Dream Forest Langkawi, tempat ini baru buka bulan Jun dan merupakan enchanted magical forest pertama di Malaysia.
Okay, vibes kat sini macam berada dalam avatar forest, cantik dan memukau.
Dream Forest Langkawi
Buka waktu malam sahaja dan laluan sepanjang 1.2km dalam rainforest dikelilingi dengan immersive technology, lighting, soundscape dan cerita hikayat lagenda Pulau Langkawi – Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa & Langkawi Giants.
Ads
Kalau nak berjalan sekitar ini, ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam sebab anda akan leka tengok sekeliling yang dihidupkan dengan cahaya warna-warni.
Ads
Kawasannya wheelchair and stroller friendly, cuma kat bahagian exit kena angkat sikit sebab belum buat laluan turun untuk wheelchair & stroller, maybe they will improve it in the future. Ada tandas, surau dan small food & beverage stall, boleh makan marshmallow dekat unggun api.
Ads
Owh ya, tiket boleh beli direct di kaunter menerusi website dream forest pun boleh atau dekat klook dan redeem di kaunter.
Lokasi:
Dream Forest Langkawi owned by Tiara Jacquelina Ticket price : Boleh rujuk pada gambar Operating hours : 7pm-12am (daily) Closed : every Wednesday (except Public Holidays and School Holidays)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kini negeri Selangor sudah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Jadi tentu ramai dio antara anda cukup berasa gembira dengan perkembangan ini.
Bagi individu lengkap dua dos vaksinasi pelbagai kemudahan akan dinikmati termasuklah lokasi rehat dan percutian.
Sejak kebelakangan ini, aktiviti staycation semakin menjadi trend bagi para pelancong domestic, khususnya pada cuti hujung minggu.
Di samping bersantai bersama orang tersayang, sekiranya anda seorang yang suka menghasilkan video “content” di media sosial, anda boleh jadikan tempat penginapan yang tersenarai di bawah sebagai latar yang pasti menarik perhatian pengikut anda!
1) Carpe Diem, Serendah
Carpe Diem, Serendah by andrewlooi @ IG
Carpe Diem terletak di Pekan Serendah merupakan sebuah penginapan yang membawakan konsep gaya hidup kampung. Carpe Diem adalah perkataan Latin yang membawa maksud “merebut hari”.
Lokasi ini membawa anda melangkah ke pesona percutian ala kampung yang juga bertepatan sekiranya anda mencari tempat untuk menjalankan sesi latihan pasukan. Carpe Diem juga dikelilingi oleh tanaman menghijau yang subur, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan bersantai.
2) Sri Damai Resort, Kalumpang
Sri Damai Resort, Kalumpang by sri_damai_resort @ IG
Sri Damai Resort menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar, dilengkapi dengan kolam renang dari air sungai untuk kanak-kanak, serta kolam memancing bagi mereka yang suka menangkap spesies langka seperti ikan kelah dan baung.
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan ada ditawarkan di sini seperti aktiviti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Selain itu, terdapat ladang rusa, kambing, serta buah-buahan tempatan yang boleh dikunjungi semasa anda menginap di sini.
3) Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang
Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang by anwarxaki @ IG
Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju ke Pekan Rawang. Sudah namanya taman rimba, ianya pilihan yang tepat untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar.
Apa yang lebih menarik di sini adalah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan seperti berkayak, jungle trekking, mountain bike trails dan banyak lagi sambil merakam detik-detik kegembiraan bersama orang bersayang. Ini adalah tempat yang tepat untuk menghabiskan masa hujung minggu anda dalam keindahan alam yang menghijau.
4) Rumah Hutan Bonda, Batang Kali
Rumah Hutan Bonda Rozita, Batang Kali by danishtsl @ IG
Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Petaling Jaya, anda boleh kunjungi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Hulu Selangor, iaitu Rumah Hutan Bonda.
Ianya menampilka konsep rumah Melayu asli yang pasti akan membuat anda terpegun melihatnya. Tempat penginapan ini turut dikelilingi keindahan hutan dan alam semulajadi. Rumah Hutan Bonda juga mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
5) PulaiThree, Kuala Kubu Bharu
PulaiThree, KKB by Azfar Heri @ Twitter
PulaiThree merupakan lokasi percutian yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu, di tengah kawasan hutan hujan dan kawasan bukit milik peribadi. Konsepnya direka dengan ruang terbuka menghadap alam sekitar namun masih menerapkan unsur kelestarian.
Vila yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang amat menenangkan ini menawarkan dua bilik tidur dengan pemandangan indah seperti gunung hijau zamrud di luar bandar. Selain itu, tempat penginapan ini yang dilengkapi dengan kolam renang dan dapur lengkap dengan set barbeku sememangnya akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan.
Tentunya, tempat penginapan yang tersenarai di atas bakal mengubati kerinduan anda kepada keindahan alam semulajadi, namun tidak mengetepikan faktor keselesaan. Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor sememangnya mempunyai banyak tempat penginapan yang menarik. Tempah masuk sahaja ke tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti!
Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #ImagineNowExperienceSoon.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.
Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.
Di Pulau Aur terdapat tarikan Batu Berhala, batu bersaiz besar berbentuk singa yang mempunyai legenda tersendiri. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti merentas hutan, pastinya tertarik untuk memanjat batuan besar menuju ke kawasan pelbagai.
Foto: sebukangbayresort.com
Berdasarkan sejarah, pada Januari 1804, Pulau Aur pernah menjadi persinggahan tentera Perancis di bawah arahan Laksamana Linois bersama lima kapal perang bagi menjayakan misi pertempuran laut bersama British di Laut China Selatan.
Dari Pulau Aur, anda juga boleh ke sebuah pulau kecil iaitu Pulau Dayang yang terletak hanya bersebelahan sahaja. Seperti Pulau Aur, pulau ini juga cukup sempuna untuk anda yang suka akan kedamaian dan ingin percutiaan yang tenang.
Kedua-dua pulau ini merupakan pilihan terbaik bagi si kaki selam skuba kerana jaraknya yang jauh dari pantai. Air disini juga sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh ditemui disekitar ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...