Kalau anda rakyat Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun, anda boleh berubah angin bercuti sambil bekerja di New Zealand. New Zealand mempelawa golongan belia Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama 6 bulan sambil bercuti.

Banyak peluang pekerjaan yang disediakan di sana, antaranya dalam sektor pertanian. Gaji yang ditawarkan di sana pastinya lebih tinggi kira-kira tiga kali ganda daripada negara kita dek matawang mereka yang besar. Sambil-sambil bercuti, anda juga dibenarkan bekerja mencari wang. Menarik kan?
Belia Malaysia Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Bermula 23 Januari Ini

Anda boleh memohon 'Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 nanti Dilaman sesawang rasmi Imigresen New Zealand Ingat tau, permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2020 bermula jam 10 pagi waktu New Zealand.

Ads

Namun, mereka yang ingin memohon mestilah mempunyai wang sekitar $NZ2,250 (RM6,120) terlebih dahulu bagi menampung perbelanjaan ketika berada di negara ini.
Belia Malaysia Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Bermula 23 Januari Ini

Belia Malaysia Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Bermula 23 Januari Ini

Antara kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk layak membuat permohonan termasuklah:

Ads
  • Mestilah berusia di antara 18 dan 30 tahun
  • Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand
  • Kerja tersebut mestilah sah (tidak melanggar undang-undang)
  • Anda tak dibenarkan memberikan perkhidmatan seks komesial
  • Anda tidak boleh membawa anak-anak anda (jika ada) bersama ketika working holiday
  • Visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda
  • Permohonan boleh dilakukan secara online dan bayaran sebanyak NZ $208 (RM586) dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit.
  • Tempoh 21 hari diperlukan untuk memproses permohonan dan segalanya akan dihubungi melalu e-mel.

Anda dinasihatkan supaya menyediakan dan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat dokumen sebagai bukti.

Ads

Terdapat kuota bagi visa kelas ini untuk rakyat Malaysia dan setiap tahun, hanya 1,150 rakyat Malaysia yang akan terpilih dan diberikan visa working holiday.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI