Dalam Negara

Beli Jiwa Anak Dengan Bawa ke Gamuda Waterpark, Puas Hati Masuk SplashMania

Share

Gamuda Waterpark yang juga dikenali sebagai SplashMania ini terletak di Gamuda Cove, sebuah kawasan yang sedang pesat membangun di selatan Lembah Klang.

Merupakan taman tema air yang agak popular di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 27 jenis tarikan berbeza yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Ini beberapa tarikan utama yang anda boleh cuba sekiranya berkunjung ke taman tema ini:

1. Shaka Whaka

Shaka Waka merupakan salah satu tarikan ikonik di GAMUDA Waterpark. Gelongsor air ini direka untuk memberikan gabungan keseronokan, ditambah lagi dengan visual yang luar biasa.

Dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED interaktif yang bertukar warna di sepanjang gelongsor. Setiap bahagian gelongsor membawa sensasi yang berbeza, mencabar keberanian pengunjung dengan kelajuan serta selekoh yang mendebarkan.

2. Amazonia

Amazonia adalah salah satu tarikan utama di SplashMania yang menyerlah dengan reka bentuknya yang menyerupai kapal besar.

Bukan sahaja menyediakan pelbagai permainan air, tetapi juga mempunyai ruang kawasan untuk acara, dek DJ, dan pilihan makanan serta minuman.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di sini sambil menghayati suasana yang penuh dengan hiburan.

3. Ravage River

Ravage River menawarkan pengalaman yang lebih santai dengan aliran sungai yang membawa pengunjung merentasi pelbagai elemen interaktif.

Anda boleh berehat di atas pelampung sambil dibawa oleh arus air sambil menikmati kawasan sekeliling yang dihiasi dengan pemandangan yang menarik.

Bagi yang kurang gemar aktiviti yang mencabar, aktiviti ini sangat sesuai untuk anda!

4. Monsta

Monsta adalah gelongsor berkelajuan tinggi yang membawa pengunjung melalui sudut curam dan dinding melengkung sebelum ‘dihantar’ ke dalam mangkuk besar menuju ke kola.

Gelongsor ini sangat popular dalam kalangan pencinta adrenalin yang sukakan permainan ekstrim. Ia menawarkan pengalaman mendebarkan yang sangat mencabar namun penuh keseronokan.

 

5. Whoopa Loopa

Whoopa Loopa adalah merupakan gelongsor air interaktif yang pertama di Asia, menggabungkan permainan dengan cabaran fizikal.

Dengan kelajuan yang pantas dan laluan yang berliku, Whoopa Loopa adalah salah satu tarikan yang mesti dicuba oleh semua pengunjung yang mencari sesuatu yang unik dan inovatif.

6. Sky Leap

Sky Leap adalah salah satu tarikan paling mencabar dan mendebarkan di Gamuda Waterpark, di mana pengunjung boleh merasai lompatan bebas dari ketinggian 17.5 meter.

Tarikan ini bermula dari dek tertinggi kapal besar Amazonia, yang membolehkan anda melompat terus ke dalam air di bawah.

Pengalaman ini bukan sahaja memberikan keterujaan adrenalin yang maksimum, tetapi juga memerlukan keberanian untuk melompat daripada ketinggian yang sebegitu rupa.

7. Zoomi’s Runway

Zoomi’s Runway adalah zipline sepanjang 100 meter yang membolehkan pengunjung ‘terbang’ melintasi taman tema air ini.

Bermula dari dek kapal besar Amazonia, zipline ini membawa pengunjung meluncur di udara pada ketinggian yang cukup mengagumkan, memberi peluang untuk melihat pemandangan taman dari perspektif yang jarang diperoleh.

Lokasi

GAMUDA Waterpark atau SplashMania terletak di Gamuda Cove, sebuah kawasan pembangunan yang terletak berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.

Dengan pelbagai tarikan yang menarik, kemudahan yang lengkap, serta lokasi yang mudah diakses, GAMUDA Waterpark atau SplashMania wajib ada dalam senarai kunjungan percutian anda.

Oleh
Nadia