Bercuti Bersama Keluarga Boleh Eratkan Hubungan Lebih Bahagia, Minda Anak-Anak Juga Terangsang!

Share

Percutian keluarga sebenarnya lebih bermakna daripada pemberian hadiah atau mainan bagi anak-anak.

Ini kerana menerusi percutian keluarga, hubungan kekeluargaan dapat dipupuk dengan lebih mesra.

Selain itu, ketahui lima sebab lain kenapa anak-anak seronok apabila ibu bapa memberitahu akan membawa mereka untuk bercuti :

1. Terpahat lebih lama dalam memori

Seorang ahli psikologi, Oliver James berpendapat seseorang kanak-kanak itu akan berasa sangat seronok ketika menikmati percutian keluarga. Tambahan pula, ia akan menjadi memori yang cukup indah untuk disimpan buat sekian lama dalam hidup mereka sehingga dewasa.

2. Mengembangkan pengetahuan

Travel mendedahkan anak-anak kepada dunia luar. Usia mereka walaupun masih kecil, mereka sebenarnya cukup seronok untuk meneroka pelbagai pengalaman baharu. Melalui percutian keluarga juga, perkembangan otak anak-anak dapat berjalan dan beradaptasi bagi dari segi sosial, fizikal, kognitif dan interaksi sensori.

3. Kukuhkan hubungan kekeluargaan

Lupakan seketika tentang kerja atau tugas rutin. Fokus bersama anak-anak untuk berlari di pantai, membina istana pasir dan bermain dengan ombak kerana ia merupakan ‘attachment play’ 

yang membuatkan anak-anak sentiasa yakin dengan  perhatian serta kasih sayang dari ibu bapa mereka.

4. Wujudkan pengalaman luar kotak

Semasa brcuti, anda ibarat keluar dari zon selesa dan sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Dari sini, anak-anak dapat belajar benda baharu berdasarkan bagaimana anda pamerkan cara anda berhadapan dengan situasi baharu tersebut.

5. Menggalakkan penerokaan

Kanak-kanak perlu melihat dunia dari sisi yang unik. Semasa bercuti, anak-anak akan memproses perincian maklumat yang mungkin tidak kita sedari dan kita seharusnya membenarkan penerokaan ini berlaku di sekeliling mereka secara semulajadi. Contohnya, mereka mungkin perasan beberapa jenama permainan yang kelihatan di negara lain, tetapi tidak di negara kita dan ini adalah pengetahuan baru buat mereka!

Oleh
Farizul Izwany