Asyik singgah tempat yang sama tiap kali pergi Cameron Highlands, apa kata kali ini pasti anda berkunjung ke satu tarikan baharu iaitu Cameron Santorini.
Bercuti di sini sudah tentunya membuatkan anda seakan-akan berada di Pulau Santorini tetapi versi ‘bajet’.
Pemandangan mempesonakan dengan bangunan berwarna putih dan biru, memang tidak mengecewakan.
Nampak macam di luar negara. Ada swimming pool tersejuk dalam Malaysia, boleh mandi puas-puas. Memang lawa kalau nak bergambar di sini.
Selain itu, boleh juga jalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati kesedapan buah strawberi di sini dan makanan yang dijual di kafe.
Dewasa – RM40
Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM20
Warga emas – RM20
Cameron Santorini terletak berhampiran Water Cress Valley. Sekiranya menaiki kereta untuk naik ke atas, perjalanan mengambil masa kira-kira selama 5 minit.
Perlu diingatkan keadaan jalan agak curam, jadi pastikan anda memandu secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!
Sumber: Facebook Perak Press