Bercuti ke Pattani, pasti ramai yang tak tahu apa yang best di sana, bukan? Bukan hanya makanan murah tetapi kawasan pantai pun cukup indah.
Nak lebih dekat lagi, jom baca perkongsian Eja Zakaria ini dulu. Barulah berbaloi dan mudah nak gerak di sana nanti.
Jom, Bercuti ke Pattani
Dulu kalau dengar Pattani mesti ingat perempuan kerja kedai makan, makcik junjung, serangan bom. Memang dah lama teringin nak pergi jalan-jalan belah Pattani tapi tak pernah nak jadi sebab risau.
Sebenarnya cantik pantai belah Pattani ni. Laut pula nampak terbentang. Tempat penginapan pun banyak tepi laut ni, murah pula. Serendah RM150 per night pun ada. Yang paling selesa pantainya memang betul-betul suasana kampung.
Nyaman, nak bercuti nak rehat badan rehat otak sesuai sangat sangat. Lagi satu paling win tempat makan best dan sedap pun banyak. Dijamin halal sebab kawasan majority muslim dan cakap bahasa Melayu.
Antara tempat lawatan menarik di Pattani ni adalah hampa wajib check in dekat area Laempho. Baru ni kami check in dekat forest beach resort. Memang best! Buka pintu bilik terus lari pergi mandi pantai.
Jom lah merasa ke sana, bulan puasa pun on!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
1001 Panduan Penting Jika Korang Merancang Mendaki Ke Puncak Kinabalu Ketika Normal Baharu
Penularan virus COVID-19 menjadi igauan ngeri penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah beberapa bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei 2020 tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP. Puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabali terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia.
Pendakian Ke Panalaban
- Berdasarkan normal baharu itu hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari (berbanding kira-kira 165 orang sebelum PKP) untuk mendaki dan setiap pendaki akan diperiksa suhu badan selain mencatat nama pada buku daftar di pintu masuk utama Taman Kinabalu sebelum dibenarkan berada di kawasan taman untuk urusan pendakian.
- Setiap pendaki termasuk malim gunung dan porter tidak terkecuali daripada SOP yang ditetapkan itu bagi memastikan keselamatan setiap pendaki terjamin.
- Pertamanya, suhu badan pendaki perlu melepasi tahap yang ditetapkan, barulah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi urusan pendakian seperti bayaran insurans, malim gunung, penginapan dan porter.
- Waktu pendaftaran pula bermula seawal 7.00 pagi-10.30 pagi sahaja sebelum bergerak ke Timpohon bagi memulakan pendakian ke Panalaban sejauh enam kilometer.
- Tepat pukul 9.40 pagi, selepas menandatangani buku daftar masuk di pintu Timpohon, 88 pendaki termasuk media dibenar untuk meneruskan pendakian ke Panalaban yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
- Panalaban adalah tempat perhentian yang menempatkan beberapa asrama penginapan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan pendakian keesokan hari ke puncak Kinabalu.
- Baju hujan adalah antara keperluan yang perlu dibawa ketika mendaki selain sarung tangan, stokin, makanan ringan, minuman, ubat dan pakaian yang mudah kering selain ringan bagi memudahkan pergerakan.
- Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika mendaki ialah perubahan suhu dan ketinggian akan menyebabkan pendaki merasa pening, loya dan muntah berpunca daripada mabuk gunung (AMS)
- Jika pendaki merasa sesak nafas dan kesejukan yang melampau, mereka perlu maklumkan kepada malim gunung supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka.
SOP Pendakian Untuk Semua Pendaki
- Sepanjang pendakian ke Panalaban, pendaki akan melalui tujuh pondok perhentian iaitu pondok Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Paka dan Waras.
- Pemeriksaan suhu badan semua pendaki termasuk malim gunung dan porter akan dijalankan lagi di pondok Layang-Layang yang berada di ketinggian 2,702 meter dari aras laut.
- Jika suhu mereka lebih daripada 37.4 darjah selsius, individu itu akan dikuarantin di bilik yang telah disediakan di pondok Layang-Layang.
- Selepas itu, suhu pendaki diperiksa lagi di pondok Waras; di pintu masuk restoran dan penginapan Laban Rata; sebelum bertolak ke puncak Gunung Kinabalu dan selepas turun dari puncak Kinabalu.
- Semasa berada di puncak Kinabalu pula, bagi mengelakkan kesesakan hanya empat orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dan perlu bergilir untuk bergambar.
- Proses sanitasi dibuat di setiap kawasan rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
- Proses sanitasi juga dibuat di setiap kawasan penginapan yang terdiri daripada beberapa buah antaranya rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
- Kedudukan katil di setiap bilik juga disusun dengan jarak yang ditetapkan selain penyediaan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk bilik penginapan.
