Pengalaman camping ketika bulan Ramadan pastinya sesuatu yang amat bermakna untuk dikenang, apatah lagi lokasi camp site yang berdekatan dengan masjid. Lepas berbuka dapat terawih di masjid yang berdekatan.
Masjid Lojing Campsite, tempat yang cukup menarik untuk peminat perkhemahan. Disebabkan lokasinya yang cukup strategik dan cantik, khabarnya tempat ini sudah fully book sehingga Mei nanti.
Ditemani kabus tebal tatkala berbuka, terawih, moreh dan juga bersahur, Muhammad Hafiz berkongsi beberapa info dan juga gambar menarik yang sempat dirakam ketika camping di sini.
Jom tengok perkongsiannya!
Masjid Lojing Campsite – 11th – 13th April 22
Patut la booking campsite nie full smpai Hari Raya Bulan 5 nie rupanya pemandangan
daripada atas bukit subhanaALLAH cantik.
Berbuka, Terawih, Moreh, Sahur ditemani kabus.
Wajib try gais..!
nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni, boleh rujuk Lojing Highland Campsite
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sampai Malam di Hong Kong Tapi Tak Boleh ‘Check-In’, Walau Diduga Wanita Ini Tak Serik Travel ‘Backpack’ Dengan Famili
Walaupun buat masa ini kita tidak berpeluang untuk ke travel ke luar negara, namun pengalaman ketika berada di sana tidak akan dilupakan begitu saja. Tidak kisah cerita yang manis atau dugaan sepanjang berada di rantau orang.
Momen ini yang akan dikenang saat kita hanya boleh bercuti dalam rumah saja akibat pandemik Covid-19.
Seperti perkongsian wanita ini Sarena Mohamad dalam Grup Backpackers Buddies Malaysia yang mengimbas kembali perjalanan ke Hong Kong beberapa tahun lalu. Ketika itu dia sekeluarga bercuti secara ‘backpacker’ ke sana dan sampai waktu malam.
Lain pulak jadinya kerana dia menempuh satu pengalaman yang panjang. Tidak niat apa-apa, sekadar berkongsi info kepada yang mahu ke sana sendiri tanpa memakai agensi pelancongan nanti apabila pintu sempadan sudah dibuka.
Kisah ini suka saya kongsikan untuk memberi pengajaran dan peringatan buat semua rakan yang bercadang nak melawat negara Hong Kong yang akan stay di sekitar hotel-hotel di Chunking Mansion.
Saya dan keluarga sudah tempat tiket awal tahun 2017 lagi untuk ke Hong Kong. Hotel pun dah siap booking untuk 4 malam melalui laman web booking.com. Dah set juga untuk late check in memandangkan flight kami mendarat dalam jam 9 malam macam tu.
Dipendekkan cerita, dari airport ke Chungkin Mansion, kami ambik bas 21A atas nasihat cik adik yang jaga kaunter tiket Aeroport Express.
Setibanya kami di situ, kami just follow arahan dan peringatan dari email booking.com untuk;
1. Tak pedulikan ulat-ular yang offer bilik di area depan lif (memang ada pun)
2. Naik lif pintu belah kanan untuk ke tingkat 3 (receptionist)
Setibanya di tingkat 3, suasana sunyi dan dekat kaunter ada seorang uncle yang jaga. Saya maklumkan saya ada booking hotel di situ. Beliau semak nama saya dan memang ada nama saya, yeah!
Seronok kejap masa tu. Lepas tu katanya booking saya telah di cancelkan oleh booking.com. Sudah!! Katanya cuba semak email. Roaming digi agak kurang lancar di Hong Kong sebenarnya yang menggunakan servis syarikat telekomunikasi “3”. Bila semak email, baru masuk rupanya email yang mengatakan booking saya di cancel disebabkan oleh tidak dapat nak caj kad kredit saya.
Hairan juga sebabnya kad saya ok jer, tak de masalah apa. Kemudian uncle taiko tu cakap kalau nak bilik, ada dan sesuai untuk kami berlima dengan harga HKD 5000. Waahh terkejut besar kami, apakah ini sindiket atau perancangan dari mereka?? Saya menolak dengan baik sambil mengatakan “thank you sir, let us discuss first”. Masa tu perasaan takut dan risau mula menyelubungi diri tapi kontrol.
Tak nak anak-anak pun takut dan risau.
Setelah berbincangan dengan suami, kami berlalu dari tempat tu, dan keluar dari bangunan Chungkin Mansion tu. Anak-anak mulai lapar, nasib baik ada pasta meat ball dari flight yang belum dimakan. So sempat la sharing-sharing jamah makanan itu dalam cahaya samar-samar sambil bersandar kat bangunan Chungkin Mansion sambil saya dan suami berfikir whats next.
