Travel

Bayar RM5 Naik Cruise, Boleh Nikmati Sunset di BANGKOK

Share

Naik ‘river cruise’ murah di Bangkok? Anda boleh cuba Chao Phraya Tourist Cruise dengan tambang cuma THB40 atau lebih kurang RM5 sahaja.

Dengan cara ini anda sudah boleh mernyaksikan keindahan Delta Chao Phraya menjelang senja.

Menerusi perkongsian saudara Hafiz, ada banyak jenis cruise di Bangkok ni. Ada yang mahal siap dengan makan lagi atas itu.

Chao Phraya Tourist Cruise adalah perkhidmatan cruise untuk pelancong yang berulang-alik antara Phra Arthit Pier & Sathorn Pier.

Jarak masa perjalanan kalau dari hujung ke hujung lebih kurang 40 minit. Tapi anda boleh pilih nak turun di mana seperti di hentian Wat Arun, Icon Siam & sebagainya.

Kalau ikut pengalaman Hafiz, dia mula naik dari jeti Phra Arthit Pier dan berakhir di pusat
beli-belah Icon Siam.

Total perjalanan lebih kurang 35 minit, cruise ada dua tingkat, boleh duduk di bahagian bawah atau atas. Tapi semestinya ramai nak duduk bahagian atas tengok view Bangkok menjelang senja.

HOP On HOP Off

Nak naik ‘unlimited ride’ macam HOP On HOP Off pun boleh, kena bayar THB 150 kalau tak salah. Yang ini anda boleh naik dan turun sesuka hati mana-mana tempat yang nak pergi dan naik semula.

Jadi kalau datang Bangkok, jangan lupa naik cruise ini. Buat ‘ghaso-ghaso’ oang kata!

Oleh
Nadia