ.
Ada banyak lagi kawasan lain yang menarik untuk aktiviti menyelam di Pulau Tioman. Jadi ingatlah keselamatan diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
Profil pelancong tempatan adalah berbeza dan masing-masing mempunyai minat khusus. Jadi kepelbagaian (promosi) adalah penting. Berbekalkan tawaran yang menarik daripada hotel serta pusat peranginan dari empat hingga lima bintang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi pelanggan.
Hotel mewah juga boleh menawarkan cuti inap kepada penduduk pada harga rendah tanpa menjejaskan pasaran biasa mereka dan melalui langkah ini, orang-orang yang bercuti akan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka.
Disarankan agar pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan ‘lawatan Hari Ahad’ di setiap bandar dengan membawa penduduk ke kilang dan gudang yang memiliki pusat demonstrasi atau pameran sepanjang hari bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat.
Lawatan luar ke kawasan hutan atau dusun berdekatan juga perlu dipertimbang memandangkan harga buah-buahan tempatan seperti durian telah jatuh susulan penutupan bandar-bandar utama di China akibat penularan COVID-19.
Sebagai langkah untuk memberikan nilai tambah kepada produk tempatan, Datuk Tan Kok Liang menyarankan agar karnival membeli-belah tempatan diadakan di mana hanya hasil tempatan dibenarkan dijual. Ini akan menarik ramai petani dan kilang tempatan untuk mempamerkan produk mereka, yang akan menarik minat penduduk mahupun pelancong tempatan kerana rakyat Malaysia suka membeli-belah
Malaysia menerima kira-kira 3.1 juta pelancong dari China tahun lepas dan 2.94 juta pada tahun sebelumnya dan berharap untuk menerima lebih 3.26 juta pelancong dari negara itu pada 2020 namun susulan penularan COVID-19, suku pertama dan kedua tahun ini dijangka terjejas. Bagi kempen VM2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik ketibaan sejumlah 30 juta pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM100 bilion.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...