Bawa Baju Mencukupi Ketika Travel, Memakai Baju Sama Banyak Kali Bawa Banyak Keburukan!

Share

Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali pergi travel dan makan angin. Lebih teruk ia diulang pakai ketika hendak tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.

Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.

Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.

Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.

Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.

Bangun pagi yang lemah

Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.

Tidur tidak nyenyak

Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.

Badan berbau

Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.

Oleh
mohd farizul Ibrahim