Setiap pelancong yang selalu travel ke luar negara mesti dah arif pasal selok-belok visa ni. Tapi mana yang belum tahu, ini adalah kemaskini terbaharu dari Jabatan Imigresen New Zealand.

Bermula dari tarikh 1 Oktober 2019, anda tidak dibenarkan untuk masuk ke New Zealand sekiranya tidak memiliki visa ataupun NZeTA. Perkara pokok yang cuba dikuatkuasakan oleh New Zealand ada penggunaan sistem NZeTA tersebut.

Bermula Oktober 2019, Pelancong Ke New Zealand Perlu Memiliki Visa Atau NZeTA

Ads

New Zealand Electronic Travel Authority atau singkatannya NZeTA adalah sistem online yang mana anda perlu memasukkan butir-butir diri anda sebelum berlepas ke New Zealand. Sistem ini sangat memudahkan kepada mereka yang datang dari negara-negara yang mendapat pengecualian visa dari kerajaan New Zealand seperti negara kita, Malaysia.

Jadi sebelum 1 Oktober 2019, anda mesti memiliki NZeTA untuk masuk ke New Zealand. Setiap permohonan NZeTA perlu diberi tempoh masa 72 jam untuk tujuan pemprosesan, namun makluman dari pihak berkuasa New Zealand, ada permohonan yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Ads

Permohonan NZeTA ini akan menelan kos sebanyak NZD $9 sekiranya dibuat melalui aplikasi percuma mudah alih dan NZD $12 sekiranya dibuat sekaran online di komputer. Anda juga akan membayar International Visitor Conservation and Tourism Levy (IVL) semasa permohonan NZeTA dilakukan yang berjumlah sebanyak NZD $35.

Bermula Oktober 2019, Pelancong Ke New Zealand Perlu Memiliki Visa Atau NZeTA

Ads

Kriteria yang perlu ada untuk setiap permohonan NZeTA yang datang dari Malaysia adalah;

  • Identiti – anda perlu mengemukakan bukti identiti anda
  • Kesihatan – anda perlu berada dalam keadaan sihat
  • Karakter – anda perlu mempunyai karakter yang baik, atau dalam bahasa mudahnya, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
  • ketibaan menaiki kapal cruise – anda boleh datang dari kerakyatan mana-mana negara sekiranya tiba menggunakan kapal cruise
  • Ketibaan menaiki kapal terbang – anda perlu menjadi warganegara yang mendapat pengecualian visa untuk masuk ke New Zealand
  • Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland – Anda perlu menjadi warganegara yang mempunyai pengecualian visa atau transit sekiranya ingin melepasi Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sebagai penumpang transit ketika dalam perjalanan ke negara lain
  • Kewangan – anda perlu mempunyai kewangan yang stabil untuk bermastautin di New Zealand
  • Perjalanan balik – anda perlu mempunyai tiket perjalanan balik keluar dari New Zealand
  • Masa yang dibenarkan – anda boleh melawat New Zealand selama 6 bulan sahaja dalam tempoh 12 bulan
  • Membawa keluarga – ahli keluarga anda juga perlu mempunyai syarat sah pengecualian visa untuk negara yang ditetapkan

Bermula Oktober 2019, Pelancong Ke New Zealand Perlu Memiliki Visa Atau NZeTA

Sedikit info mengenai sistem NZeTA ini, anda boleh;

  • Tidak lagi perlu membuat permohonan visa sekiranya datang dari negara yang mendapat pengecualian visa, penumpang kapal persiaran atau cruise atau anda adalah penduduk tetap di Australia.
  • Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sebagai penumpang transit dalam perjalanan untuk pergi atau dari Australia.
  • Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sebagai penumpang transit dalam perjalanan untuk pergi atau dari negara lain sekiranya anda dari negara yang mendapat pengecualian visa atau negara yang mendapat pengecualian visa transit.
  • Mendapatkan pertolongan mengenai permohonan NZeTA anda – anda perlu menjelsakan rekod jenayah lampau yang dimiliki sekiranya ada dan adakah anda datang ke New Zealand untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Sumber: Information about NZeTA 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI