Bercuti & Rawat Diri Di Rumah Hutan Terapi Alam. Tempat Cantik, Makanan Sedap,  Dekat Dengan Alam!

Share

Bercuti sambil merawat diri di Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak di Batang Kali, Selangor ini pasti mengujakan semua.

Bukan sahaja cantik dan menenangkan, malah dapat menikmati keindahan alam ketika berkunjung ke sini.

Dikelilingi pemandangan dengan landskap indah flora dan fauna semulajadi, berkonsepkan Resort Wellness & Spa, Rumah Hutan Terapi Alam kepunyaan usahawan wanita terkenal Bonda Rozita.

Boleh memilih hanya untuk datang merawat diri dengan memilih pakej urutan dan spa yang disediakan, atau boleh juga memilih pakej inap dan juga urut yang disediakan.

Banyak lagi aktiviti lain yang disediakan untuk pengunjung yang menginap di sini selain rawatan diri yang disediakan. Kalau tak nak pakej urutan yang disediakan, boleh je menginap di sini dengan keluarga dan mengikuti aktiviti yang ada seperti ATV, mandi sungai dan banyak lagi.

Tak perlu risau tentang makanan kerana di sini juga terdapat Warung Bonda yang menyediakan variasi makanan enak dan tersendiri.

Jangan lupa untuk mencuba sajian ikan lunak di sini. Menggunakan resepi unik dengan cara masakan tersendiri daripada Bonda Rozita ia salah satu keistimewaan yang boleh pengunjung nikmati di sini.

Nak datang dengan rakan-rakan dan rawat diri dengan mengurut atau bawa keluarga bercuti ke sini tentunya menyeronokkan. Sambil menikmati keindahan alam, korang juga boleh dapatkan perkhidmatan urutan holistik yang diiktiraf kat sini.

Kalau nak datang sini jangan lupa untuk membuat tempatah di bondavalley.com atau boleh layari www.rumahutan.com

Alamat: RUMAH HUTAN TERAPI ALAM, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor

Kredit: FB Rumah Hutan Terapi Alam

 

 

 

 

Oleh
SAHR