Bercuti Di Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Feeling Macam Di Sabah. Siap Ada Ladang Lembu & Cuaca Berkabus. Nyaman!

Share

Jeram Mengaji Agro Resort mungkin asing bagi sesetengah orang, namun untuk rakyat Kelantan, pastinya dah ramai yang mengenali nama tempat ini. agak terpencil dan jauh dari bandar Kota Bharu, Jeram Mengaji Agro Resort boleh dikatakan sebagai hidden gem yang ada di Kelantan.

Terletak kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh. Tempat ini semakin popular dikalangan penduduk tempatan kerana lokasinya yang menawarkan keindahan panorama semulajadi dan juga aktiviti-aktiviti lain yang menarik untuk dibuat bersama keluarga.

Persis bercuti di Sabah

Berkunjung ke sini, korang akan disajikan dengan keindahan pemandangan bukit bukau yang cukup cantik dan menarik. Di sini juga turut mempunyai ladang ternakan lembu tenusu yang sekaligus menjadikan tempat ini seperti berada di Kundasang, Sabah.

Mempunyai ladang rumput yang luas dengan pemandangan bukit-bukau yang menarik, bezanya di sini cuacanya agak panas namun kalau datang awal pagi, korang berkesempatan untuk melihat kawasan sekitar yang turut dikelilingi dengan kabus tebal. Cukup menarik!

Kat sini turut menjual hasil tenusu daripada ladang lembu yang korang kunjungi. Ada pelbagai produk tenusu yang korang boleh dapatkan segar dari ladang macam korang pergi ke Dairy Farm di Kundasang tu.

Tak sah kalau datang ke sini tanpa beli produk tenusu yang dijual. Korang boleh beli susu segar, air yogurt dan macam lagi hasil tenusu yang lain yang mana ia.

Mandi jeram & buat aktiviti lain

Selain dapat tengok lembu, kat sini juga ada aktiviti lain seperti menunggang kuda, mandi jeram dan banyak lagi. Kalau nak menginap kat sini juga boleh. Kalau ada yang nak berkhemah kat sini juga turut disediakan tapak untuk pacak khemah korang.

Yang nak buat family day atau event team building juga sesuai kerana tempat ini mempunyai fasiliti yang lengkap dan kawasan yang luas untuk menampung kedatangan pengunjung.

Surau dan tandas juga turut disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung yang datang. Pendek kata memang syok kalau dapat berkunjung ke sini. Boleh luangkan masa bersama keluarga di samping bergambar sampai puas kerana banyak port-port menarik untuk korang OOTD!

Alamat: Jeram Mengaji Agro Resort 16800 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia

Sumber: FB Jeram Mengaji Agro Resort

Sumber gambar: Tourism Kelantan & areshah azm

Oleh
SAHR