Bermasalah Juga Ya Bila Ada AirBnB Ni? Tak Kenal Siapa Keluar Masuk Kawasan Perumahan

Share

Ada teknologi itu bagus untuk memudahkan urusan harian manusia lebih-lebih lagi teknologi itu merentas sempadan negara kerana ia dapat menjimatkan wang dan juga waktu.

Dalam dunia pelancongan ni, teknologi seperti AirBnB yang tengah trending sangat membantu kalau kita nak cari tempat menginap ketika bercuti ke sesuatu tempat.

Tapi baru-baru ni timbul persoalan dan perasaan kurang senang dikalangan penduduk apabila mereka tidak mengenali siapa yang kerap keluar dan masuk ke kawasan perumahan mereka ekoran banyak unit kediaman di situ yang menjadi tempat sewa pengguna AirBnB.

Kes yang terkini dilaporkan di media adalah daripada Persatuan Kesedaran Penduduk Chant Pulau Pinang yang menzahirkan rasa tidak senang mereka kerana penyewa kerap keluar masuk dari kawasan tempat tinggal mereka.

Kerisauan yang dizahirkan membabitkan kemungkinan berlakunya pencerobohan privasi dan worst-case-scenario adalah berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di kawasan tersebut seperti jenayah.

Menurut kenyataan daripada persatuan penduduk itu, perkara ini dah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu semenjak aplikasi AieBnB menjadi popular. Mereka berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera kerana dari segi undang-undang, unit residensi tidak boleh disewakan sedemikian kerana menyalahguna unit kediaman untuk menjalankan perniagaan.

Ada benarnya juga kenyataan daripada persatuan penduduk itu. Libur harap perkara seperti ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa. Bagus adanya teknologi seperti AirBnB ini tetapi kita perlu ada satu resolusi untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk di kawasan terjejas. Win-win situation bak kata orang kampung Libur. Hehehe…

Sumber: Pertumbuhan tidak terkawal AirBnB bimbangkan penduduk di Gurney Park

Oleh
Epul