Travel

Bercuti Suasana Kampung di Dusun d’Kongso Perak, Moh Ke Kuala!

Share

Dekat Padang Rengas, ada satu port bernama Dusun d’Kongso Perak yang menjadi lokasi riadah dan percutian yang terbaru di Kuala Kangsar.

Okay, chalet ini amat sesuai bagi mereka yang menggemari bercuti di dalam suasana kehijauan hutan.

Apa Yang Menarik Di Dusun d’Kongso Perak

Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan antaranya mandi sungai, memancing, memanah, menungang kuda, family day dan bbq.

Tidak mewah suasananya tetapi kalau anda suka dengan ketenangan, tempat ini sesuai.

Rasa bahagia bila jauh dari hiruk pikuk dunia kota, berdamai dengan alam semula jadi dan menjamu mata dengan kehijaun pokok di sekeliling chalet.

Jika anda berkunjung pada musim buah-buahan, anda juga akan disajikan dengan hidangan buah-buahan desa untuk dinikmati.

Harga bilik penginapan bermula daripada RM150.00 sehingga RM290.00, anda juga mempunyai pilihan untuk menyewa tapak perkhemahan.

Jadi, apa lagi? Moh ke Kuale! banyak lokasi menarik untuk anda kunjungi dan luangkan masa bersama keluarga tersayang.

Oleh
Nadia