Kami berfikir-fikir mana nak bermalam agaknya. Plan nak bermalam sekitar stesen MTR berdekatan, namun kami dapat info stesen MTR pun bakal ditutup sepenuhnya selepas jam 1 pagi.
Sempat bertanyakan balik bilik dari geng ulat-ulat yang duk offer bilik tadi, nampaknya harga mereka pun makin naik. Bukan tak nak spend tapi harga yang ditawarkan tak masuk akal. Lagi satu saya fikir dan merasakan sangsi dan tak selamat pulak untuk berada di kawasan itu.
Maka kami mengambil keputusan untuk kembali ke airport untuk caj handphone dan berehat. Ada juga suami saya pergi hotel-hotel selain yang dalam Chunking Mansion ni, tapi malangnya semua FULL.
Sambil duk tunggu bas untuk ke airport, datanglah 2 orang warga Jepun yang juga senasib dengan kami. Mereka juga ada booking hotel di bangunan Chunking Mansion, dan mereka juga diberitahu bilik yang di booking sudah penuh. Haishhh… maka senasib la kami.
Tak sampai sejam tunggu bas, tibalah bas ke airport, naiklah kami ke bas tersebut dengan hati rasa lega sebab dah keluar dari kawasan itu, sambil anak-anak sambung makan biskut.
Saya cuba juga cari-cari lagi hotel lain, namun secara keseluruhannya, untuk last minit booking di Hong Kong, kesemua hotel dah melambung-lambung harga untuk 1 malam iaitu bermula dengan harga RM 2500 dan ke atas. Oh, tak sanggup rasa nak spend banyak itu.
Setibanya di airport, warga Jepun itu pun bawak haluan mereka yang datang ke Hong Kong ini untuk 3 hari, tapi kena macam ini pulak.
Di airport Hong Kong, saya perhatikan ramai rupanya yang stay dan bermalam di sini. Then kami cari port yang ada plug untuk kami caj powerbank dan handphone yang dah nyawa-nyawa ikan.
Alhamdulillah berdekatan bawah tangga. Memandangkan kerusi semua penuh maka lokasi bawah tangga saya pilih untuk anak-anak baring dan berehat. Masa ini jam dah menunjukkan jam 2 pagi lebih.
Saya pula tak boleh nak tidur terus cari dan mencari hotel-hotel untuk kami menginap sepanjang trip kami ni. Masa ini dah ada geng rakyat Malaysia yang awalnya kami bertemu masa keluar dari flight, dan mereka dah maklumkan mereka hanya stay kat airport.
Cari punya cari, maka terjumpa 1 malam hotel kat Macao dengan harga RM 600 lebih, oklah kan sambil jalan-jalan Macao (terpaksa postponed plan masuk Disneyland) dan 2 malam hotel di Shenzen (harga sangat murah, RM 300 lebih untuk 2 malam ).
Awal pagi 16 Nov 2017, sempat panaskan nasi goreng ikan masin Brahim dalam periuk mini kami kat tempat orang ramai caj handphone itu jugak.
Apa yang boleh saya belajar dari permulaan tiba di Hong Kong ni,
1. Apabila berlaku perkara yang tak diingini, kena bertenang, istigfar banyak-banyak dan jangan panik.
2. Cari jalan penyelesaian untuk yang terbaik pada masa itu.
3. Ikhtiar untuk cari penginapan untuk lagi 3 malam buat kami berlima.
4. Jangan mudah berputus asa walaupun pada awalnya dah rasa nak booking flight balik Malaysia.
5. Elakkan booking hotel di Chunking Mansion yang mana harganya memang sangat murah kalau booking awal (saya dapat RM 800 lebih untuk 4 malam), especially kalau flight sampai waktu malam. Kalau check in waktu siang mungkin OK kot.
6. Bawak bekalan makanan banyak-banyak untuk mereka yang berbackpack dengan anak-anak.
Sebenarnya ini trip backpack pertama kami 5 beranak. Banyak pengajaran dan pelajaran dipelajari. Kisah ini tak terhenti di sini. Masih banyak kisah dan liku yang kami lalui dengan tenang dan ending dia sungguh indah dan cantik sekali aturanNya.
Bila mana kami tak jadi pun menginap kat Shenzen tapi “dihantar” tanpa kami pinta ke sebuah tempat yang damai dan tenang di kawasan Mui Wo Pulau Lantau untuk 2 malam terakhir kami di Hongkong. Misi utama ke Disneyland pun tercapai. Anak-anak sangat gembira, itu paling utama!!! Dan kami tak serik untuk berbackpack lagi di masa hadapan!
