Minggu pertama berpuasa, ramai yang ‘kecoh’ di media sosial kononnya bazar ramadan yang dahulunya sangat terkenal dan meriah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) lengang dan kurang sambutan setelah dipindahkan ke Jalan Raja.
Keadaan lengang dan kurang pengunjung pada sebelah pagi dan pada awal Ramadan sebenarnya merupakan keadaan biasa pada setiap tahun. Keadaan ini pasti akan berubah menjelang minggu kedua Ramadan.
Pemindahan tapak bazar Ramadan dari Lorong Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan meningkatkan imej peniaga dan bazar berkenaan menjadi lebih kemas dan tersusun. Bazar Ramadan ini merupakan bazar jualan khusus untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Barang yang dijual di sini hanyalah barang kering seperti pakaian, perhiasan, aksesori diri dan rumah, makanan kering berbungkus dan peralatan. Tiada juadah berbuka puasa serta aktiviti memasak dibenarkan di lokasi ini.
Seorang pengunjung yang telah ke Bazar Ramadan KL ini telah membuat ‘sedikit’ review di laman sosialnya mengenai bazar ini yang dikatakan semakin meriah dan sangat selesa untuk dikunjungi jika ingin membeli-belah berbanding lokasi lama yang sangat sesak.
Bazaar Ramadan KL 2019
Hari ni aku pergi Bazaar Ramadan KL sebab heboh tak dapat sambutan katanya. Peniaga boikot, pengunjung boikot dan Bossku boikot. Sebagai warga KL yang seumur hidup tinggal beralamatkan Kuala Lumpur maka berilah peluang aku menilai.
1) Bazaar yang tersusun, teratur dan selesa.
Jika seumur hidup aku terpaksa teman mak, kawan, awek dan isteri ke Jalan TAR maka setiap tahun aku terpaksa menahan sabar, rimas dan bosan.
Ads
Jalan TAR tu tak sesuai langsung jika kau nak bersantai membeli barang. Jika bawak anak kecil ke jalan TAR maknanya kau selfish.
Konon Bazaar Ramadan KL tahun ni tak meriah, tak akan sampai nak pengsan tak boleh bernafas baru kau nak rasa meriah. Berasak-asak sampai nak bernafas pun susah.
Tapak baru depan Dataran Merdeka ni lebih bagus. Kedai tersusun, kipas angin, lampu banyak dan paling penting bersih. Jika diletakkan portable air conditioner lagi bagus dan lebih selesa.
2) Parkir Kereta & Pengangkutan Awam
Ramai kata kena boikot sebab tak ada pengangkutan awam. Ada je! Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Dataran Merdeka je. Kalau kau Usain Bolt dalam 10 saat kau berlari dah sampai Dataran Merdeka.
Ads
Di bawah Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) ada Parkir Kereta yang banyak dan murah. Jika dahulu di Jalan TAR harga yahudi, sekali masuk parking RM12 – RM15 tapi tadi aku kena RM6 sahaja.
3) Berdekatan Jalan Masjid India & Jalan TAR
Membohong mak cik bawang semua kalau pergi Jalan TAR tapi tak singgah Semua House, Jalan Masjid India dan terus ke Jakel Mall. Tapak baru ni dekat je dengan kawasan lama sebenarnya.
Aku sentiasa hormat kekuatan stamina kaum wanita dalam kes tawaf kawasan ni semua. Stamina mereka seperti Anita Sarawak sedang perform di konsert, bak stamina kuda lumba.
4) Kawasan riadah
Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) menjadi kawasan santai dan riadah bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.
Ads
Sementara si ibu membeli belah, si bapa santai melayan anak di padang sambil bermain dan berlari gembira. Kau tak akan boleh buat macam ni di Jalan TAR. Hilang anak kau nanti.
Ada juga yang berbuka puasa di padang dan kemudiannya bersolat di Masjid Jamek. Lepas solat terus sambung membeli-belah.
5) Tiada Kes Tapak Ali Baba
Sebelum ini harga tapak Bazaar Ramadan KL adalah RM5K – RM15K kerana kes Ali Baba.
Sekarang peniaga hanya perlu bayar RM1K sahaja. Tiada lagi orang tengah berpengaruh ambil kesempatan terhadap peniaga kecil. Jadi marilah kita datang Bazaar Ramadan KL. Sapot Lokal.
Kita support peniaga kecil dan jangan buang sampah merata-rata! Selamat menjalankan ibadah puasa & Selamat Hari Raya! Yang menjerit Hidup Melayu sila datang sini support peniaga kecil Melayu. Mana ada bangsa lain berniaga dekat sini. Datanglah support Melayu berniaga. Akhir kata janganlah asyik berpolitik sehingga menyebarkan berita palsu. Orang nak berniaga cari duit lebih tapi kau sibuk sabotaj berita tak betul.
Raya berbaki masa beberapa hari saja lagi dah sebelum banyak kedai yang tutup, ada beberapa benda penting yang anda kena ada sebelum balik raya sepertinya – travel charger.
Ada banyak lambakkan charger daripada pelbagai bentuk dan jenama di pasaran. Tapi yang mana bagus untuk kegunaan musim raya ni? Kerap kali kita lihat ada saudara-mara kita yang bawa bukan setakat satu gadget, tapi banyak! Kadang-kadang tu bukan setakat saudara-mara, malah diri kita sendiri pun sama bawa dua tiga gadget sewaktu melancong.
Jadi bila dah banyak gadget, soket elektrik dekat kampung tu bukannya banyak. Sah-sah nak beratur cas telefon pun akan ambil masa yang lama nanti. Jadi untuk menjimatkan ruang, masa dan tenaga anda bertungkus-lumus nak cas telefon raya nanti, ada dua ciri charger yang perlu ada dalam bagasi raya anda.
Multiple USB Port
Jadi demi menjimatkan ruang dan mudah untuk kita organize barang-barang, dicadangkan kepada anda untuk bawa charger yang boleh mengecas lebih daripada satu device serentak.
Kebanyakkan charger yang terkini menggunakan port USB. Hanya perlu bawa kepala charger dan extracable USB untuk mengecas gadget anda.
Itu lebih menjimatkan ruang, masa dan menjamin kesemua gadget yang kita bawa mempunyai bateri yang cukup untuk pengembaraan pada esok hari.
Fast charging
Sekarang teknologi dah semakin berkembang pesat maka keluarlah pelbagai jenis produk terbaik yang ada di pasaran. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa minit dalam sehari untuk mencari dan menggodek semua ecommerce yang ada dalam internet untuk cari pengecas fast charging ni.
Kalau boleh dapatkan pengecas fast charging yang boleh mengecas beberapa peranti sekaligus sebab ia lebih menjimatkan ruang dan masa menunggu untuk peranti anda siap dicas.
Fast charging ni bagi Libur sangat membantu. Anda tak perlu melangok menunggu lama untuk peranti anda 100% fully charge. Teknologi fast charging ni boleh mengecas peranti anda dalam masa singkat sahaja, lebih kurang sejam berbanding semalaman berbanding pengecas biasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pernah tak anda terfikir untuk membawa kit pertolongan cemas ketika bercuti? Sekiranya ada, bagus. Anda telah membuat satu keputusan yang bijak. Tapi kelengkapan dalam kit pertolongan cemas hanya berupa minyak angin dan panadol sahaja tak cukup sebab setiap destinasi dan situasi adalah berbeza.
Jadi kit pertolongan cemas yang anda bawa sewaktu bercuti perlu bersedia untuk segala kemungkinan. Saya akan senaraikan kepada anda, apa jenis kebarangkalian situasi yang mungkin akan anda jumpa, lebih-lebih lagi ketika anda melancong ke luar negara dan ada jenis ubat-ubat yang perlu anda siapkan dalam kit pertolongan cemas anda.
Alahan
Pil yang mengandungi antihistamines sangat berkesan untuk menentang alahan, kegatalan, kemerahan mahupun gigitan serangga pada kulit. Losen calamine pula bertindak merawat kulit bengkak akibat kegatalan dan kulit yang alah secara tiba-tiba sekiranya anda tersilap makan.
Cirit-birit
Makanan yang tidak sesuai dengan perut anda atau termakan makanan tercemar ketika bercuti akan membuatkan percutian anda malang. Oleh itu, adalah penting jika anda terus mengekalkan hidrasi tubuh badan dengan meminum banyak air seperti dioralyte kerana ia mengandungi garam rehidrasi yang bertindak sebagai penyegar kerana kandungan gula dan garam (glukosa, natrium klorida, kalium klorida dan hidrogen disodium sitrat). Biasanya, minuman ini diambil oleh orang yang diserang sakit cirit birit untuk menggantikan cecair yang hilang.
Sembelit
Makanan yang tidak dikenali ketika bercuti boleh menyebabkan masalah sembelit. Laxative atau julap boleh membantu anda ‘membuang’ dalam jangka masa pendek. Kebanyakan julap hadir dalam bentuk pil atau sirap. Jika anda lebih berhati-hati, sembelit boleh dicegah dengan mengambil diet tinggi serat dan minum banyak cecair.
Pedih hulu hati & perut berasid
Jika anda mengalami perut pedih akibat pedih hulu hati, rasa panas dan tidak selesa akibat mengambil makanan dan minuman yang ‘tajam’, ketika ini anda memang memerlukan antasid. Ia membantu melegakan masalah keasidan tinggi dalam perut anda.
Jangkitan dan keradangan
Jika anda mudah diserang penyakit, ada baiknya anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana pil antibiotik tidak boleh diambil sebarangan. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan yang perlu dibawa. Elak membeli pil antibiotik yang dijual di farmasi tanpa arahan dari doktor.
Sakit
Ubat penahan sakit penting untuk melegakan masalah sakit kepala, sakit otot, sakit gigi mahupun ketika senggugut. Jangan lupa bawa ubat yang mengandungi aspirin (misalnya Aspro clear), paracetamol (misalnya panadol) atau ibuprofen (misalnya Nurofen). Tapi kami mengesyorkan anda memilih pelekat seperti koyok atau plaster kerana lebih memudahkan anda berbanding ubat-ubatan kerana terlalu terdedah atau terbiar tanpa sedar boleh menyebabkan ubat kurang berkesan. Malah, aspirin tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak melainkan nasihat doktor.
Kudis dan kulit lepuh
Satu botol kecil yang mengandungi chlorhexidine membantu mencegah jangkitan kulit. Tisu antiseptik juga berguna untuk mengelap dan membersihkan luka. Pembalut dan plaster berguna untuk rawat kelukaan kecil pada tangan dan anggota lain. Dettol adalah bahan antiseptik yang mudah dibawa.
Kulit terbakar
Kulit terbakar boleh dicegah sekurang-kurangnya anda menyapu krim sinar matahari yang memapunyai perlindungan matahari (SPF) yang tinggi dan sesuai. Penggunaan aloe vera merupakan bahan semulajadi yang membantu meredakan kemerahan pada kulit.
Selain bahan ubatan di atas, kini anda boleh mendapati barangan digital berbentuk mini seperti termometer yang mudah dibawa untuk melihat suhu tubuh badan anda. Setakat kain kecil dan gunting kecil pasti tidak mempunyai masalah asalkan ia tidak disalah guna. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda pasti kadang-kadang menghadapi masalah nak susun baju dalam luggage kan? Lebih-lebih lagi kalau anda mempunyai luggage yang kecil. Luggage kecil ni senang dan praktikal untuk di bawa ke mana-mana.
Tapi, ruang yang ada dalam luggage kecil ni terhad. Tak seperti luggage yang besar almari untuk kita angkut semua barang dalam tu. Haa dekat sini la kepakaran dan kemahiran anda dalam melipat dan menyusun atur pakaian anda dapat menjimatkan ruang yang ada.
So macam mana caranya? Okay jom kita tonton video di bawah
Bijakkan cara ni? Anda boleh bawa 3-4 pasang baju dan seluar sekali dengan hanya satu lipatan. Yang lebih menariknya teknik lipatan ni adalah, anda boleh asingkan setiap lipatan berbungkus ini mengikut hari dan OOTD anda!
Jadi lepas ni tak adalah serabut beg anda tak muat lagi, boleh jimat duit bagasi kapal terbang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!