Berbaloi Hiking 40 Minit Nak Sampai Air Terjun Janda Mandi. Hidden Gem Ada Kat Kijal, Kemaman. Unik & Cantik!

Share

Untuk kaki hiking, kalau inginkan pendakian yang unik dan best bolehlah ke Bukit Gemuk, Kijal, Kemaman dan hiking ke lokasi air terjun yang agak tersembunyi tapi cukup indah pemandangannya.

Pendakian untuk sampai ke Air Terjun Janda Mandi di Kijal ini perlu melalui laluan sejauh 900 meter. Menurut Aziera Dianza perjalanan untuk sampai ke Air Terjun yang kaya dengan cerita mitos itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa bosan. Dengan pemandangan yang indah dan menarik, memang berbaloi mendaki untuk sampai ke situ.

Namun memandangkan sekarang musim hujan, wanita ini turut berpesan supaya yang ingin mendaki sepertinya ke tempat tersebut lebih berhati-hati kerana trail yang agak licin.

Ikuti perkongsiannya berserta gambar-gambar yang dirakam.

Air Terjun Janda Mandi (ATJM)

https://maps.app.goo.gl/SBAjFUmqU1wCKks59

Short escape…. So hakak dengan member kasi layan trail Air Terjun Janda Mandi yang terletak di Bukit Gemuk, Kijal, Kemaman, Terengganu.

Subhanallah.. Air terjun setinggi hampir 90 meter itu sangat unik kerana aliran airnya mengalir terus ke laut menerusi Pantai Teluk Kalong..

Pendakian di laluan sejauh 900 meter yang sebahagian besarnya berbukit dan licin dan memakan masa purata 40 minit.. Tapi korang tak akan bosan sebab sepanjang perjalanan view memang sangat Indah dan menarik ..

Di sebalik keindahan, keunikan dan kesegaran Air Terjun Janda Mandi tersembunyi 1,001 cerita mitos dan mistik dahulu kala.

Nama Janda Mandi adalah mitos dari cerita seorang janda yang kematian suami nakhoda kapal dan kemudiannya singgah untuk mandi di air terjun ini dan dikatakan ghaib dengan tiba-tiba.. (Boleh google utk full story)

So ATJM memang sangat best..

Cuma kena berhati-hati sebab sekarang musim ujan..

Kredit: Aziera Dianza

 

Oleh
SAHR