Perjalanan selama empat jam meredah perjalanan ke Lata Penyel yang terletak di Sg. Siput, Perak berbaloi saat melihat sahaja air terjun yang cukup indah dengan udara yang segar.
Perkhemahan kali ini agak berbeza buat Farhana Baharuddin dan keluarga kerana perlu mendaki untuk ke tapak perkhemahan selama 15 ke 20 minit.
Berada di kawasan yang tinggi dengan udara yang segar dan sejuk, menurut Farhana, camping kat sini tak perlukan kipas, ditemani pula bunyi air terjun dan unggas yang bersahut-sahutan, sangat tenang.
Menyifatkan perkhemahan mereka ke sini sebagai half wild kerana tak perlukan deko tent dan sebagainya, ia kelainan yang cukup menarik buat camper seperti keluarga mereka.
Ikuti pengalaman Farhana yang dikongsikan bersama gambar-gambar yang menarik. Betul lah bak kata madah pujangga, ‘Biar Gambar Berbicara’
Perjalanan 4 jam lebih dari KL. Kami gerak dari KL jam 1 pagi dan tidur sekejap di R&R Simpang Pulai.
Jam 7 pagi mulakan perjalanan ke Pos Yum dan tiba di kawasan pondok check in jam 8.30 pagi.
Selalu tapak camping parking sebelah kereta je . Kali ni nak ke tapak perlu hiking. Hiking manja2 gituh dalam 15-20 minit.
Jadi korang kene pikul la barang. Maka janganlah bawa sofa, peti ais, periuk belanga besar semua tu atau boleh upah porter orang asli kampung tu RM10 je seorang.
Check in di kaunter dan untuk camping boleh parking kereta di dalam. Day trip boleh parking tepi jalan.
Kebanyakannye datang day trip. Jam 3 pagi diorang akan hiking di Bukit Berekeh dan turun hiking akan mandi air terjun. Mostly yang datang orang muda-muda dan single. Kami je berkeluarga camping situ.
– Pondok RM50/RM60/RM70 (ikut saiz)
– Elektrik (X)
– Telco (X)
– Tandas bersih
– Tapak khemah atas tanah (tapi tak besar dan hanya ade 3 shj)
– Porter Angkat barang RM10
Kawasan ni tak sesuai untuk khemah besar. Kebanyakan khemah dome yang sesuai pasang atas pondok dan kawasan berbukit.
Oleh sebab kawasan ni tinggi dari aras laut maka udaranya lembab dan sejuk. Tak perlu kipas dan malam make sure korang bawa sleeping bag. Kalau tidak merekot senjuknya.
Suasana malam yang sejuk ditemani bunyi air terjun dan unggas. Sangat tenang.
Ni kira half wild camping la. Takde deco tent semua. Kita cuba kelainan pulak.
Sebelum datang boleh call/booking pondok atau tapak khemah dulu.
+6011-31579080 Awang (mungkin akan reply lewat sebab coverage teruk)
Perkongsian: Farhana Baharuddin Via Perak Sana Sini