Saban tahun, boleh dikatakan beribu orang dari setiap pelusuk tempat akan berpusu-pusu ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk membeli juadah puasa atau membeli kelengkapan hari raya.
Tak kira sama ada yang datang itu orang KL sendiri atau dari tempat-tempat lain, kita semua akan ke Jalan TAR untuk tujuan yang sama lebih-lebih lagi di ambang hari raya Aidilfitri kerana kebiasaan peniaga-peniaga di sana akan memberikan harga runtuh.
Tapi kelainan tahun ini mungkin berbeza dan ada sedikit kelainan apabila bazar Ramadhan di Jalan TAR yang sudah sinonim itu akan dipindahkan ke Jalan Raja.
Memetik laporan daripada Bernama, operasi bazar ramadhan di Jalan TAR akan dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad sejauh 200 meter dan 12 meter lebar. Pemindahan ini hanya melibatkan operasi bazar Ramadhan sahaja dan tidak melibatkan operasi pasar malam Jalan TAR buat masa ini.
Petak-petak peniaga pun telah diselaraskan dengan baik untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung dan juga kepada pengguna lalu lintas. Jadi anda yang nak ke bazar Ramadhan di KL tahun ni jangan salah jalan ya. Sila ke Jalan Raja untuk membeli juadah puasa dan kelengkapan raya anda!