SOP Di Restoran Laban Rata
- Pelayan di restoran Laban Rata membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
- Bagi penyediaan makanan di restoran Laban Rata, pendaki tidak dibenar untuk mengambil makanan sendiri seperti sebelum ini.
- Bagi mematuhi SOP, pelayan di restoran akan membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan.
- Jumlah pendaki yang berada di restoran ini untuk menjamu selera juga dikurangkan kepada 30 orang berbanding 40 orang sebelum ini dan tempoh 30 minit diberikan untuk setiap kumpulan berada di restoran itu.
- Setiap pelayan mahupun tukang masak di restoran itu juga memakai pelitup separuh muka sebagai langkah keselamatan.
Foto: Amazing Borneo | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trail Berbunga Tarikan Bukit Piniapat, Pitas Sabah. Cantik Sangat!
Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan pkepuasan twrsendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah, simpang ke Bukit Piniapat ini boleh dilihat selepas melalui jambatan Sungai Mempakad dari jalan Kota Marudu-Pitas. Dari simpang tersebut, kira-kira perjalanan lagi 10 minit, anda akan tiba di pondok untuk bayaran tiket masuk.
Bayaran yang dikenakan:
- Dewasa – RM2.00
- Kanak-kanak (7 hingga 11 tahun) – RM 1.00
- Kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah – Percuma
Bukit Piniapat ini mempunyai ketinggian 141 m dari paras laut. Menariknya, nama Piniapat ini sebenarnya berasal daripada tanah di bukit ini yang mempunyai 4 orang pemilik yang merupakan adik beradik. Dalam bahasa Sabah, Piniapat bermaksud ‘dibahagi empat’.
Untuk sampai ke puncak Bukit Piniapat ini, terdapat dua laluan yang boleh anda pilih sama ada:
- Laluan Mudah (Untuk Kaki Selfie) – Mendaki selama 10 minit.
- Laluan Hiking (Untuk Pendaki Tegar) – Mendaki selama 40 minit.
Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.
Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Seakan set penggambaran untuk siri televisyen kanak-kanak yang popular iaitu teletubies.
Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan sambil menikmati pemandangan laut yang indah di atas bukit ini. Aktiviti lain yang sering dilaukan di atas puncak bukit ini adalah bermain layang-layang kerana kawasan yang sedikit berangin.
Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.
Sumber: iloveboreomy
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Musim Raya Rumah Tak Muat, Sewa Villa Kemboja Batu Pahat Raikan Bersama
Warga Johor, jom sewa Villa Kemboja di Batu Pahat, nampak tempatnya menarik! Sesuai musim raya kadang rumah mak ayah tak muat, nak-nak kalau keluarga besar yang mempunyai anak cucu ramai.
Haa.. yang tiada kampung halaman pun boleh booking sini, luas lamannya. Dengan kehijauan pokok sekeliling rumahnya, rasa tenang. Ala Bali jadinya sebab binaan penginapan pun klasik!
Beraya Di Villa Kemboja Batu Pahat
Destinasi tersebut memiliki sebidang tanah kosong yang luas untuk pengunjung bergotong-royong membakar lemang, ketupat dan menyiapkan juadah raya.
Umpama menjadi satu tradisi, villa ini menjadi tumpuan ramai setiap kali Hari Raya. Mesti penuh!
Ramai yang datang menginap di sini kerana mahu beraya di rumah sanak saudara. Eh, tetapi ada juga anak bandar yang mahu merasai pengalaman meraikan Aidilfitri dalam aura kampung. Jadi ini lah pilihannya.
Biasanya anda yang menginap boleh bergotong-royong memasak bersama di kawasan kosong bersebelahan villa. Selain buat gulai dan lodeh, ada yang membakar lemang, ayam masak merah dan macam-macam lagi.
Ada Menu Bufet Ramadan
Paling istimewa, ada menu istimewa bufet Ramadan untuk tetamu yang datang bertandang di sini ya.
Terpesona melihat rumah yang diperbuat daripada kayu meranti dan cengal terpakai ini, ditambah ukiran yang cantik ala-ala Bali.
Rumah ini juga menawarkan sewaan untuk sebuah dewan terbuka yang biasanya menjadi tumpuan untuk majlis perkahwinan.
Kaki ootd pun jangan risau sebab anda tidak perlu pergi jauh kerana keindahan landskap memang sudah cantik.
Kalau rasa nak jalan-jalan, destinasi pelancongan menarik di sekitar bandar Batu Pahat hanya ambil masa 10 minit perjalanan sahaja.
Rasanya cukup sesuai kalau anda nak datang meraikan apa juga keramaian atau sambutan Aidilfitri di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI