Travel

Bercuti dan Menginap di Hotel, Semua Langkah Ini Patut Dibuat Untuk Selamat

Share

Sebelum bercuti dan menginap di hotel, anda perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang dapat membantu mengelakkan diri daripada berdepan sebarang bentuk gangguan manusia yang berniat tidak baik.

Berikut adalah tujuh panduan berguna dikongsikan Mirzan Johor bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semasa menginap di hotel terutama sekali bagi golongan wanita.

1. Letak lebih daripada sepasang kasut di depan pintu hotel

Ini menunjukkan bahawa ada seorang lelaki di dalam bilik, yang boleh membantu menghalang orang yang tidak diingini masuk ke bilik anda.

2. Gantungkan “Do Not Disturb” di luar pintu bilik

Ini bukan sahaja menghalang staf hotel atau pengunjung yang tidak diundang daripada mengganggu anda, tetapi juga memberi isyarat bahawa anda memerlukan privasi penuh.

3. Letakkan cawan di atas tombol pintu

Letakkan cawan atau objek kecil lain di atas tombol pintu atau pegangan pintu. Ini akan menunjukkan jika seseorang cuba membuka pintu tanpa izin.

Cawan tersebut akan jatuh atau bergerak sebagai isyarat bahawa pintu telah dibuka.

4. Periksa cermin untuk keselamatan

Letakkan jari anda dekat dengan cermin dan periksa jika jari anda bertemu dengan permukaan. Jika bertemu, ini mungkin menandakan adanya objek tersembunyi di belakang cermin.

Selain itu, jika cermin kelihatan tidak rata atau ada ruang di belakangnya, ini mungkin tanda adanya peranti pengintai.

5. Periksa celah pengudaraan atau penghawa dingin

Teliti celah-celah lubang pengudaraan atau unit penghawa dingin untuk memastikan tiada kamera tersembunyi atau peranti pengintai.

Gunakan lampu suluh atau lampu telefon anda untuk melihat dengan lebih jelas di dalam celah-celah tersebut.

Jika anda nampak peranti yang mencurigakan, laporkan kepada pihak hotel.

6. Periksa lampu di seluruh bilik

Matikan lampu dan periksa seluruh bilik untuk melihat jika ada lampu merah kecil (berkedip atau menyala), menandakan adanya kamera tersembunyi atau peranti pengintai (spy cam).

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat meningkatkan tahap keselamatan dan privasi semasa menginap di hotel sendirian (travel solo).

Sentiasa berwaspada dan laporkan kepada pihak pengurusan hotel jika anda menemui perkara yang mencurigakan.

Oleh
Nadia