Antara perkara yang paling dirisaukan kita ketika terbang dengan pesawat ialah keselamatan bagasi yang disimpan di bahagian penyimpanan.
Pasti ada sudah ada dengar banyak cerita tentang kerosakan bagasi yang diletakkan di ruang penyimpanan di dalam pesawat. Berbeza dengan bagasi yang boleh hand-carry, sekurang-kurangnya kita tahu akan kondisinya setiap masa.
Kita juga tak boleh salahkan petugas yang mengendalikan bagasi di lapangan terbang. Ini kerana mereka terpaksa berdepan dengan ribuan bagasi berbeza dari serata dunia setiap hari. Dan paling penting semua harus dialihkan dengan cepat dalam masa yang cukup singkat.
Jadi apa yang kita sebagai pengguna boleh lakukan? Mungkin tip di bawah ini boleh membantu anda!
Ads
Penuhkan beg
Bagasi yang padat dan penuh lebih baik, kerana ia akan termampat, sekiranya diletakkan dengan bertindih. Pastikan anda tidak meletakkan sebarang cecair, atau membiarkan zip tidak tertutup rapat. Ini akan menyebabkan, ada barang yang akan terkeluar, juga mungkin cecair tersebut akan pecah, dan meleleh keluar.
Pemegang bawah
Ia lebih mudah untuk dialihkan, dan dipindahkan, sama ada ke dalam pesawat, atau ke atas lori pengangkut. Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan pemegang pada bahagian atas bagasi.
Ia lebih mudah, dan mempercepatkan proses pemunggahan, kerana bagasi boleh ditolak begitu sahaja, kepada rakan sekerja yang lain. Berbanding dengan yang hanya mempunyai 2 roda, yang mana, mungkin akan diseret begitu sahaja, oleh sebab ingin cepat.
Tag bagasi
Kalau tag yang besar, dan keras, ia pasti akan memudahkan untuk pengecaman. Tapi, disebabkan ia keras, sudah pasti mudah rosak, dan pecah, sememangnya membuatkan banyak serpihan berterabur. Jadi, jika ingin menggunakan tag, sebaiknya kecil, dan lembut, seperti pemegang kad yang lut sinar, adalah pilihan lebih baik.bagasi rosak, bagasi kapal terbang, kerosakan bagasi, kerosakan beg, kerosakan stroller, kerosakan baby carrier, kerosakan barang.
Sememangnya banyak bagasi di luar sana yang dikatakan sungguh ringan, dan ia menjadi pilihan ramai. Tetapi, jika bagasi ringan, sudah pasti tidak mempunyai banyak kerangka, dan ia menjadi salah satu faktor bagasi akan cepat rosak, khususnya bila dihempap antara satu sama lain. Jadi, tidak salah cari bagasi yang mahal sedikit, dan kuat, dari terpaksa menukarnya berulang kali.
Balut stroller
Jika melancong bersama anak kecil, sudah pasti akan membawa ‘stroller’ atau ‘car seats’, dan diletakkan di ruangan bagasi. Sebaiknya, balut dengan plastik, atau diletakkan dalam beg khas. Ini kerana, tali yang dibiarkan daripada ‘stroller’ dan ‘car seats’ akan menyukarkan kerja pemindahan, disebabkan tersangkut pada benda lain. Pastikan anda memudahkan urusan pemindahan.
Usah renyah
Sama ada Louis Vuitton, atau apa sahaja bagasi berjenama mahal, tidak semestinya akan diberikan layanan yang istimewa. Sekiranya beg mahal anda kotor, tidak usah untuk di ‘complain’, kerana beg bertujuan untuk melindungi barang di dalamnya, bukan diri mereka.
Jadi, pastikan anda cuba yang terbaik dari segi pemilihan bagasi, juga apabila diserahkan untuk diletakkan pada bahagian penyimpanan. Tidak salah untuk kita berusaha lebih, dalam memudahkan kerja mereka yang lain, yang mana akhirnya bagasi kita selamat tiba ke destinasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berpeluang menetap di Korea Selatan selama tiga tahun memberi peluang kepada seorang jurugambar berasal dari Amerika Syarikat ini untuk merakamkan sisi gambar berlainan negara yang terkenal dengan kumpulan Kpop menjadi kegilaan ramai.