Artikel Berkaitan:
11 Lokasi ‘Mesti Singgah’ Di Sandakan, Sabah ‘Little Hong Kong Malaysia’
Itinerari Trip Ke Disneyland Hong Kong Yang Mesra Muslim. Memang Lokasi Best Bawa Anak Bercuti
Keemala Resort, Lokasi Bulan Madu Di Phuket, Thailand
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naik Tren Dari Kajang Ke Kluang, Johor. Boleh Singgah Gunung Lambak!
Kalau anda nak merasa pengamalan naik tren dari Kajang ke Kluang, Johor, ini itinerary yang patut anda tahu.
Bukan sekadar seronok berjalan lihat tempat orang tetapi penggemar kopi pasti suka. Jom baca perkongsian Puan Felicia Razi mengenai percutian pendek dia sekeluarga ke Kluang, Johor menaiki keretapi.
Naik Tren Dari Kajang Ke Kluang, Johor
Lama dah saya cari info tren dari Kajang, tapi takda. Semua sama ada dari Johor Bahru, atau Kempas atau Kulai. Moga yang mana nak cari destinasi domestik boleh cuba ke Kluang pasni.
Perjalanan bermula dari Kajang 2 ke Gemas menaiki ETS Gold dan ada diskaun 50% menggunakan kod ‘JIMATGEMAS’. Kod ni valid untuk penumpang dewasa sahaja dan tempohnya ialah sehingga Disember tahun ni.
Kanak-kanak dan warga emas dah ada harga masing-masing ya, tak valid guna kod tu dah. Tiket asal berharga RM28, tapi sebab ada kod, jadi la RM14 sahaja. Terbaik KTMB!
Cara Booking Tiket
Oh lupa, booking dari apps atau online boleh jimat RM1 seorang per destinasi pergi dan balik berbanding beli di kaunter (total RM4 seorang sebab kami tukar train 2 kali).
Sampai di Gemas, tukar tren pula. Naik KTM Intercity ke Kluang, destinasi kami. Bawa jaket sebab sejuk dalam tren tu. Berulang kali kami pergi isi perut dan cari air panas dan panaskan badan sikit.
Pilihan Hotel
Untuk hotel, selain guna platform ketiga, boleh jugak survey website official hotel. Saya booked Hotel Anika, betul-betul dalam bandar dan hanya sekitar 400m dari stesen Kluang yang terkenal dengan kopinya tu.
Hotel bersih dan paling penting, kadar dari websitenya jauhhh lebih murah dari platform ketiga. Untuk 3h2m, kadar bilik hanya RM236 berbanding platform ketiga mencecah RM330!
Kluang boleh dilawat dalam 2 hari saya rasa, kalau termasuk mendaki Gunung Lambak. Saya sertakan di sini gambar-gambar dan penerangan mengikut tempat yang kami terjah di Kluang.
Sempat layan mural juga di sini, cantik tempatnya.
Ini pula makanan yang dicuba waktu di sana.
Tempat Makan Malam
Secara kesimpulannya, Kluang ini best. Memang fun lah kami sekeluarga explore Kluang yang kami tak pernah jejak.
Semoga bermanfaat dan selamat mengembara!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Healing Di Sekitar Selangor, 4 Tempat Ini Antara Yang Menarik!
Kalau rasa nak healing di sekitar Selangor, inilah beberapa tempat yang anda boleh tuju. Pasti tenang melihat suasananya, dapat lah hilangkan penat lelah mencari rezeki.
Cukup sesuai untuk anda berdamai dengan alam, pokok-pokok hijau dan ada air yang melengkapkan suasana.
1. Setia Alam Community Forest (Open Daily for 24 hours)
Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Hiking lovers perlu pergi tempat ni! Tasik dia bersih sampai nampak pantulan gambar , memang cantek kalau ambik gambar! Track hiking pon okay dan selamat digunakan. Memang dapatlah tengok viw tasik secara meluas gituw!
2. Sawah Padi Sekinchan
Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
Sekinchan memang terkenal dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Pemandangan nampak biasa tetapi angin di sini melengkapkan rasa tenang, bunyi burung berkicauan buat macam ada di kampung. Memang relieve stress dan sikit homesick hiks.
3. Sekinchan Wishing Tree
Pantai Redang, Sekinchan
Pokok ni merupakan trademark Pantai Redang, daunnya berwarna merah hijau. Unik dan memang cun untuk ootd.
4. The Nahara Resort Kalumpang
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor.
Anda boleh decide nak tidur dalam khemah atau chalet. Chalet cantik dan reka bentuk yang menarik! Siap boleh BBQ. Apa yang best, sambil mandi tu dapat lah layan nature di sekeliling.
Jadi antara salah satu tempat sekitar Selangor ini, anda nak pilih yang mana? Nanti boleh ajak keluarga santai-santai ke sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI