Ada tak anak-anak anda yang suka dan excited dengan haiwan maritim seperti ikan, penyu, belangkas dan kuda laut? Kalau ada, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) adalah lokasi terbaik untuk anda bawa mereka mendekati pelbagai spesis hidupan marin yang terdapat di sana.

Terletak hanya di Telok Kemang dan tidak jauh dari pusat bandar, PIHPD adalah lokasi terbaik untuk anda bercuti di waktu hujung minggu bersama keluarga terutamanya ketika bulan Ramadan ni sebab lokasinya yang dekat dan persekitaran bersih serta sejuk di ruang pameran memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga.

Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Ruang depan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Jadual waktu lawatan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.

Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Untuk pengetahuan anda, PIHPD ini berfungsi sebagai penggalak kepada pembangunan industri marin terutamanya ikan hiasan marin, kuda laut dan batu karang. 80 peratus daripada hidupan marin yang diternak dan dibiakkan di PIHPD ini diambil dari perairan Tanjung Tuan, yang diwartakan sebagai kawasan larangan perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.

Ads

Pusat konservasi spesis penyu terancam

Pusat tersebut berjaya membiakkan lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang menggunakan kaedah teknologi baharu.Jadi kepada anda atau ada anak-anak yang meminati ikan hiasan marin, PIHPD ini pasti membuatkan mereka teruja untuk cuci mata melihat kepelbagaian koleksi ikan hiasan yang dipamerkan di sana.

Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Pegawai Pusat Ikan Hiasan Port Dickson sedang memberikan penerangan mengenai tapak konservasi penyu di sana.
Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Antara penyu terancam yang terdapat di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson bukan tempat ikan hiasan semata-semata, tapi turut menjadi tempat pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin terutama spesis yang hidup di kawasan Tanjung Tuan.

PIHPD ini dibina di atas tanah seluas 0.85 hektar dan selain menjadi pusat pembiakan kepada pelbagai spesies ikan hiasan, tarikan lain yang disediakan di pusat berkenaan adalah konservasi penyu karah dan agar di mana petugas PIHPD menyediakan kawasan pembiakan penyu agar dan karah yang diletakkan di luar bangunan dan pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara membiakkan dua spesies berkenaan.

Ads

Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Ruang dalam Pusat Ikan Hiasan Port Dickson yang selesa untuk seisi keluarga.

Ads
Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
Antara hidupan marin yang ada di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.

Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Bercuti Dengan Keluarga Ke Teluk Kemang, Jangan Lupa Singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Kepada anda yang ingin membawa keluarga bercuti ke sini, PIHPD dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Ahad) dan masuk adalah percuma.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI