Sesekali bawa diri ke Ratu Rening Residency, Batang Kali di Selangor, pasti anda akan rasa puas hati untuk bercuti.
Tengok airnya hijau dan dipeluk dengan pokok-pokok hijau, rasa teduh unuk berehat seketika. Nak-nak kawasan ini memang jauh dengan kesibukan kota.
Berteduh Sekejap Di Ratu Rening Residency
Tempatnya yang tenang dan pemandangan yang cantik menjadikan villa tersembunyi yang terletak di kaki bukit Genting Highlands ini sesuai untuk staycation.
Ads
Anda akan terasa lebih dekat dengan alam semula jadi dan terjun ke mata air yang menyegarkan segera dari villa.
Owh ya, jangan risau kalau nak datang ramai sebab tempat ini boleh memuatkan sehingga 15 orang. Paling penting selesa, sesuai untuk percutian keluarga hujung minggu.
Ads
Nak bersantai makan-makan kawasan air pun, dapat ya. Tengok lah kawasannya, unik di atas air.
Ads
Lagi best ada kasawan air terjun yang cantik di sini ya. Boleh lah mandi manda sekejap sejukkan badan.
Nanti datang lah dengan keluarga tersayang atau rakan terdekat ke sini, rehatkan minda yang penat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tiada siaran langsung solat tarawih dari tanah Arab boleh dilihat di kaca televisyen seperti kebiasaan pada bulan puasa di negara kita.
Pasti suasana tersebut dirindui apabila Arab Saudi mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang akan datang ini. Sebaliknya, rakyat diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja.
Sejak 19 Mac lalu, Arab Saudi tidak lagi membenarkan solat lima waktu dan solat Jumaat dilakukan di masjid secara berjemaah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyekat penyebaran COVID-19.
Arab Saudi, yang melaksanakan perintah berkurung sejak minggu lalu, setakat ini telah mencatat 4,934 kes positif dan 65 kematian. Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, yang mencatat lebih 14,000 kes positif dan lebih 100 kematian.
Angka itu dijangka mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang, memaksa langkah drastik diambil seperti menghentikan penerbangan antarabangsa dan menggantung ibadat umrah.
“Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdul Latif Al Sheikh.
Rupanya Eco Spring Labs di Johor pun cantik tempatnya dan sesuai sangat kalau anda jenis suka bergambar. Warna bangunannya, menarik sangat!
Setiap port yang ada memang ngam sangat untuk posing! Inilah yang best dan buat kita rasa nak singgah. Okay sekarang jom, tengok apa yang best di sini!
Apa Yang Menarik Di Eco Spring Labs?
Kalau datang ke Johor, tempat ini memang wajib singgah sebab outdoor yang memang sesuai untuk bergambar atau photoshoot.
Dekat Eco Spring Labs, bangunannya sangat cantik dan aesthetic. Banyak tempat yang sedap dipandang untuk photoshoot dan yang penting percuma sahaja nak ke sini.
Agak rasa nak minum-minum, jangan risau ada banyak cafe aesthetic yang boleh dicuba. Ada juga kedai macam 7eleven dan restoran di sini.
Baca pun dah best, apa lagi kalau sampai dan diri sendiri nampak depan mata suasana di sini. Tunggu apa lagi?
Hah, cepat masukkan dalam senarai dan ajak member atau keluarga tersayang bercuti ke Johor!
Setiap kali memikirkan destinasi penginapan di dalam negeri, anda perlukan masa untuk mencari penginapan yang selesa dan berbaloi. Mulai dengan memeriksa harga di pelbagai agen pelancongan seperti Agoda, melihat review di blog-blog peribadi dan Trip Advisor, hingga memeriksa lokasi penginapan di Google Maps dan menyesuaikannya dengan jadual yang telah disusun.
Lokasi penginapan yang dekat dengan pengangkutan awam ini sering kali jadi keutamaan kerana mudah bergerak ke mana-mana sekitar Kuala Lumpur
Bagi yang ingin merasai pengalaman sebenar tinggal di Kuala Lumpur, Hotel The Kuala Lumpur Journal harus menjadi pilihan. Lokasinya cukup strategik di mana terletak di persekitaran Bukit Bintang. Hotel berkonsep butik ini direalisasikan bagi memenuhi keperluan pelancong independent, mahupun pelancong berkumpulan yang mencari alternatif selain menginap di hotel standard yang biasa boleh ditemui di pusat bandar itu.
Sesuai dengan konsep hotel, KL Journal menyerlahkan gaya seni bina Malaysian Mid-century Modernist melalui pengaruh seni deco, gril hiasan dari besi tempa yang biasanya dilihat di dalam seni bina Asia Tenggara, lampu rigged, permukaan logam dan kayu. Malah, budaya tempatan ditonjolkan melalui classic KL Iconography dan memorabilia yang dibentangkan di setiap bilik king dan twin deluxe serta lapan suite sudut.
Ruang bilik menampilkan inspirasi potret hitam putih kehidupan karya Che’ Ahmad Azhar, seorang jurugambar jalanan terkenal yang mempamerkan koleksi visual 20 gambar-gambar Kuala Lumpur digunakan untuk hotel. Hotel yang mempunyai 112 bilik ini diberi sentuhan palet warna natural. Tingkap besar terbina dari lantai hingga siling membolehkan tetamu menikmati kawasan persekitaran di sepanjang masa. Tambah selesa apabila tidur anda bertemankan tilam ergonomik dan high thread count sheets, lena diulit mimpi.
Tetamu masih boleh berhibur meski hanya memilih untuk santai di dalam bilik. Bertemankan skrin rata 40 inci dengan kabel HDMI dan port caj USB, sambungan bluetooth tanpa wayar ke sistem audio stereo berkualiti tinggi menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan hati.
Melengkapi standard KL Journal sebagai sebuah hotel sempurna, kolam renang air masin direka di aras bumbung dengan pemandangan hebat ke arah bandar terutamanya pada waktu senja, selain itu turut menyediakan gimnasium untuk tetamu hotel yang gemar melakukan aktiviti fizikal dan seumpamanya.
KL Journal dikatakan hotel ideal untuk merasai kehidupan Kuala Lumpur dengan suasana retro moden dan diinspirasikan persekitaran asli tempatan. Rasai pengalaman menginap di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!