Ada macam-macam cara nak bercuti terutamanya bila tiba cuti sekolah. Percutian yang menjadi trend sekarang salah satunya adalah camping.
Sudah lama merancang untuk camping bersama rakan camper yang lain namum dek kerana kebanyakkan tapak perkhemahan penuh kerana cuti sekolah terlintas di fikiran Azizah Zainudin tentang sebuah campsite yang jarang mendapat review di media sosial.
Pemilihan Sunshine Campsite untuk aktiviti camping kali pertama di tahun 2023 ternyata pilihan terbaik. Terletak tidak jauh dari Gunung Nuang merupakan campsite yang selesa dan mempunyai tapak perkhemahan yang besar selain sungai yang jernih untuk semua peringkat umur.
Selain camping ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya memancing, brisk walk dan juga hiking ke Gunung Nuang.
Azizah juga berkongsi terdapat sebuah kedai kopi yang diberi nama Kedai Kopi Tunggal berhampiran campsite ini untuk para camper lepak-lepak.
Ikuti perkongsian wanita ini tentang aktiviti camping keluarganya pada awal mac yang lalu.
Campsite 01/2023
Sunshine Campsite, Janda Baik.
4-5 Mac 2023.
Campsite Owner – Encik Nazri.
012-210 0016
Kemudahan di tapak;
Kemudahan lain;
Lain-lain;
First camping untuk tahun 2023!
Saya plan camping bersama kawan-kawan di kawasan berdekatan kediaman kami sahaja. Paling dekat, pilihan yang ada semestinya di Janda Baik, Bentong.
Tapi itulah, cuti sekolah banyak pulak campsite yang penuh. Fully booked!
Dalam banyak-banyak campsite tu, saya terfikirkan satu campsite yang terletak lebih kurang 1.5 km ke Gunung Nuang.
Sunshine Campsite!
Mungkin ramai yang tidak tahu lokasi campsite ini disebabkan campsite ini jarang mendapat reviu. Seingat saya hanya satu sharing di group FB Family Camping Malaysia.
Itu pun dari rakan saya. Terima kasih Si Lubok’s sebab kongsi pengalaman camping di Sunshine Campsite.
Apa yang boleh saya katakan, campsite ini memang best. Betul-betul privacy!
Kalau mahu lebih privacy, boleh booking keseluruhan campsite. Kawasannya luas dan harga sewaan pun berpatutan.
Kami 4 keluarga pacak 4 khemah. Dua khemah bersaiz kecil dan 2 khemah bersaiz sederhana. Masih ada lagi ruang untuk tempat lepak.
Saya anggarkan campsite ini boleh menempatkan lebih 5 buah khemah pelbagai saiz.
Yang paling syok, air sungai di sini sangat jernih dan bersih. Dan tetaplah jernih walaupun selepas hujan.
Sungai tidak terlalu lebar, tidak terlalu dalam dan aliran tidak terlalu deras. Aktiviti mandi manda sesuai untuk semua peringkat umur.
Cuma anak-anak kecil perlu dipantau dengan lebih dekat sebab terdapatnya batu-batu (kecil besar) yang diletakkan di tepi sungai.
Batu-batu ini menghalang pandangan terus ke sungai dan menyukarkan laluan ke sungai. Boleh menyebabkan tergelincir dan terjatuh.
Berhati-hati!
Secara keseluruhannya, campsite ini memang menepati citarasa kami sekeluarga.
Saya rekomen tempat ini untuk yang nak healing dan berdamai dengan alam.
Oh ya, berhampiran campsite ini ada kedai Kopi Tunggal. Beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.
Yang dah boring minum kopi bancuh sendiri, bolehlah hirup Kopi Tunggal.
Ok, done!
Kredit: Azizah Zainudin