Libur tahu ada yang selitkan sikit pek makanan dalam beg diorang bila pergi travel dan ada juga yang tak. Ada sorang kawan Libur ni, kalau setiap kali pergi travel dengan dia, mesti Libur lepak sekali. Sebab dalam beg dia ada macam-macam kudapan. Sepanjang jalan tu mulut asyik mengunyah makan, haha.

Mana yang tak bawa macam Libur dulu-dulu, mengendeng la dekat kawan Libur ni. Kita menumpang rezeki sekali la dengan apa yang dia ada. Tapi itu dulu-dulu la. Sekarang Libur dah bawa pek makan sendiri setiap kali pergi travel. Tak banyak, tapi cukup la nak alas perut sebelum sampai ke restoran atau nak buat kunyah-kunyah sepanjang perjalanan.

Tip untuk anda diluar sana yang nak tapau makan dalam beg, Libur nasihatkan jangan bawa makanan yang berkuah. Senang kata jangan bawa makanan yang leceh untuk disediakan dan boleh cepat basi. Contoh macam bawa nasi lemak, bihun, lontong. Kita nak pergi travel tuan-tuan dan puan-puan, bukan nak pergi picnic. Haha.

Ads

Bawa makanan yang kering, mudah, dan cepat. Tak ada makanan yang betul-betul mengenyangkan pun tak apa. Bawa kudapan ni nak alas perut sahaja sebelum sampai ke destinasi. Bila dah sampai destinasi nanti, baru la kita cari restoran untuk makan makanan yang sedap-sedap.

Sebagai contoh, Libur tunjukkan kepada anda:

Ads

p/s: produk ni tak berbayar ya. Libur tak buat pengiklanan di sini. Semua gambar ni hanya nak beri contoh kepada pembaca setia Libur sahaja.

Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Pocky ni sedap ratah dalam kenderaan. Teringat Libur naik train dari Beaufort ke Tenom, Sabah. Duduk tepi tingkap sambil layan Pocky. Fuh.. Layann..
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Kacang Ngan Yin ni best time gosip. Pstt..pstt..psstt..
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Biskut oat. Ni wajib bawa sebab penyelamat daripada kebuluran. Boleh alas perut kalau betul-betul lapar.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Meggi cup ni Libur bawa sebab bila malam kadang-kadang lapar. Kalau kedai makan tutup tak ada la tidur perut kosong sangat. Atleast ada la meggi boleh belasah.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Nescafe. Kalau lepak chalet tepi pantai, ada beranda. Pekena secawan nescafe panas sambil menghadap laut. Pergh!
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Milo ni Libur prefer time hujan atau lepas hujan. Sejuk-sejuk tu dapat milo panas, duduk tepi tingkap sambil tengok gelagat masyarakat di negara orang.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Lot100 ni Libur tak makan sangat sebab gula kan. Tapi saja standby, kot loya tekak ke apa, ada benda manis nak kunyah. Tak akan loya tekak nak kunyah biskut oat kan? Tak kena betul rasanya. Haha.

Itu antara barang-barang yang Libur pek sekali dalam beg setiap kali pergi travel. Nampak barang-barang tu macam besar, tapi boleh je nak salin dalam packaging kecil-kecil. Contoh macam nescafe dan milo tu kan, satu plastik tu ada beberapa stik kecil-kecil. Muat je nak masukkan dalam beg.

Ads
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Ada banyak lagi pilihan kalau nak bawa kudapan dalam trip. Ikut kesesuaian dan kreativiti kita untuk mempelbagaikan jenis kudapan.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Tu dia pilihan biskut kalau nak bawa sekali pergi travel. Jangan la borong habis satu pasaraya. Bawa la sekadar mencukupi untuk keperluan trip kita. Sebab nanti takut membazir pula.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Nak bawa kit kat pun okay tapi kit kat ni kecil-kecil sangat. Celah gigi Libur je. Sekali ngap terus habis. Haha.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Oreo juga antara kegemaran. Bawa yang pek pendek-pendek tu cukup. Tak perlu yang panjang-panjang. Ada dalam satu dua pek jadi la. Bukan nak makan sampai kenyang pun.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Biskut tiger ni Libur bawa kalau dalam trip ada budak-budak. Diorang suka makan biskut tiger sebab rasa dia manis-manis sikit. Best bagi makan budak-budak ni. Rasa puas bila tengok diorang happy. Hehe.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Kalau trip naik gunung Libur akan gantikan kit kat dengan cloud 9 ni. Cokelat membantu untuk bagi kita energy sikit nak naik gunung. Buka pek kecil-kecil tu, selit celah-celah begpack.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Ada yang suka bawa jajan. Tapi untuk Libur secara peribadinya, Libur tak berapa suka jajan. Tapi boleh bawa, tak ada masalah.
Bawa Kudap-Kudapan Dalam Beg Kalau Tak Nak Menggigil Kelaparan Sepanjang Perjalanan Bercuti
Yang ni geng-geng perempuan Libur suka bawa. Ketagih sangat diorang makan kek apollo ni. Tapi kalau diorang bawa, Libur ngendeng juga.. Haha.

Itu antara beberapa barang kudapan makanan yang Libur bawa sewaktu travel. Macam Libur cakap tadi, ada banyak lagi pilihan lain. Bergantung kepada anda untuk mempelbagaikan jenis apa yang anda nak bawa. Dan lagi satu tip: bawa kudapan ni mampu untuk menceriakan sesuatu trip. Perut yang berisi mampu menceriakan hati. Tak percaya? Cuba lah.

Sekian rujukan travel dan percutian anda. Selamat bercuti.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI