Hujung minggu ni kalau tak ada tempat nak tuju bolehlah bawa anak-anak ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Mempunyai enam galeri tetap dengan pelbagai tema, bukan je sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa pun boleh belajar tentang duit bila berkunjung ke sini.
Dalam perkongsian oleh seorang wanita, Nurul Hayati Hassan di akaun Facebooknya menceritakan pengalaman dia berkunjung ke muzium tersebut, rupanya banyak benda yang boleh anak-anak dan orang dewasa belajar di sana.
Ikuti perkongsian wanita ini tentang kunjungannya ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara:
Saya suka muzium bank negara malaysia ni. Ada banyak game dan interactive untuk satu keluarga pasal kewangan dan bagaimana evolusi kewangan berlaku.
Untuk budak-budak:
– boleh belajar cop duit. Literally duit memang kena cop !
– dia boleh tahu kenapa duit perlu dalam bentuk yang ringan. Dalam muzium ni ada
matawang di Pulau Yap di buat dari batu bentuk donat. 20 orang kena angkat! Letih la kan. Biasanya guna untuk mas kahwin atau bila tanaman di ladang rosak.
– boleh main game nilai duit
– cara nak simpan duit
– role play jadi pegawai bank
– lihat rupa duit dulu sampai sekarang. Saya sendiri baru tahu kenapa orang kelantan asyik cakap tadok pitih tadok pitih. Rupa nya dulu dulu zaman parameswara kot, haha, duit di kelantan nama dia Pitis. Orang perak juga panggil Pitis. Orang Johor panggil kupang. Orang Terengganu panggil Tara. Macam macam nama ikut era. Budak boleh tengok cara tempa duit zaman dulu dulu
Untuk orang dewasa, boleh belajar:
– bagaimana dari sistem barter barang kita sampai ada sistem duit digital
– bagaimana politik, rusuhan, peperangan, agama, budaya dan ekonomi dan teknologi menentukan sistem perbankan sesuatu negara
– korang akan amaze dengan transformation bank negara waktu lepas zaman merdeka sampai sekarang. Pesat sangat!
– art gallery tu ada jugak yang lawak. Ada satu lukisan water colour di tingkap rumah kampung ada sidaian bantal dan selimut, kain pelikat, kain apa entah lagi. Pada saya biasa aje lah. Sekali tajuk lukisan tu ialah “honeymoon”. Terus gelak! Hahahahah
Bila kita lihat sejarah bagaimana bank negara terbentuk dan usaha usaha lain, kita tak ingin pun nak duduk di zaman barter dahulu kala.
Susah gila rasanya zaman dulu. Nak travel naik kapal berbulan bulan. Nak kena singgah port sana sini daptkan supply. Nak bertukar tukar barang. Dengan risiko kapal tenggelam bagai. Bila ada matawang pun asyik kena rompak lah. Hilang lah. Leceh!
Sebab itu juga takaful diwujudkan setelah kemunculan pedagang arab ke Tanah Melayu. Sebab perlindungan sebenarnya menyelamatkan dari kerugian besar.
Pergi muzium ni 2 jam dah cukup dah. Lain lain gambar dan video di story.
Maklumat Lawatan
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang
Tutup pada 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri
Bagi yang menaiki kenderaan awam, boleh gunakan:
KTM – Stesen Bank Negara
LRT – Stesen Bandaraya
Bagi yang menaiki kenderaan sendiri:
Tempat Letak Kereta di LG4 and LG5
RM5.00 Sekali Masuk
Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’Onn, Kuala Lumpur
Kredit: Nurul Hayati hassan & Muzium dan Galeri Seni Bank Negara