Kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur berhasrat meluaskan usaha mempromosi pelancongan Terengganu melalui pengiktirafan pengusaha-pengusaha beca di sekitar Kuala Terengganu sebagai duta kecil dalam usaha membantu industri tersebut.

Kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan semula beca elektrik dalam masa terdekat sebagai antara inisiatif menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi pengayuh beca di negeri ini terutama di sekitar Pasar Payang.

Beca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh Beca Beca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh Beca

Beca elektrik menggunakan sistem automasi atau Human Power Booster (HPB) membekalkan kuasa sokongan kepada pengayuh beca. Ketika ini terdapat 10 beca elektrik di Jabatan Pelancongan Negeri yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisi beca Terengganu dan sesuai untuk pengayuh beca generasi baharu.

Ads

Ada beberapa inisiatif lain yang akan diperhalusi untuk menarik minat golongan muda menjadi pengayuh beca. Dengan mengambil kira faktor kemasukan pelancong yang ramai ke Terengganu, mengayuh beca sebenarnya boleh menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada anak muda.

Beca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh BecaBeca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh BecaBeca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh BecaBeca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh BecaBeca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh BecaBeca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh Beca

Ads

Meskipun terdapat 48 pengayuh beca yang berdaftar namun hanya kira-kira 20 orang sahaja yang masih aktif berikutan mengalami masalah kesihatan dan faktor umur. Kerajaan negeri turut bercadang untuk menempatkan beberapa pengayuh beca di sekitar kawasan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Losong sebagai tarikan pelancongan. Pengayuh beca dari TTI akan datang boleh membawa penumpang berjalan-jalan sekitar Muzium Negeri dan Kampung Budaya Terengganu.

Ads

Jom jadi ‘duta kecil’ sebahagian daripada barisan hadapan industri pelancongan di Malaysia!

Beca Elektrik Akan Diperkenal Di Pasar Payang Untuk Tarik Golongan Muda Di Terengganu Jadi Pengayuh Beca

image via google | sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI