Berbaloi Menunggu Lama, Akhirnya Teruja Dapat Saksikan Keindahan Aurora Fenomena Alam Menakjubkan Di Finland

Share

Antara tujuan utama ramai kaki travel datang ke Finland adalah kerana mahu melihat pemandangan keindahan aurora.

Walaupun terpaksa menunggu lama, tetapi berbaloi dapat menikmati keindahan aurora, fenomena alam yang menakjubkan.

Perkongsian Khairul Hafiz dalam Backpackers Buddies Malaysia memberitahu pengalaman menyaksikan aurora di bumi Finland.

Teruja Saksikan Aurora Di Bumi Finland

Alhamdulillah, diberi rezeki lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang jarang dapat dilihat ini.

Beberapa malam sebelum tu, ia agak malu-malu untuk menunjukkan diri. Walaupun dari statistik ramalan semalam lagi ia akan memberi bacaan KP index yang tinggi iaitu 4.0. Mungkin belum rezeki kami untuk melihatnya.

Tapi malam tadi, Abam nekad untuk pergi ke segenap kawasan yang mempunyai kemungkinan untuk menyaksikam Aurora. Ini antara bucket list yang utama apabila Abam bawa peserta ke dalam kawasan Bulatan Artik.

Pada awalnya, Abam cuba untuk melalui kawasan yang sekadar gelap ditepi jalan. Dari situ, Abam dapat lihat samar-samar cahaya kehijaun dari kamera. Terus Abam bawa semua peserta Abam masuk ke celah-celah kampung dipinggir hutan menghampiri cahaya kehijauan itu.

Akhirnya, ia memancar dengan kuat sambil warna hijaunya diiringi dengan warna kemerahan, sesuai bacaan index yang kuat ditunjukkan sekitar 3.36. Selagi berada di dalam kawasan Artik, setiap malam kami akan pergi berburu.

Abam takkan putus asa sebab nenek Abam pernah berpesan It’s not over till it’s over. Tidur lewat malam, bangun awal pagi dan tidur 2 3 jam sahaja itu biasa.

Peserta trip yang Abam bawa kali ni semua dah kategori warga emas, dan setiap pergerakan aktiviti akan mengambil masa kerana kami perlu memberi keutamaan kepada keselamatan. Abam perlu merancang perjalanan sebaiknya untuk setiap aktiviti.

Tapi, bila Aurora muncul, kecergasan semua peserta macam Auto minus 10 tahun halaju pergerakan juga bertambah. Tongkat pun dah campak nak berlari bergambar.

Abam syak, cahaya aurora ni boleh membuat kita jadi muda.

Tak percaya, cuba datang dan tengok, yang berusia akan jadi muda, dan yang muda akan keriangan kanak-kanak. Abam pun jadi tak tentu arah.

Alhamdulillah, ini trip memburu Aurora Abam yang ke 5, Pertama kali di Lapland Sweden-Norway 2 kali, di Iceland 2 kali, dan di Finland ini untuk pertama kali. Setakat ini Allah masih beri rezeki bertemu Aurora kepada Abam dengan nisbah Dapat Melihat Aurora pertrip 5/5 atau ratio 100%.

Segala kajian yang Abam belajar bertahun-tahun memberikan hasil, dan kami juga tak berputus asa sehingga lewat malam. Namun itu juga atas kehendakNya untuk memberikan kami rezeki. Alhamdulillah

Secara ringkasnya, Aurora terhasil setelah magnetik dari kutub utara bertindak balas dengan partikel solar matahari yang terpancar ke bumi. Jadi, semakin hampir kita ke kutub utara, semakin tinggi peluang kita untuk menyaksikan cahaya Aurora Borealis.

Ia juga boleh kelihatan di kutub selatan yang mana ia dikenali sebagai Aurora Australis. Namun, keadaan hemisfera utara bumi yang mencondong ke arah matahari ketika waktu tertentu, menyababkan peluang yang lebih tinggi di bahagian kutub utara.

Abam belanja sikit gambar sooc, takut nanti orang kata Abam edit je nk bagi kaler hijau naik.

Catatan Kembara Kapten Lensa Kembara,
Khairul Hafiz
Rovaniemi, Finland

Artikel Lain:

Bercuti Di Kawasan Tanah Tinggi, Hati-Hati Kalau Bawa Balik Ole-Ole Bunga Siti Zubaidah

Nak Bercuti Ke Pulau Perhentian, Lelaki Kongsi Apa Perbezaan Perhentian Kecil & Perhentian Besar. Mana Lebih Syok?

Tidur Di Rumah Panjang & Layan Nenas Manis. Antara Keunikan Bario Sarawak, Destinasi ‘Rare’ Patut Diterokai!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman