Perjalanan selama empat jam meredah perjalanan ke Lata Penyel yang terletak di Sg. Siput, Perak berbaloi saat melihat sahaja air terjun yang cukup indah dengan udara yang segar.
Perkhemahan kali ini agak berbeza buat Farhana Baharuddin dan keluarga kerana perlu mendaki untuk ke tapak perkhemahan selama 15 ke 20 minit.
Berada di kawasan yang tinggi dengan udara yang segar dan sejuk, menurut Farhana, camping kat sini tak perlukan kipas, ditemani pula bunyi air terjun dan unggas yang bersahut-sahutan, sangat tenang.
Menyifatkan perkhemahan mereka ke sini sebagai half wild kerana tak perlukan deko tent dan sebagainya, ia kelainan yang cukup menarik buat camper seperti keluarga mereka.
Ikuti pengalaman Farhana yang dikongsikan bersama gambar-gambar yang menarik. Betul lah bak kata madah pujangga, ‘Biar Gambar Berbicara’
Lata Penyel, Sg Siput, Perak – 2H1M Hiking & Camping
Perjalanan 4 jam lebih dari KL. Kami gerak dari KL jam 1 pagi dan tidur sekejap di R&R Simpang Pulai.
Jam 7 pagi mulakan perjalanan ke Pos Yum dan tiba di kawasan pondok check in jam 8.30 pagi.
Ads
Selalu tapak camping parking sebelah kereta je . Kali ni nak ke tapak perlu hiking. Hiking manja2 gituh dalam 15-20 minit.
Jadi korang kene pikul la barang. Maka janganlah bawa sofa, peti ais, periuk belanga besar semua tu atau boleh upah porter orang asli kampung tu RM10 je seorang.
Check in di kaunter dan untuk camping boleh parking kereta di dalam. Day trip boleh parking tepi jalan.
Kebanyakannye datang day trip. Jam 3 pagi diorang akan hiking di Bukit Berekeh dan turun hiking akan mandi air terjun. Mostly yang datang orang muda-muda dan single. Kami je berkeluarga camping situ.
– Pondok RM50/RM60/RM70 (ikut saiz)
– Elektrik (X)
Ads
– Telco (X)
– Tandas bersih
– Tapak khemah atas tanah (tapi tak besar dan hanya ade 3 shj)
– Porter Angkat barang RM10
Kawasan ni tak sesuai untuk khemah besar. Kebanyakan khemah dome yang sesuai pasang atas pondok dan kawasan berbukit.
Ads
Oleh sebab kawasan ni tinggi dari aras laut maka udaranya lembab dan sejuk. Tak perlu kipas dan malam make sure korang bawa sleeping bag. Kalau tidak merekot senjuknya.
Suasana malam yang sejuk ditemani bunyi air terjun dan unggas. Sangat tenang.
Ni kira half wild camping la. Takde deco tent semua. Kita cuba kelainan pulak.
Sebelum datang boleh call/booking pondok atau tapak khemah dulu.
+6011-31579080 Awang (mungkin akan reply lewat sebab coverage teruk)
Di negara kita terdapat pelbagai aktiviti atau sukan air yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti berenang, mandi sungai, water rafting, jet ski, atau luncur air.
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
Menurut sumber portal Kementerian Kesihatan Malaysia, jika berada dalam kes kecemasan ketika melakukan aktiviti air pastikan anda:
Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.
Ini pula sumber perkongsian daripada saudara Anwar Uitemate Swrsr via Family Camping Malaysia cara menyelamatkan diri sendiri ketika hampir lemas di sungai atau air terjun.
Sekadar perkongsian secebis ilmu berkenaan SELF RESCUE WATER SURVIVAL. Amat penting dek kerana kebanyakan situasi survival berlaku di hutan. Andai anda tergelincir ke dalam aliran sungai.
Pun begitu,ianya nampak mudah difahami dengan hanya melihat. Namun,hanya yang telah mempelajari n merasai latihan teori n amalinya sahaja yang benar-benar faham akan risiko, kemahiran, kefahaman, ilmu n nikmat mempelajarinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak jauh dari Kuala Lumpur, bagi yang inginkan percutian ala desa Inggeris bolehlah berkunjung ke Cottage Homes PD yang cukup cantik dan indah.
Serba fancy dan warna-warni, penginapan ini yang mula beroperasi sejak 2018 terletak di Kg. Sawah Sunggala dan berada tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang.
Menawarkan dua jenis penginapan untuk pengunjung, bagi yang datang bersama keluarga boleh memilih untuk tinggal di Mini Bungalow yang mana cottage yang ada dibahagikan mengikut warna.
Untuk yang datang berdua atau bertiga pula boleh memilih studio suites yang juga berkonsepkan cottage berwarna.
Bilik yang lengkap dengan penghawa dingin dan fasiliti lain, kat sini juga anda boleh bersantai sambil bergambar di beberapa spot yang cantik berkonsepkan taman Inggeris. Tak payah ke luar negara, bercuti kat sini pun dah rasa macam kat over sea.
Bagi yang nak buat majlis keraian, hari jadi dan sebagainya, tempat ini turut menyediakan ruangan dan alatan lengkap untuk BBQ.
Tempat cantik, harga bilik bermula daripada RM180 semalam.
Alamat: Kg. Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan
Sumber: FB Cottage Homes PD
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Daerah Padawan di Kuching, Sarawak ada destinasi alam semula jadi yang sangat indah iaitu Air Terjun Bengoh.
Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Pernah viral beberapa bulan lalu, setelah beberapa foto gambar yang sangat cantik mengenai Bengoh Range dikongsikan seorang gadis yang berkesempatan ke sini.
Pengunjung perlu mengambil pakej menyeberangi kawasan tadahan air empangan Bengoh seluas 127 kilometer persegi sebelum meneruskan perjalanan kira-kira 4.7 kilometer ke hilir air terjun. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.
Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. Sebahagian laluannya adalah curam dan untuk ke sana, mereka perlu melalui titian jambatan gantung yang terletak pada paras ketinggian 10 meter.
Dapat menjejakkan kaki di sini, pengunjung pasti berasa kagum dengan panorama Air Terjun Bengoh. Kawasan ini ada keistimewaannya tersendiri, seperti tasik buatan yang sangat menakjubkan. Destinasi ini telah ditemui sekitar tahun 1999 oleh penduduk kampung berdekatan. Melihat kepada potensi besar kawasan itu sebagai destinasi ekopelancongan, mereka giat menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk menyediakan laluan sesuai untuk pengunjung.
Ketika itu jalan yang ada adalah laluan yang biasa dilalui oleh penduduk kampung untuk ke pekan berhampiran. Laluan dahulu sangat teruk, oleh itu penduduk memperbaiki laluan agar pengunjung dapat melaluinya secara selesa. Kini, kawasan tersebut dilengkapi kemudahan asas seperti pondok istirehat, laluan berkayu dan tandas awam. Selain air terjun utama, terdapat juga beberapa air terjun kecil yang boleh disinggah sama ada untuk bergambar, mahupun untuk menyejukkan diri seketika.