Ramai sukakan tarikan pelancongan sedia ada di dalam negara. Ada banyak tempat menarik untuk diterokai dan cukup menarik. Hendak jejakkan kaki ke luar negara kosnya banyak, perlu mengumpul wang terlebih dahulu.
Tapi sebenarnya kalau terasa nak berada di luar dan kosnya taklah mahal sangat, bolehlah cuba-cuba menginap di Windmill Upon Hill, Genting Highland.
Dari perkongsian, Puan Irna Shahrul di page Hotel Review Malaysia, diri berkongsi keseronokan tatkala berkunjung ke lokasi ini dua tahun lalu.
Jelasnya, sebelum check in hotel, bolehlah masuk ke Genting Premium Outlets dan dalam kesejukan cuaca di puncak GH itu, terasa bagai berada di oversea kerana bukan saja cantik tapi anginnya cukup kuat.
Tambahnya, diri seisi keluarga menempah apartment dua bilik pada harga RM111 semalam (harga biasa RM150-RM409 pernight) melalui Agoda.com.
Untuk check in di Windmill Upon Hill, Genting Highland ini perlu check in di bangunan lain dulu (Geo Flash Suite) dan bila dah dapat kunci, baru dapat masuk ke bangunan apartment ini.
Katanya, bunyi macam leceh tapi dekat saja bangunan dua-dua ini. Setiap unit ada parking untuk visitor dan paling best katanya, hotel ini sesuai untuk mereka yang suka ber OOTD dan instagrammable.
Di apartment ini ada dua dan tiga bilik, boleh pilih mana yang suka. Ia juga lengkap dengan semua kemudahan termasuk peralatan memasak.
Ia juga dilengkapi kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain adanya jakuzi, ia turut dilengkapi gym dan lain lagi. Jadi kalau ada cadangan nak ke Genting, bolehlah cuba menginap di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cari Makan Di Taiping? Ini 8 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah
Taiping ada senarai yang sangat panjang untuk destinasi makan. Ada banyak lagi tempat lain yang menjadi pilihan warga tempatan menghabiskan waktu santai sambil menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, ini lokasi ‘wajib’ ramai singgah untuk menjamu selera jika berada disini.
Warung Muhibbah
Lokasi ideal untuk sarapan pagi di Taiping pastinya di Warung Muhibbah. Warung terbuka yang dibina ringkas dan terletak di pinggir jalan kadang-kadang menyimpan rahsia dapur keluarga yang hebat. Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera. Nasi lemak berlauk menjadi menu utama, namun hidangan lain seperti soto juga ada disediakan. Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Pastikan singgah di sini untuk memulakan hari anda!
Doli Kuey Teow Goreng
Ini tempat yang sentiasa meniti di bibir penggemarnya. Bisnes keluarga di Jalan Tupai ini menumpukan pada kelazatan kuetiau goreng yang kaya dengan rencah. Kuetiau dengan kerang dan udang memang jadi buruan ramai, tidak kira penduduk tempatan atau pengunjung luar daripada Taiping memang akur dengan kelazatannya.
Ansari Famous Cendol
Orang Taiping sejati mesti tahu tentang lokasi cendol popular di Jalan Barrack ini. Sudah tiga generasi mereka ini menghidangkan kesegaran cendol dan keenakan pasembor kepada pelanggan. Pilih saja cendol kegemaran anda samada yang klasik seperti jagung manis, kacang merah, pulut atau durian.
Roti Bakar Arang Fadzil House
Kalau ke Pokok Assam, menu wajib cuba adalah telur goyang bersama kepingan roti yang dibakar menggunakan arang. Smokey taste pada roti yang dihidang bersama telur separuh masak dan ditambah kacang panggang memang tiada tandingannya dalam kamus orang yang gemar bersarapan.
Restoran Mergastua
Kalau bawa anak-anak ke Zoo Taiping & Night Safari, dan kemudian terasa lapar, bolehlah melangkah masuk ke Restoran Mergastua untuk melunaskan keinginan selera. Pilihan masakan tempatan, Barat dan Asia Selatan menanti dalam suasana yang selesa. Jangan lupa untuk mencuba nasi ayam Hainanese dan juga briyani yang sangat menyelerakan.
The Gate Cafe
Kafe ini sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun di Jalan Maharajalela sejak 2004, kafe mesra pelanggan ini menjadi tumpuan anak muda untuk bersosial dari siang ke malam, diiringi menu lazat yang pelbagai.
The Train Chicken Wings Sandwich
Senang saja nak cari lokasi ini. Ia berada berhampiran stesen KTMB Taiping dan stesen kereta api lama. Cari premis Nombor 1, aroma kepak ayam enak dengan peraman istimewa gaya Buffalo, Thai atau Jepun sedia menyambut anda.
