Travel

Bercuti Cara Bajet di Suara Rimba Hulu Langat Chalet, Ada Sungai dan Petting Zoo

Share

Kalau anda jenis sukakan suasana yang tenang dengan alam semula jadi, boleh cuba ke Suara Rimba Hulu Langat Chalet.

Bukan hanya persekitaran yang tenang, anda juga boleh main air sungai di situ.

Selain itu ada juga mini petting zoo untuk anda dekat dan kenal haiwan seperti merak, kancil,arnab, boleh tengok itik kolam ikan sungai dengan tapak perkhemahan di belakangnya.

Agak unik tempat menginapnya yang diperbuat daripada chalet kayu. Memang rasa tenang macam kampung.

Jadi buat anda yang mencari tempat untuk healing dengan bajet yang murah, boleh lah ke sini bawa anak-anak.

Oleh
Nadia