Tidak dinafikan, sudah ramai yang tidak sabar untuk merentas negeri dan menunggu pelaksanaan itu diumumkan oleh kerajaan. Selain bertemu ibu ayah, ada juga yang membuat perancangan untuk bercuti menenangkan fikiran selepas hampir dua tahun hidup dalam virus Covid-19.
Bagi yang merancang perjalanan ke Negeri Sembilan, selain terkenal dengan pantai Port Dickson, sebenarnya banyak lagi tempat menarik boleh diteroka di negeri. Salah satu destinasi menawarkan percutian mendamaikan ialah di D Bukit Homestay yang terletak di Kampung Kundur, Hulu Pedas. Tidak hanya siang, suasana malamnya juga amat mendamaikan kerana di sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok merimbun.
Dikongsi oleh Karren Dela Cruz di page fb Bestnya Negeri Sembilan bagi yang sedang mencari lokasi percutian, bolehlah masukkan lokasi ini sebagai destinasi pilihan.
Sesiapa yang nak bercuti ala – ala kampung dan suasana hutan lipur yang mendamaikan.. boleh lah ke D Bukit Homestay Kg Kundur Hulu Pedas, Negeri Sembilan.
Ads
Boleh buat kursus dan family day.
Terdapat lima buah rumah bagi yang ingin bermalam dalam suasana nyaman dengan udara segar serta jauh dari kesibukan kota. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah surau, kolam mandi, ruang makan dan kolam ikan bagi yang gemar memancing.
Ads
Para pengunjung juga boleh memasak sendiri hidangan kerana kami menyediakan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Setiap Bilik Dilengkapi : Bilik Air Serta Water Heater TV LCD + Pendrive (Movie) Katil Queen Size Air Condition Mini Peti Ais Jug Kettle Bantal & Toto Extra Sejadah Iron & Iron Board (By Request)
Ads
Cafe : Freezer & Chiller Peralatan memasak Set BBQ PA System / Karaoke Wifi
Lokasi berhampir dengan: Pekan Rembau (12km) Pekan Linggi (11km) Sabak Salai (2.5km) Pedas Hot Spring (12km) Plaza Tol Pedas (4km)
Check-in & Check-out Check-in time 2.00 petang Check-out time 12.00 tengah hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda tak suka tempat ramai orang, dan dalam masa yang sama nak sangat anak-anak gembira cuti sekolah, anda boleh pilih untuk ke AliyAqif Cottage.
Tempat ini memang lawa okay, confirm anak-anak akan suka. Bukan hanya ada tempat mandi tetapi anak boleh bermain pasir.
Sila rujuk gambar dulu untuk melihat persekitaran tempat ini, cantik tak?
Menurut pengalaman Puan Syahirah Omar yang datang bersama keluarganya, dia teruja melihat bahagian landskap laman cottage ni.
Setiap sudut dia dapat melihat betapa telitinya owner menghias dan bukan sekadar mencantikkan, tetapi penuh dengan sentuhan kasih sayang.
Memang rasa tenang, selesa, selamat dan dapat lari sekejap dari segala keserabutan.
Owh ya, di sini anda boleh healing minum coffee luar rumah juga tau, best!
Anak-anak akan syok dapat mandi kolam, lagi best siap ada glamping dome di backyard dan sandpit. Kalau anda nak bbq pun boleh. Memang serba serbi lengkap peralatan yang disediakan.
Pendek kata tempat ini sesuai dengan jiwa anda yang tak suka bersesak.
Lokasi:
AliyAqif Cottage, Bangi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ipoh merupakan destinasi percutian pendek yang menjadi pilihan ramai. Banyak tempat menarik untuk dilawati di sana dan sesuai dengan semua peringkat umur.
Selain tarikan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Ipoh juga terkenal dengan banyak kafe dan tempat makan hipster untuk anda kunjungi. Tak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur, ramai yang memilih untuk menaiki ETS ke Ipoh seperti juga NZDiana Nazar dan rakan-rakan yang berkesempatan membuat short trip ke Ipoh baru-baru ini.
Tiga jam perjalanan tak terasa dek kerana seronok dapat bercuti bersama. Sempat terjah ke kafe yang ada di dalam ETS, mereka bersarapan dan menikmati hidangan yang dijual bersama-sama.
Menurut wanita ini sebaik sahaja sampai ke Ipoh, mereka semua berasa teruja dan tak sabar untuk meneruskan percutian mereka. Cuaca pula sangat baik untuk percutian backpacking mereka.
Semuanya enjoy dan menikmati percutian singkat dengan gembira. Memang fun kalau baca perkongsian yang dibuat. Nak tahu apa yang sempat mereka jelajah dalam trip 2 hari 1 malam ke Ipoh ini, jom ikuti perkongsian yang dibuat:
Trip Acik-acik Backpacking Ke Ipoh
Assalamualaikum kawan-kawan ❤️
Kalini kisah acik-acik backpacking ke Ipoh! Kenapa Ipoh? Sebab nak merasa naik ETS ramai-ramai dan masa perjalanan tak lama sangat, 3 jam jee..
