Cuaca panas, kering, berjerebu dan kurang taburan hujan merupakan situasi biasa yang berlaku di negara kita setiap tahun. Oleh itu, ambil langkah berwaspada dan menjaga kesihatan diri.
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 18 Mei 2020 dan akan berterusan sehingga pertengahan September ini, menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata, taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.
Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun, sementara timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat. Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
Orang ramai disaran supaya mengurangkan aktiviti luar, mengelakkan dari melakukan pembakaran terbuka, minum air yang banyak dan memakai penutup hidung dan mulut yang bersesuaian sekiranya keadaan berjerebu.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Check In Hotel, Buat Perkara Ini Dulu Sebelum Baring!
Isi Kandungan
TogglePerasaan teruja bila check in hotel itu membuatkan ramai yang terus baring bila masuk bilik. Tanpa memikirkan apa yang patut anda lakukan sebelum bertindak demikian.
Hah, sepatutnya buat tiga langkah ini dulu ya, barulah selamat dan selesa waktu anda baring atas katil.
Risau juga kalau bilik hotel anda turut ‘dihuni’ oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.
Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.
Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.
Bila Check In Hotel
Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
1) Tengok tilam
Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.
Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.
3) Semak bilik
Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.
Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.
Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.
Nampak seperti agak remeh dan meletihkan, lebih-lebih lagi pastinya bilik sudah dibersihkan oleh pekerja housekeeping.
Tidak rugi jika kita sendiri mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga. Barulah seronok menikmati percutian yang sekian lama dinanti-nantikan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip Bila Melancong & Berada Di Tempat Orang, Terutamanya Selepas PKP
Isi Kandungan
ToggleKita semua harus akui dan terima, entah bila lagi kita akan berpeluang untuk makan angin atau melancong. Apatah lagi luar negara, merentas negeri pun nampaknya masih jauh lagi dari jangkauan kita.
Namun usah gusar. Pastinya kita akan berpeluang untuk melakukan itu semua dengan syarat semua pihak berganding bahu sama-sama membantu barisan hadapan membendung penularan wabak sedang melanda ini. Cara terbaik, daftar dan dapatkan suntikan vaksin!
Buat anda yang berkira-kira dan merancang untuk melancong selepas ini, mungkin sudah banyak lupa akan tip terutamanya bila berada di tempat orang. Usah risau, LIBUR akan kongsi 10 tip menarik untuk kita sama-sama ‘ulang kaji pelajaran’!
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
- Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
- Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
- Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belia Malaysia Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Bermula 23 Januari Ini
Kalau anda rakyat Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun, anda boleh berubah angin bercuti sambil bekerja di New Zealand. New Zealand mempelawa golongan belia Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama 6 bulan sambil bercuti.
Banyak peluang pekerjaan yang disediakan di sana, antaranya dalam sektor pertanian. Gaji yang ditawarkan di sana pastinya lebih tinggi kira-kira tiga kali ganda daripada negara kita dek matawang mereka yang besar. Sambil-sambil bercuti, anda juga dibenarkan bekerja mencari wang. Menarik kan?
Anda boleh memohon 'Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 nanti Dilaman sesawang rasmi Imigresen New Zealand Ingat tau, permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2020 bermula jam 10 pagi waktu New Zealand.
Namun, mereka yang ingin memohon mestilah mempunyai wang sekitar $NZ2,250 (RM6,120) terlebih dahulu bagi menampung perbelanjaan ketika berada di negara ini.
Antara kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk layak membuat permohonan termasuklah:
- Mestilah berusia di antara 18 dan 30 tahun
- Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand
- Kerja tersebut mestilah sah (tidak melanggar undang-undang)
- Anda tak dibenarkan memberikan perkhidmatan seks komesial
- Anda tidak boleh membawa anak-anak anda (jika ada) bersama ketika working holiday
- Visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda
- Permohonan boleh dilakukan secara online dan bayaran sebanyak NZ $208 (RM586) dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit.
- Tempoh 21 hari diperlukan untuk memproses permohonan dan segalanya akan dihubungi melalu e-mel.
Anda dinasihatkan supaya menyediakan dan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat dokumen sebagai bukti.
Terdapat kuota bagi visa kelas ini untuk rakyat Malaysia dan setiap tahun, hanya 1,150 rakyat Malaysia yang akan terpilih dan diberikan visa working holiday.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI