Bercuti Di Kluang Je Uolls..Tak Perlu Pergi Jauh-Jauh. Best Sangat Ok!

Share

Menurut portal Majlis Perbandaran Kluang orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar Kluang terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupon Malayan Flying Fox dianggap sejenis kelawar yang terbesar di dunia.

Terdapat juga cerita yang binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau mereka. Walau bagaimanapun cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang lama-lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kmapung Kluang telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.

Perkongsian daripada wanita yang dikenali sebagai Miera Maira di laman sosialnya menarik minat ramai untuk mencuba trip bercuti ke Kluang, Johor.

Kluang : Half Day Train Trip

  • Next thing to consider adalah aktiviti apa nak buat dekat Kluang ni. List aktiviti dan harga seperti berikut :
  • Lunch at Rumah bawah Kolong: RM5 – Rm 8 depends on lauk apa you ambil. Nasi campur tema dia
  • Gunung Lambak : Free entrance fee
  • Pakai sport shoes kalau plan ke Gunung Lambak dia punya curam bila turun tu fuhh cuma sport shoes je mampu tanggung
  • LA daily Goat Farm : Free entrance bayar RM5 untuk rumput, to feed the animals like deer, cow, horse, and rabbit.
  • Return Train ticket Kulai – Kluang : RM24 / pax
  • Half day tour 12pm – 5 pm with uncle Eddy inclusive pakej ambil gambar : RM 100

**Uncle ni pandai ambil gambar and angle dia cantik. Even posing semua dia ajar. Uncle Eddy Chow. Tour dengan uncle Eddy Chow ni best, sebabnya dia jenis ramah and selalu buat suasana meriah. So takdalah korang kemurungan nak buat setiap activity tu. Nak mengantuk pun tak sempat! For me it’s worth RM 100 for 3 pax dapat buat 6 aktiviti dalam 1 hari. Kalau kedai cendol mamak yang dekat laman kreatif Kluang tu buka dah dapat buat 7 aktiviti in total.
Kilang kopi Cap Televisyen tour: Free entrance . Dapat minum coffee, white coffee free kat sini cicah biskut kering. Nak beli coffee pun ada! I bought white coffee 15 sachet for RM 14 only.

  • Laman kreatif Kluang 3D drawing: Free
  • Banyak gambar menarik kat sini
  • Kluang Railway coffee makan ikut suka you all la

Kalau ada bajet bawah RM 100 but nak enjoy satu hari? Boleh la berjalan ke Kluang Di hujung minggu.

Oleh
Admin