Ok lah kan, tak boring sangat😆
Dah nama pon trip acik-acik, so pesertanya semua wanita, yang penting kena dapat keiizinan Imam dulu, baru lah kita boleh huray huray bergembira! Ha ha ha ha(baca dengan nada menyanyi).
Perjalanan bermula di KL Sentral, ticket ETS 8.45 pagi(kena ada setengah jam sebelum train bergerak). Dekat ticket dah boleh check, gerabak mana yang patut dituju, kami ditempatkan di gerabak A. Apa yang kami buat 3 jam dalam train? Of course yang pertama sekali, pergi terjah cafe dia, menu yang ada masa tu, keropok lekor, sandwich, nasi lemak rendang ayam, lasagna, nasi dagang, air panas-kopi, teh tarik, milo, air mineral. Boleh tahan jugak lah rasa dia, bila perut lapar kan, semua sedap hehehe. Lepas makan, sambung lah sembang-sembang, amek gambar, sedar-sedar dah sampai.
Jejak je kaki ke luar station KTM, nampak dataran yang ada tulis perkataan IPOH. Masa tu cuaca cantik, kawasan tenang, bersih dan teratur. Kami teruskan berjalan kaki menuju ke Concubine Lane. Tak jauh sangat, lebih kurang 8-9 minit macamtu dah sampai. Disebabkan sampai time lunch, maka kami cari port makan dulu, semua sepakat nak makan di Plan B😊.
Di plan B ni, decoration dia mcm ala ala industrial and modern concpet, food banyak variety, portion pon ok, ada indoor (aircond) dan outdoor. Lepas dah isi perut,kami pon teruskan perjalanan. Sepanjang Concubine Lane ni mcm2 benda kita dapat lihat, termasuk pelbagai jenis makanan yang cantik dan cute.
Konsep dia mcm jalan di sepanjang kedai yang ada kiri dan kanan. Tengok kiri pon cantik, tengok kanan pon cantik. Contoh mcm ais kepal yang warna warni, pastu ada gerai jual jelly viral~ rain drop jelly tu,pastu ada strawbery coklat, pendek kata, siapa lapar lalu situ, habis semua nak belii hehehehe percaya lahh..!
Kami jalan sepanjang Cocubine Lane tu dua kali, sekali pandang hala kanan, sekali lagi pandang hala kiri😆Lepas tu ada sorang acik nak masuk Cafe Harry Porter(acik2 BBNU, mcmtu lah🤣). Special nya cafe ni ada jual Butter Cream Soda Float, tak payah pergi kat UK, cuma kalau kat UK dia tulis Butter Beer. Oh ada beli kek jugak, then lepak2 lagi(what do u expect?) sambil bergambar.
Dah rasa penat dan kenyang, waktu pon dah 2 petang, kami ambil grab terus ke Sojourn Guest House(Boutique Hotel). Wowwwwweee aroma wangian hotel ni sesuai sangat dengan kami, rasa macam dilayan bak puteri! Dekat hotel, nothing much activiti, selesaikan tanggungjawab,rehatkan kaki, then petang keluar lagi untuk dinner, ke Konda Kondi cafe.
Cafe ni terletak tepi simpang, konsep menu lebih kepada western food. Food puas hati, service pon ok, kira ok lah kan. Lepas tu kami jalan2 ke depan sikit sekitar kawasan tersebut and ada pasar malam.Tak shopping apa pon, just jalan santai2 sambil cuci2 mata. Lepas dah penat, kami amek grab lagi pulang ke hotel.
Disebab kan hotel ni waktu checkout awal iaitu pukul 11 pagi, kami decide nak grab je breakfast makan dalam bilik. Boleh tahan sedap, ada yang nak makan nasi lemak, ada yang pilih lempeng kelapa dgn sambal tumis, kena pulak dengan kopi panas,memang paduu!
Dah tiba masa checkout dalam pukul 11pagi,kami grab lagi ke Canning DimSum.
Ok, pengakuan Ikhlas ya, kedai ni DimSum paling sedap sis pernah makan! Isi dumpling banyak, sos dipping sedap, harga berpatutan sgt! Siapa minat dimsum, pergilah makan kat sini, 7.30 pagi dah buka ya!!
Lepas isi perut, kami amek grab lagi, ke Concubine Lane semula. Kali ni, ‘last kopek’ shopping sourvenier sebelum balik KL. Hehe. Train balik ke KL pukul 3.30petang,jadi kami pon jalan santai2 menuju ke Station KTM Ipoh. Dalam perjalanan tu, terjumpa masjid, kami berhenti solat dan berehat dalam masjid tersebut.
Bila masing2 dah fresh, dalam 2.30petang kami jalan terus ke KTM station. Masa dalam perjalanan pulang, hujan lebat membasahi bumi.Alhamdulillah 6.30petang selamat sampai KL Sentral, maka berpisahlah kami menuju haluan masing2😘
Cara kami mungkin tak se’aggresive’ orang muda berbackpacking, tapi dapat lah capai matlamat acik acik nak jalan2 dan makan2 di Ipoh!
We had so much fun!
Hargai setiap memori tercipta,
Tanda kasih sayang Yang Maha Esa🌼
Sekian🌷
Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand. Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman atau harus penulis katakan keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik.
Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain? Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa, ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Serangga ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara.
Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut.
Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo.
Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikirkan semula.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!