Lenggong, Perak mempunyai banyak port staycation yang korang boleh terjah untuk cuti hujung minggu bersama keluarga. Salah satunya adalah Branda Sungai Sumpitan yang terletak di Jeram Desa Ibol, Kampung Sumpitan, Lenggong, Perak.
Penginapan yang terletak betul-betul di sebelah sungai memang port yang best untuk bercuti dengan keluarga terutamanya yang ada anak kecil. Bolehlah berendam tak kira masa.
Sungai yang landai dan cantik ini tak deras sangat dan mesra kanak-kanak. Tambah pula airnya bersih memang tak puas berendam kalau sekejap.
Mempunyai penginapan untuk famili dan juga standard room untuk berdua. Bilik famili yang ada kat sini cukup luas dan selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas termasuklah televisyen, penghawa dingin, kipas, water heater dan juga seterika.
Risau tak ada kedai makan berdekatan? Menariknya kat sini pakej yang ditawarkan termasuk sarapan dan juga makan tengah hari. Makanan kat sini pun sedap dan istimewa. Siap ada daging rusa, ikan patin dan ikan talapia hasil ternakan tempatan yang diusahakan oleh penduduk sekitar. Kalau korang nak rasa makanan rare tu jangan lupa buat tempahan.
Selain chalet yang cantik bersebelahan dengan sungai, Lenggong juga tempat menarik untuk korang kunjungi. Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, banyak lagi tempat lain yang korang boleh explore termasuklah gua, ladang rusa, menelusuri tasik dan Sungai Perak dan tak lupa juga mandi di Air Terjun Lata Kekabu.
Branda Sungai Sumpitan by Lenggong 360, Lenggong, Perak
Alamat : Jeram Desa Ibol Kampung Sumpitan, Lenggong 33420, Perak Darul Ridzuan
Kredit: Tourism Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI