Percutian ke Cameron Highland tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Malam Cameron Highland. Dahulunya pasar malam ini bertempat di Brinchang, namun kini sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur iaitu di Golden Hills dan dikenali dengan panggilan Pasar Malam Golden Hills. Jangan ada yang tak tahu pula!
Pasar malam ni bermula pukul 4.00 petang sehingga pukul 11.00 malam. Beroperasi pada hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu), cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Jika anda datang bercuti pada hari yang tidak dinyatakan di sini jangan buang masa pula tunggu pasar malam buka. Anda boleh ke beberapa kawasan tumpuan lain yang ada menjual pelbagai produk tanah tinggi dan makanan lazat. Tetapi pasti tidak akan ‘sepuas’ dapat berbelanja di Pasar Malam ini.
Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.
Sumber Foto: cavinteo.blogspot.com
Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?
Ads
1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai tokeynya orang bukan Islam ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini. Cari peniaga yang betul-betul orang melayu tempatan.
2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh.
3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.
Ads
Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.
Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.
Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:
Ads
1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry
7. Jagung ori Cameron Highland. Tengok warna tau! Kalau warna hijau gelap macam ni confirm ori. Kalau warna kuning pudar tu jagung Ipoh tau
Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha
Waktu Operasi:
Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi:
Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Sempena menghayati bulan kemerdekaan pada tahun ini, apa kata kita bersama-sama cuba mengenang kembali jasa, pengorbanan para tokoh dan pejuang kita dengan mengunjungi mana-mana destinasi bersejarah.
Anda tahu siapa Bapa Kemerdekaan? Jom berkunjung ke Rumah Merdeka bertempat di Alor Setar, Kedah.
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pelbagai rundingan untuk keluar daripada cengkaman penjajah berlangsung di beberapa lokasi termasuk Rumah Merdeka di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai anak gahara atau anak berketurunan diraja berasal dari Kedah, Tunku Abdul Rahman sering pulang ke negeri ini dan menginap di Rumah Merdeka dan dikatakan ia menjadi 'markas' almarhum untuk mencari ilham menyudahkan penulisannya, di samping memikirkan jalan untuk mencapai kemerdekaan.
Rumah yang asalnya milik bonda almarhum, iaitu Che Manjalara sebelum dihadiahkan kepada Bapa Kemerdekaan itu, sering menjadi tempat untuk para pemimpin merancang pelbagai strategi politik. Perbincangan tentang dasar kerajaan dikatakan untuk memenangi pilihan raya persekutuan yang pertama pada Julai 1955 juga pernah diadakan di Rumah Merdeka.
Tunku Abdul Rahman juga sering menerima kunjungan pegawai serta pemimpin dari dalam serta luar negara di kediaman yang terletak di tebing Sungai Kedah itu, untuk mengadakan perbincangan tentang pelbagai perkara termasuk urusan rasmi negara.
Banyak sejarah terakam di sini antaranya Misi Muhibbah dari Jakarta yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Indonesia pernah datang berunding dengan Almarhum Tunku di rumah ini mengenai isu Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
Putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24 itu mempunyai pesona tersendiri dan tidak hairanlah apabila beliau sendiri yang mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London pada sekitar awal 1956.
Bekas Menteri Penerangan Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin pernah dilaporkan berkata bahawa Tunku sebenarnya seorang yang pintar, licik malah berjaya memanipulasi Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga British mempercepatkan kemerdekaan negara.
Kini Rumah Merdeka, kediaman dua tingkat itu diambil alih oleh pihak Arkib Negara pada 2003 dan sejak itu, jabatan ini sedaya upaya berusaha untuk membaik pulih dan memulihara struktur bangunan bersejarah itu. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai barang peribadi milik kepunyaan Tunku Abdul Rahman.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kemeriahan dan keriangan bulan Ramadan pasti tak seperti biasa sekiranya tiada bazar Ramadan. Betul tak? Bazar Ramadan ni la tempat ramai rakyat marhaen kunjungi untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan dan kompetitif.
Libur rasa mesti ada di kalangan pembaca Libur yang suka food hunting atau sekarang di bulan Ramadan ni buat bazar hunting. Jadi, Libur nak kongsikan 20 bazar Ramadan yang popular untuk anda terjah mencari juadah berbuka puasa nanti.
Kalau berkunjung ke Kuala Kangsar, Perak, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kampung Warisan Budaya di Karai untuk menikmati pengalaman serta menyelami budaya warisan Melayu.
Nikmati Kampung Warisan Budaya
Apa yang menarik di sini, Kampung Warisan Budaya menempatkan 11 buah replika rumah-rumah tradisional Melayu yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Kampung Warisan Budaya juga dilengkapi dengan ruang pameran terbuka dan tertutup untuk disewa dengan harga yang berpatutan bagi tujuan promosi produk-produk yang berkaitan dengan warisan dan budaya.
Ada Pasar Seni dan Warisan
Pasar Seni dan Warisan di sini pula dibuka setiap Sabtu dari 9 pagi hingga 4 petang di Kampung Warisan Budaya, Karai. Masuk percuma.
Jadi buat anda yang masih tercari-cari tempat best untuk bawa anak-anak menikmati hasil seni dab warisan, boleh lah singgah di Karai.
Lokasi:
Kampung Warisan Budaya
Lot 1380 B Karai, 33600 Kuala Kangsar, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!