Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Februari 13, 2019
Share
Libur tahu ada yang selitkan sikit pek makanan dalam beg diorang bila pergi travel dan ada juga yang tak. Ada sorang kawan Libur ni, kalau setiap kali pergi travel dengan dia, mesti Libur lepak sekali. Sebab dalam beg dia ada macam-macam kudapan. Sepanjang jalan tu mulut asyik mengunyah makan, haha.
Mana yang tak bawa macam Libur dulu-dulu, mengendeng la dekat kawan Libur ni. Kita menumpang rezeki sekali la dengan apa yang dia ada. Tapi itu dulu-dulu la. Sekarang Libur dah bawa pek makan sendiri setiap kali pergi travel. Tak banyak, tapi cukup la nak alas perut sebelum sampai ke restoran atau nak buat kunyah-kunyah sepanjang perjalanan.
Tip untuk anda diluar sana yang nak tapau makan dalam beg, Libur nasihatkan jangan bawa makanan yang berkuah. Senang kata jangan bawa makanan yang leceh untuk disediakan dan boleh cepat basi. Contoh macam bawa nasi lemak, bihun, lontong. Kita nak pergi travel tuan-tuan dan puan-puan, bukan nak pergi picnic.
Haha.
Bawa makanan yang kering, mudah, dan cepat. Tak ada makanan yang betul-betul mengenyangkan pun tak apa. Bawa kudapan ni nak alas perut sahaja sebelum sampai ke destinasi. Bila dah sampai destinasi nanti, baru la kita cari restoran untuk makan makanan yang sedap-sedap.
Sebagai contoh, Libur tunjukkan kepada anda:
p/s: produk ni tak berbayar ya. Libur tak buat pengiklanan di sini. Semua gambar ni hanya nak beri contoh kepada pembaca setia Libur sahaja.
Itu antara barang-barang yang Libur pek sekali dalam beg setiap kali pergi travel
. Nampak barang-barang tu macam besar, tapi boleh je nak salin dalam packaging kecil-kecil. Contoh macam nescafe dan milo tu kan, satu plastik tu ada beberapa stik kecil-kecil. Muat je nak masukkan dalam beg.
Itu antara beberapa barang kudapan makanan yang Libur bawa sewaktu travel.
Macam Libur cakap tadi, ada banyak lagi pilihan lain. Bergantung kepada anda untuk mempelbagaikan jenis apa yang anda nak bawa. Dan lagi satu tip: bawa kudapan ni mampu untuk menceriakan sesuatu trip. Perut yang berisi mampu menceriakan hati. Tak percaya? Cuba lah.
Sekian rujukan travel dan percutian anda. Selamat bercuti.