Thailand telah melonggarkan sekatan yang dikenakan susulan pandemik COVID-19 dengan membuka semula lebih banyak industri dan perniagaan selain memendekkan tempoh perintah berkurung bermula 1 Jun 2020.

Setelah keadaan COVID-19 terus bertambah baik di Thailand, tempoh perintah berkurung yang ketika ini dari 11 malam hingga 4 pagi, akan dipendekkan selama sejam, kepada dari 11 malam hingga 3 pagi. Terdapat kelonggaran sekatan lain seperti:

Ads
  • Pusat spa dan urut, pawagam dan teater, zoo dan pusat pameran akan dibuka semula dengan amalan jarak sosial yang ketat dan mengehadkan jumlah pengunjung.
Beberapa Lokasi Pelancongan & Hiburan Di Thailand Mula Beroperasi. Hanya Untuk Penduduk Tempatan Je!
Foto: tripadvisor
Beberapa Lokasi Pelancongan & Hiburan Di Thailand Mula Beroperasi. Hanya Untuk Penduduk Tempatan Je!
Foto: hotel.com

  • Pusat beli-belah dibenarkan untuk melanjutkan waktu operasi dari jam 8 malam hingga 9 malam.
  • Stadium bola sepak, bola tampar, bola keranjang dan futsal akan dibuka semula tetapi hanya untuk tujuan latihan dengan jumlah penyokong yang terhad.
  • Gimnasium dan kelab kecergasan dibuka sepenuhnya dengan pengguna terhad.

Thailand masih melarang kemasukan warga asing yang bukan pemastautin. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) telah melanjutkan larangan semua ketibaan penumpang antarabangsa hingga 30 Jun 2020, untuk mengekang penyebaran COVID-19.

Ads

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI