Kalau dah sampai Kuantan, Pahang, singgah lah di Time Capsule Retreat. Tempat ini nampak unik dengan suasana lampu yang tenang, bunyi burung dan unggas-unggas hutan. Sejuk mata memandang sebab semua hijau.
Tiga aktiviti utama di sini ada BBQ, tengok sunrise, dan pergi Air Terjun Pelangi.
Di sini tak ada pool tapi mempunyai private jakuzi di luar bilik. Memang budak-budak lah paling gembira main air, dengan view cantik. Boleh berendam sampai puas.
Bilik berkaca yang sangat simple, ada katil besar dan aircond, lampu serta plug untuk anda charge barangan elektrik.
Sekitar sini bersih, jadi jangan risau walau anda berada dalam suasana yang di kelilingi hutan.
Sesekali nak ‘healing’ dengan keluarga atau kawan-kawan, boleh lah booking tempat ini, ya!
Toilet kongsi dengan penghuni yang lain, tapi bersih. Ada water heater shower juga, kalau sejuk boleh mandi air panas.
Lokasi:
Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, Pahang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepaskan Sebentar ‘Masalah Dunia’ Jom Terbang Di Bukit Jugra, Banting
Jugra menjadi destinasi pelancongan popular di daerah Kuala Langat.
Pastinya tarikan utama di sini ialah Rumah Api Bukit Jugra. Dulu, ia memainkan peranan penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut kerana lokasinya yang strategik apabila menghadap Selat Melaka. Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Info:
- Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung bergantung kepada waktu tertentu seperti pada pagi hari bayarannya lebih murah berbanding ketika matahari terbenam
- Pakaian yang sesuai dan kasut sukan
- Disertakan bersama gambar dan video penerbangan
- Sihat tubuh badan
- Berat badan individu tidak melebihi 200 kilogram
Image via Tourism Malaysia & google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Perkara Best Boleh Buat Kalau ‘Check-In’ Di Hutan Royal Belum, Gerik
Hutan Royal Belum tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi ini sememangnya lokasi pelancongan negara yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Umum mengetahui keindahan dan kemasyhuran kawasan hutan hijau itu membuatkan ia sering menjadi bualan dan mendapat banyak pengiktirafan.
Hutan Royal Belum terletak di Gerik, Perak pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih samada menggunakan jalan darat atau melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum. Ini perkara menarik ada di Hutan Royal Belum:
- Bunga Refflesia – Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii.
- Salt Lick – Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan berkumpul menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
- Santuari Ikan Sungai Ruok – Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Jangan lepaskan peluang memberi ikan ini makan sambil ‘berenang manja’.
- Air Terjun Sungai Kooi – Hanya setengah jam masa diambil untuk mendaki naik ke kawasan air terjun tinggi yang sangat cantik ini. Jangan lupa ambil gambar sebagai gambar kenang-kenagan.
- Burung Enggang – Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum.
- Perkampungan Orang Asli – Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito.
- Kem Royal Belum – Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
- Rainforest Resort – Antara penginapan yang selesa dan pilihan ramai untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Resort mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang.
- House Boat – Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di atas House Boat ini seperti BBQ, memancing, berkayak, berakit dan karaoke.
Menarik betul Hutan Royal Belum ini. Jom cuti-cuti Malaysia~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tasik Pangong Lake, India! Lokasi Pelancongan Popular Dunia Selepas Filem 3 Idots Meletup
Pasti ramai tidak dapat melupakan filem 3 Idots lakonan terbaik Amir Khan malah dikatakan antara filem terbaik Bollywood. 3 Idots mengisahkan tiga orang rakan baik, Rancho (Amir Khan), Farhan (R. Madhavan) dan Raju (Sharman Joshi) yang sering bermasalah ketika di university. Namun kesemuanya berjaya menghabiskan pengajian sebelum masing-masing berpisah selama 10 tahun. Filem ini turut dibintangi oleh Kareena Kapoor sebagai Pia yang juga kekasih kepada Rancho.
Di dalam filem menyaksikan kesemua sahabat ini bertemu di sebuah lokasi iaitu Tasik Pangong, Ladakh yang asalnya adalah satu tempat terpencil di sempadan India – China. Terpesona dengan keindahan tasik ini, dari sebuah lokasi terpencil, kedatangan pelancong ke Pangong Lake mencatat sejarah apabila seramai 1.6 juta pelancong mengunjungi lokasi indah ini.
**media[315722]
**
Keindahan gunung ganang, air laut yang belum tercemar pasir yang sangat putih malah dengan kedalaman tasik 100 meter dengan keluasan 700 meter membuatkan Ladakh menjadi lokasi indah ketika mengunjungi lokasi ini. Memiliki ketinggian 4250 m dari atas laut yang lebih tinggi dari Gunung Kinabalu, untuk ke lokasi tasik ini ada pelbagai kenderaan disediakan tapi korang kena bersedia menempuh perjalanan sejauh 5-6 jam dari Leh sebelum sampai ke tasik ini. Macam yang korang tahu, ada beberapa part jalan agak teruk tetapi semua kepenatan tu akan terlerai selepas korang menyaksikan keindahan di Ladakh ini.
Bagi korang yang ada cita-cita hendak ke India satu hari nanti, jangan lupa ke destinasi pelancongan popular ini nanti. Gambar : Forbes/ Union Territory of Ladakh
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI