Saban tahun, boleh dikatakan beribu orang dari setiap pelusuk tempat akan berpusu-pusu ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk membeli juadah puasa atau membeli kelengkapan hari raya.
Tak kira sama ada yang datang itu orang KL sendiri atau dari tempat-tempat lain, kita semua akan ke Jalan TAR untuk tujuan yang sama lebih-lebih lagi di ambang hari raya Aidilfitri kerana kebiasaan peniaga-peniaga di sana akan memberikan harga runtuh.
Ads
Tapi kelainan tahun ini mungkin berbeza dan ada sedikit kelainan apabila bazar Ramadhan di Jalan TAR yang sudah sinonim itu akan dipindahkan ke Jalan Raja.
Ads
Memetik laporan daripada Bernama, operasi bazar ramadhan di Jalan TAR akan dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad sejauh 200 meter dan 12 meter lebar. Pemindahan ini hanya melibatkan operasi bazar Ramadhan sahaja dan tidak melibatkan operasi pasar malam Jalan TAR buat masa ini.
Ads
Petak-petak peniaga pun telah diselaraskan dengan baik untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung dan juga kepada pengguna lalu lintas. Jadi anda yang nak ke bazar Ramadhan di KL tahun ni jangan salah jalan ya. Sila ke Jalan Raja untuk membeli juadah puasa dan kelengkapan raya anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Akhirnya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.
“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain itu, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.
Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.
“Sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, rakyat disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan. Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19.
Usia bukan penghalang seseorang itu untuk melihat keindahan dunia. Apa yang penting keinginan dan semangat untuk melihat negara orang.
Seperti yang dilakukan seorang nenek berusia 90 tahun yang telah melancong keliling dunia dan berkongsi perjalannnya di laman Instagramnya. Seperti kata pepatah ‘ its never too late to travel.
Jadi mengambil kesempatan masih sihat dan bertenaga, wanita yang dikenali sebagai Babushka telah melancong secara solo walaupun usianya sudah lanjut.
Babushka telah memuat naik beberapa keping foto ketika melancong ke seluruh dunia. Antara negara yang dikunjunginya ialah Vietnam, Istanbul, Israel dan Russia.
Ayuh, lihat foto-foto menarik yang dikongsi olehnya.
Demi mempromosi produk pelancongan, lukisan mural sepanjang 50 meter yang memaparkan lokasi-lokasi ikon Terengganu kini menghiasi Primula Beach Hotel (PBH).
Jika anda berkunjung ke Primula Beach Hotel (PBH) Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang bergambar di mural pertama yang menggabungkan pelbagai elemen seperti pembangunan, seni warisan kehidupan, dan keindahan pantai dan tasik yang terdapat di negeri Terengganu. Mural tersebut telah siap sepenuhnya, dan mula menunggu kehadiran pengunjung.
Lukisan mural yang mempamerkan Jambatan Angkat, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Muzium Terengganu dan Pantai Batu Buruk itu berjaya disiapkan selama 15 hari dan merupakan tarikan baharu pelancong. Lukisan mural tersebut turut memaparkan keindahan seni dan warisan yang sinonim dengan masyarakat Terengganu seperti wau bulan, batik dan songket. Ia dihasilkan oleh empat pelukis tempatan yang diketuai Cikgu Budin, Razali Che Mat, Nazli Hamzah, dan Ahmad Saipudin Abdul Ghani yang bergabung tenaga menerusi kepakaran masing-masing secara sukarela.
Jom singgah sini!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!