Bagi kaki travel, selain jalan-jalan makan angin, sebabagian dari kita tentu memperuntukkan sejumlah besar wang untuk berbelanja membeli produk di negara dikunjungi. Lebih rare kalau dapat membeli barangan original, bukan fake pada harga lebih murah dari dijual di Malaysia. Tak hairanlah, kaki travel khususnya ke Eropah berbelanja sakan membeli pelbagai produk termasuk baju, beg tangan berjenama dan lain lain.
Tapi bagi kita yang tersekat tidap dapat travel ke luar negara akibat pandemic COVID-19 boleh berkongsi keinginan dan angan-angan (hikz) untuk terbang ke Jepun boleh membaca perkongsian ditulis oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang juga seorang usahawan yang menetap di negara matahari terbit ini berkongsi kisah beg Randoseru yang harganya mencecah RM8000 sebuah. Lebih menarik ramai pelajar sekolah membawanya ke sekolah.
Jom baca catatannya.
Biasa kalau tengok anime Jepun macam Doraemon, mesti perasan beg sekolah yang dipakai oleh Nobita, Shizuka, Giant dan Sinyu berbentuk empat segi kan?
Beg ni sebenarnya nama dia “Randoseru”.
Dan jangan terkejutnya kalau saya kata harga sebuah Randoseru premium boleh mencecah sehingga RM8000!
Randoseru bermula di Jepun sejak zaman pemerintahan Edo lagi, iaitu sekitar 150 tahun dahulu. Lama kan? Ada banyak teori pasal asal usul nama “randoseru” ni, termasuk dari pengaruh Belanda (ransel) dan Jerman (landser).
Teori pengaruh Jerman mengatakan, ianya bermula sebagai menghargai pengorbanan tentera jadi beg yang digunakan di sekolah menyerupai beg yang digunakan dalam militari.
Perkataan “Randoseru" berasal dari perkataan Jerman “landser” yang bermaksud ‘askar’.
Berikutan kemenangan Prusia (Jerman) dalam Perang Franco-Prusia, Jepun telah mengadaptasi beg galas tentera Jerman yang bentuknya serupa dengan beg randoseru Jepun.
Tapi beg randoseru ni mula digunakan di Jepun sekitar tahun 1887, masa putera mahkota Jepun masuk sekolah dan guna beg randoseru. Sebabnya dua tahun sebelum tu, kerajaan Jepun buat undang-undang melarang ibu bapa hantar anak ke sekolah. Jadi pelajar perlu berjalan kaki sendiri dengan bawa barang keperluan sendiri dalam beg.
Jadi beg yang selesa amat penting.
Dengan desain yang teliti, beg Randoseru ini didesain untuk tak bebankan tulang belakang pemikul, sebaliknya berat ini dikurangkan dengan adanya kusyen tebal di bahagian belakang Randoseru.
Randoseru premium biasanya diperbuat dari kulit dan mempunyai warranty kualiti. Sebab tu harga dia boleh cecah ribu-ribu, walaupun jenis biasa. Cuma nak lebih murah tu ada je dan biasanya buatan Chinalah. Tapi kalau murah sangat ni, faham-faham lah kualiti dia kan.
Beg randoseru ni amat memudahkan kerana selain berguna untuk bawa barang yang berat, ianya juga sangat tahan lasak, dan selamat. Jadi tak hairanlah kalau ianya boleh digunakan sehingga 6 tahun, atau lebih. Ada juga beg randoseru dijual semula sebagai item second hand lepas 6 tahun pakai tau. Dah macam beg LV pulak kan
Sebenarnya tak ada pun undang-undang Jepun yang mewajibkan pakai randoseru ni ke sekolah, boleh je pakai beg biasa. Tapi sikap orang Jepun ni dia tak nak lain dari yang lain. Hehe. Walaupun ada yang tak mampu nak beli, ada program kumpul beg randoseru second hand & derma pada yang kurang berkemampuan.
Begitulah.
.
#CatatanZunitaDiJepun