Restoran Nafis Kitchen
Terletak berhampiran Dataran Warisan, lokasi restoran ini mudah ditemui. Ada pelbagai seleksi menu kegemaran tempatan disediakan, dan pada malam hari anda boleh memesan hidangan utara Thailand.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Tengah Laut & Tiada Elektrik, Kehidupan Bajau Laut Sabah Dicemburui
Menjejakkan kaki ke daerah Sipadan tidak kira berapa ratus kali sekalipun tidak langsung menjemukan. Selain tujuan utama untuk bercuti di pulau-pulau indah atau melakukan aktiviti selaman dasar laut di kawasan ini, ada lagi beberapa perkara menarik yang perlu pengunjung singgah. Antaranya melawat penduduk asal suku kaum di sini iaitu masyarakat Bajau Laut.
Mampu atau tidak masyarakat moden hari ini untuk melalui kehidupan sebegini. Berkeluarga di kawasan laut yang luas dan menginap di dalam sebuah rumah yang kecil dan daif tanpa sebarang keperluan asas yang lengkap?
Sesiapa sahaja akan tertarik untuk mengetahui lebih mendalam gaya kehidupan orang Bajau Laut ini, selain hanya melihat melalui portal atau akhbar. Kehidupan yang serba kekurangan, tanpa sebarang bekalan elektrik atau bekalan air bersih namun ada senyuman disebalik setiap bibir mereka. Pada siang hari, cahaya matahari terik menemani mereka namun pada malam hari hanya bintang dilangit atau cahaya pelita setia menerangi saban waktu.
Hidup dalam serba kekurangan tetapi ramai yang iri hati kerana kehidupan mereka jauh dari tekanan kota, bebas hutang dan pencemaran alam sekitar.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Sejak bertahun-tahun sehingga kini, suku kaum Bajau Laut tinggal di dalam bot beralaskan lautan (lepa) atau pondok kecil yang tinggi diperbuat daripada kayu atas terumbu karang. Kehidupan mereka bergantung kepada sumber laut semata-mata dengan menangkap ikan, mengutip kupang dan kerang selain memungut mutiara di pulau-pulau terpencil.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Terdapat kira-kira 15 buah rumah di setiap pulau dengan majoriti penduduknya sekitar 100 penghuni yang terdiri daripada warga emas, orang dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Suku kaum Bajau Laut terikat dengan laut dan jarang sekali mereka menjejakkan kaki ke daratan. Ada sumber yang mengatakan jika mereka berada di daratan beberapa hari mereka akan ‘mabuk darat’. Jadi mereka hanya akan turun ke darat atas urusan menjual hasil tangkapan, mendapatkan bekalan air bersih dan sumber kayu sahaja sebelum terus pulang ke penempatan asal di laut.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Bajau laut adalah penyelam yang luar biasa dan hampir kesemua mereka memang dapat menguasai seni menyelam sehingga jauh ke perut laut sambil menahan nafas selama yang mungkin. Ini penting demi menyara keluarga dengan menangkap ikan, udang kara, timun laut dan hidupan laut yang lain.
Sumber Foto: Hak Milik Libur –
Selain bahasa dialek daerah itu, kebanyakan daripada mereka boleh bertutur bahasa Melayu dan ada juga boleh berbahasa Inggeris dengan kefasihan yang biasa. Ini dilakukan demi menjual hasil laut kepada pelancong. Anak-anak kecil juga dilihat ada yang menghafal beberapa baris ayat atau perkataan atau hanya menyebut beberapa perkataan mudah untuk berkomunikasi atau tawar-menawar dengan pelancong.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Jika berkunjung ke Pulau Tatangan untuk melihat dengan dekat kehidupan suku kaum Bajau Laut ini, keadaan agak sedikit mencabar kerana penghuninya sedikit agresif. Melihat sahaja bot pelancong menghampiri penempatan mereka, kelihatan kayak dan perahu didayung dengan laju ke arah mereka.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Ramai pelancong dan pengujung dilihat sedikit gementar dan terkejut apabila masyarakat bajau laut di sini seolah-olah mengepung bot untuk mendapatkan apa yang dibawa. Ada juga yang terus merampas apa sahaja barang yang ingin diagihkan tanpa memperdulikan permintaan baik si pemberi.