Negara Korea Selatan bersaiz 100,000 kilometer persegi, lebih kecil daripada saiz Semenanjung Malaysia iaitu 131,000 kilometer persegi. Bagaimanapun penduduknya berjumlah 51 juta orang. Di Seoul sahaja, penduduknya sebanyak 10 juta orang. Korea merupakan negara keempat termaju di Asia dan kesebelas kuasa ekonomi dunia.
Gambar-gambar yang dikongsikannya melalui sosial media instagram @James Lucian mendapat perhatian ramai dan telah dikongsikan dipelbagai platform portal pelancongan.
AirAsia Group melaksanakan dasar perjalanan baharu untuk penumpangnya berikutan pandemik COVID-19.
Ini termasuk memerlukan penumpang untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas penerbangan, serta semasa mendaftar masuk dan mengambil bagasi.
Penumpang tanpa topeng muka tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat, menurut kenyataan dalam laman web AirAsia.
AirAsia turut menyemak semula dasar bagasi kabin untuk memudahkan penjarakan sosial, terutamanya semasa naik dan turun pesawat, membenarkan hanya satu bagasi kabin tidak melebihi tujuh kilogram bagi setiap penumpang. Langkah itu akan membantu mengurangkan kontak yang tidak diingini antara penumpang dan bagasi penumpang yang lain dan sebaliknya.
Foto: forbes.comFoto: CNN
Terdapat juga pemeriksaan suhu di pusat pemeriksaan yang berbeza, termasuk pintu masuk. Semua kru akan dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif.
Penjarakan sosial perlu dipantau dan akan terdapat penanda di lantai di kawasan untuk beratur, termasuk kaunter daftar masuk serta kiosk.
Langkah keselamatan lain ialah kaunter daftar masuk alternatif untuk memastikan jarak yang mencukupi, malah AirAsia sedang mengusahakan untuk mempunyai proses daftar masuk tanpa kontak.
Kru kabin akan dikehendaki untuk memakai peralatan perlindungan di dalam pesawat, termasuk topeng muka dan sarung tangan. Kakitangan pengeluaran akan dipantau mengikut garis panduan COVID-19 dan kru kabin yang mengendalikan item menu akan dikehendaki untuk memakai sarung tangan pakai buang.
Selain itu, kru kabin kami telah dilatih dengan prosedur untuk menguruskan pesakit atau penumpang yang disyaki tidak sihat di dalam pesawat.
Foto: newsroom.airasia.com
Meurut kenyataan tersebut lagi, keselamatan menjadi komponen paling penting dalam industri penerbangan, dan sudah pasti AirAsia akan terus berusaha untuk memastikan kesalinghubungan penting ini memenuhi semua standard kesihatan dan keselamatan yang diperlukan untuk pekerja dan penumpang.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’ ini biasanya mendiami lautan Pasifik namun pernah ditemui di perairan pantai negeri Terengganu sebelum ini.
Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut.
Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Bagaimana pula jika terkena sengatan obor-obor ini? Apakah yang perlu dilakukan?
Ini ada info pertolongan cemas jika terkena sengatan obor-obor beracun perkongsian daripada saudara Altok Yusri Yusud
Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru (budak lab bagi nama) Apa yang ambe tau setakat ini, ambe bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul-betul kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).
Spesis: Physalia physalis
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)
Kesan sengatan:
Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.
Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupan bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia (10-50ribu setahun)
Pertolongan cemas sekiranya terkena sengatan:
Basuh kawasan berkenaan dengan air laut.
Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka.
Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit.
(Cuka dan air panas ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus cnidae/ nematosis yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.) Sumber: https://www.smithsonianmag.com/…/urine-luck-vinegar-best-t…/)
Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka.
Seterusnya silalah mendapatkan rawatan dari kelinik atau hospital yang berhampiran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...