Peminat Liverpool di Malaysia berpeluang berada ‘dekat’ dengan pasukan kegemaran mereka, selepas Kuala Lumpur disahkan sebagai antara destinasi jelajah khas LFC World pada 20 dan 21 April ini yang berlangsung di One Utama Centre Court.
Dalam hab itu, peminat akan dapat merasai sendiri pengalaman berada di Anfield dengan replika Shankly Gates, pintu masuk bersejarah yang menjadi ikon stadium Anfield dan papan tanda ‘This Is Anfield
’.Terdapat juga bilik persalinan khas LFC World yang mana peminat boleh duduk di bawah baju pemain LFC kegemaran mereka seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino bagi mencipta imej bilik persalinan ikonik mereka sendiri.
Selain pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk peminat mengambil bahagian dan hadiah istimewa serta cenderahati, peminat juga dapat bertemu wira LFC iaitu Jason McAteer, Sami Hyppia dan Steve McManaman.
Sementara itu, Hyppia berkata: “Bagi Reds di Malaysia, LFC World Kuala Lumpur adalah tempat yang perlu dikunjungi. Kami tahu tidak semua peminat boleh ke Anfield, jadi inilah cara kami untuk membawa Anfield lebih dekat dengan mereka. Kami tidak sabar untuk berjumpa semua, ia akan menjadi hujung minggu yang hebat.”
Sumber: hmetro