Oleh itu, ada sedikit tip untuk anda agar tidak menunjukkan kesemua makanan atau barang yang ingin diberikan kepada mereka untuk elakkan perebutan yang ‘maha dasyat’. Jaga barang-barang peribadi anda dengan baik agar tidak direntap sesuka hati.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Berbeza dengan penduduk Bajau Laut di Pulau Mantabuan atau Pulau Sibuan, kehadiran pelancong lebih selesa apabila berpeluang mendekati mereka dengan lebih selesa untuk bertanya khabar. Penduduknya juga sangat peramah, walau tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Ada juga penduduk bajau laut yang bijak mengambil peluang dengan membuka kedai menjual jajan dan minuman kepada pelancong yang singgah ke perkampungan mereka.
Selain daripada senarai yang dinyatakan, ada beberapa lagi lagi perkampungan dan penempatan Bajau Laut disekitar ini yang meneruskan kehidupan seharian dengan aman dan damai bersama komuniti mereka. Antaranya perkampungan suku kaum Bajau di Pulau Mabul.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv |
Namun jauh di sudut hati, penulis sayu dan sedikit sedih melihat kehidupan komuniti ini. Dari sekecil-kecil anak, remaja, golongan ibu hingga ke warga emas masih mengamalkan amalan ‘meminta-minta’ untuk mendapatkan duit dan pelbagai alasan diberikan antaranya lapar. Tidak tahulah sejauh kebenarannya. Tetapi di depan mata penulis sendiri sewaktu bot berhenti di satu pulau yang didiami suku kaum bajau, terdapat sekumpulan anak kecil sedang menghabiskan sisa-sisa makanan pelancong di tepi bot-bot yang sedang tersusun. Habis segala makanan dalam periuk dikikis hingga licin sewaktu mendapat peluang tersebut.
Pastikan sebelum melawat suku kaum bajau laut ini, pengunjung membawa sedikit buah tangan untuk mereka seperti gula-gula, jajan, buah-buahan, pakaian, kain selimut atau alat solekan. Mereka pasti menghargai pemberian kecil anda ini.
Terima kasih Tourism Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Camping! Takah Pengkoi, Lokasi Air Terjun ‘Cun’ Di Perkampungan Orang Asli Bekok Segamat
Aktiviti perkhemahan selain bersantai bersama keluarga atau teman-teman dalam suasan alam sekitar yang damai mendapat tempat hari ini. Lokasi ‘pacak khemah’ di tepi pantai atau lokasi air terjun selalunya menjadi kegemaran dan pilihan.
Di Johor, terdapat sebuah kawasan air terjun yang tular dek lokasinya yang tampak begitu menarik dan berbeza dengan tapak perkhemahan yang lain. Tak perlu risau akan aspek keselamatan, semuanya sangat terjaga dan pasti berpuas hati.
Ini trip perkhemahan perkongsian daripada saudari Nurul Nabilla di Takah Pengkoi, merupakan destinasi percutian reakreasi menarik berkonsepkan rumah dan pokok di kawasan perkampungan orang asli yang terletak di Kg Kudong, Bekok, Segamat, Johor. Di sini terdapat beberapa jenis penginapan seperti chalet pokok, chalet khas untuk yang berkeluarga, dorm, dan tapak perkhemahan. Terdapat juga binaan rumah atas pokok. Memang betul-betul terletak tinggi atas pokok. Tingkat kedua jumpa tandas. Tingkat ketiga baru jumpa bilik. Kena panjat tangga. Tiada lif mahupun escalator. Yang jenis ni cuma ada sebuah je kat sini.
Ada rumah pokok bergerak juga tau. Haa yang ni unik. Rumah berkepala lori. Kalau tak silap ada 3 buah. Boleh pilih untuk diparkir di kawasan yang kita suka. Untuk mereka yang berhasrat atau yang ingin beristirahat serta merasa pengalaman bercuti di kawasan perkampungan Orang Asli sambil menikmati keindahan hutan hujan tropika, boleh hubungi En. Asoi / Pn. Rosijah – 0196599316
- Bayaran:Rm15/seorg, Rm40/seorg kalau berkhemah(bawak sdri) Rm70/seorg kalau stay kat chalet.
- Kene call owner suruh tunggu kat depan padang atau klinik kesihatan sebab kalau tak nanti terlepas sampai ke Taman Negara Selai macam kitaorangg. Jalan masuk ke Takah Pengkoi ni dalam kebun sawit tau. So paham sendiri la jalannya tak berapa nak elok. Tempat memang bersih. Carpark pon luas. Senang cakap selesa la.
- Trip kitaorang santai-santai je. Nak rase tempat baru. Selama ni kalau join camping follow yg kolej punya. Ni rase sediri dgn kekwn. Nasib tempat parking dengan port kami pacak khemah dalam 10 minit je. Kalau tak memikul barang-barang.
So akhir pesanan lepas berkhemah kemas la tempat tu dan sampah buang kat tempat yang disediakan agar orang yang akan datang rase selasa macam mana kita rasa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI