Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali pergi travel dan makan angin. Lebih teruk ia diulang pakai ketika hendak tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.
Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.
Bangun pagi yang lemah
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah & Senang, Ini 5 Tip Menabung Untuk Melancong Ke Destinasi Impian!
Tapi tak semua orang bernasib baik nak pergi travel selalu sebab majoriti daripada kita bukannya orang have-have. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang ni yang agak terperanjat sikit, menyebabkan kos nak travel tu meningkat.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelik bila ada kawan-kawan kita boleh afford untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Macam mana diorang buat? Okay, setelah membuat kaji selidik dan kajian secara berterusan, Libur ada lima cara untuk anda menyimpan wang supaya cukup untuk keluar travel.
Teknik duit ganjil
Memang ramai yang berjaya dengan cara ni dan Libur pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil. Kaedahnya, setiap kali anda ada duit terkumpul yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5, atau RM20 dibelakang tu, anda asingkan siap-siap dalam tabung simpanan anda. Contoh hari ni anda ada RM23, asingkan RM3 tu dalam tabung simpanan.
Pada awalnya, memang susah nak kawal perasaan menabung ni. Rasa macam nak korek balik daripada dalam tabung, tapi anda kena berdisiplin. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan tabiat menabung ini dan rasa sayang nak guna bila tabung tu dah nak penuh sebab hasil simpanan duit itu yang anda nak gunakan keluar travel bersama bestfriend atau family.
Main duit kutu
Duit kutu ni biasanya kena ada geng yang main sama-sama. Lagi ramai, lagi seronok dan bersemangat nak main sebab selain dapat ‘beranakkan’ duit, anda juga dapat menyimpan.
Sistem duit kutu ni macam biasa, mengikut undian dan giliran siapa yang bakal terima duit terlebih dahulu. Lagi satu yang best main kutu ni, anda boleh rancang awal-awal, apa yang anda nak gunakan duit tersebut. Sama ada nak beli tiket flight atau bayar duit hotel.
Simpan dalam tabung besi
Dulu waktu kecil, ibu bapa kita selalu ingatkan dan memberikan galakkan untuk kita menabung. Tapi dalam masa yang sama, kita selalu korek balik duit tabung tu. Hahaha. Itu yang simpanan seciput je. Okay, lepas ni, pakai tabung yang memang susah nak buka. Contoh macam tabung tong gas.
Cari tabung yang tak ada pintu nak keluarkan duit. Bila dah penuh, korang terpaksa gergaji besi tabung tu. Dengan cara ini, akan memalaskan anda untuk korek balik duit tabung tersebut dan hanya rajin berusaha nak buka bila tiba masa yang diinginkan sahaja. Hasil daripada tabungan tu boleh la gunakan untuk pergi travel.
Bagi pada orang untuk simpankan
Teknik ini kadang-kadang berkesan sebab anda akan berasa segan nak minta balik duit tu. Contoh, anda minta mak anda simpankan. Kalau tak tahu malu, minta la balik duit tu. Confirm, kena bahan. Hahaha. Tiap-tiap bulan, asingakn sejumlah kecil duit dan bagi kepada individu yang dipercayai itu untuk disimpan.
Teknik paksa rela
Ramai diantara kita dah tahu kebaikan menyimpan dalam ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk anda menyimpan dengan selamat.
Anda akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata nak keluarkan duit. Selain daripada itu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi di hujung tahun. Lagi banyak anda simpan, lagi tinggi hasil yang anda bakal dapat.
Jadi, anda tak perlu lagi rasa sedih sebab mereput dekat rumah dan tengok kawan-kawan anda pergi bercuti. Anda juga mampu untuk ikut mereka kalau berusaha untuk menabung dan simpan wang secukupnya. Selamat berjaya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Panduan Beli Travel Insurance. Beli Tiket Kapal Terbang Boleh, Tak Kan ‘Travel Insurance’ Tak Boleh Nak Beli?
Rakyat Malaysia yang hendak melancong ke mana sahaja tidak kira dengan pesawat, memandu atau menunggang sendiri digalakkan membeli insurans sukarela bagi memastikan perlindungan menyeluruh termasuk penghospitalan.
Malang tidak berbau kan? Mengambil insurans yang memberi perlindungan meliputi penghospitalan, khususnya kos rawatan yang tinggi, pengurusan jenazah dan tuntutan oleh pihak lain termasuk kemudahan awam yang rosak akibat kemalangan sangat penting untuk kemudian hari.
Kenapa anda sanggup beli tiket kapal terbang atau menginap di hotel yang mahal, tapi 'kedekut' untuk membeli insurans ketika melancong yang ditawarkan dengan harga yang munasabah? Bukan apa, tidak la kita ingin kecelakaan terjadi, tetapi lebih baik beringat sebelum kena kan?
Tak kan la nak menyusahkan ibu ayah dikampung untuk mengadai tanah jika berlaku sesuatu kepada anda ketika bercuti di luar negara semata-mata untuk menanggung kos perubatan di hospital.
Ini ada tip perkongsian mengenai insuran ketika melancong daripada saudara Krik Alfie yang berguna untuk anda.
1) Perlu atau Penting insurance travel?
Sebelum ni pun aku fikir tak penting , sehinggalah dari pembacaan aku dan kes2 yang terjadi buat aku more alert bab ni. Since kita tak leh jangka apa bakal berlaku, jadi sangatlah perlu untuk ambil travel insurance.
Korang tengok kebelakangan ni kes sakit dan diwardkan diluar Negara dan perlukan kutipan dana untuk bawa balik Malaysiakan?Itu salah contoh. Di Korea kos perubatan sangat tinggi sehinggakan orang sana merasakan mati adalah lebih baik dari berada di hospital kerna kos yang tinggi. Kos bukan warga jauh lebih tinggi.So, fikirkan sendiri.
Belum bab kematiaan di luar negara. Kos perlu ditangggung oleh keluarga dan pihak kedutaan hanya mampu membantu dalam beberapa segi teknikal tanpa membabitkan kos kewangan (kecuali kes2 tertentu).
2) Travel insurance conventional atau takaful?
Ramai juga argue dan berbalah pendapat. Conventional dikatakan tidak patuh syariat dan takaful lebih patuh syariat islam. Untuk hal ini aku rasa bergantung pada individu, beli apa yang korang rasa terbaik untuk korang dan yang korang suka. Yang kata nak takaful sebab more islamik pun boleh teruskan tanpa perlu merendahkan level agama orang lain.
Tak setuju dengan aku? No hal. Korang tak perlu setuju untuk sesuatu yang korang tidak setuju.Okeh! Ada masa aku karang perbandingan insurance conventional dan insurance takaful dengan lebih detail bila kes study dah cukup.
3) Insurance personal dengan travel insurance kan sama?
No, tidak, bukan. Personal insurance cover lebih kepada medical dan tak semua personal cover untuk kes di luar negara . Erk, paham tak? Kalau travel insurance pula cover lebih meluas termasuk pembatalan flight, harta persendirian dan beg semasa travel, dokumen travel, personal money, flight delay, kematian dan juga perbelanjaan perubatan. Clear kan?
Apa yang dicover oleh travel insurance adalah bergantung pada package yang korang ambil. Lagi mahal lagi banyak cover yang diberikan.
Kalau insurance travel yang beli dengan AA itu lebih pada penerbangan dan kehilangan barangan semasa mengunakkan perkhdimatan mereka sahaja.
4) Apa company yang tawarkan travel insurance?
Aku cuba listkan apa yang aku tahu yer, sebab aku bukan agen insurance so kalau ada yang tertinggal dan tak der dalam list korang boleh inform.Antara company yang offer travel insurance conventinonal adalah Allianz, AIG, AXA, Berjaya Sompo, Citibank, ETIQA, HSBC, Kurnia, Maybank, Hong Leong Bank, RHB, Tokio Marine dan Uni Asia. Dan untuk takaful tavel insurance hanya dua company yang offer iaitu ETIQA dan Takaful Ikhlas.Ker ada aku tertinggal?
5) Insurance travel apa yang bagus?
Definisi bagus tu meluas. Ada bagus sebab patuh syariah , ada bagus sebab bayar sikit tapi cover banyak dan ada bagus sebab senang claim dan cepat. Korang nak kategori mana? Pada aku suka yang jenis senang claim dan cepat dapat. So apa aku selalu beli dan suggest? Sekarang paling bagus adalah bagi aku adalah ETIQA 360. Sebab incase korang warded di hospital, korang tak perlu keluarkan duit. So far, insurance lain korang kena dahulukan duit sendiri sebelum boleh claim!
6) Apa insurance cover?
Korang bacalah dan go thru la sendiri term sijil korang yer.
7) Lepas beli apa perlu buat?
Korang beli lepas tu simpan sendiri sahaja tak berapa berfungsi. Hantarkan Salinan dan inform pada keluarga dan kenalan untuk rujukan diorang. Katakan terjadi kematiaan(minta jauh) masa kita travel , jadi keluarga kita tahu dan boleh buat tuntutan untuk pihak kita. Paham kan?
8) Claim?
Korang contact agent beritahu masalah dan dia akan bagi tahu procedur untuk claim macam mana!Senang. So far, beg pecah pun cepat kalau ETIQA punya insurance.
Oh, perlu ingat TRAVEL pada masa sama HIKING kebanyakkan insurance tak cover. Hiking hanya sesetengah insurance sahaja yang cover. Dan sesetengah insurance TIDAK cover SESETENGAH Negara.Korang study sendiri.
-Travel itu awesome tapi insurance itu penting-
Sekian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Negara Jerman Ada Lebih 2100 Buah Istana. Ini Antara 13 Fakta Menarik Tentang Jerman
Jerman destinasi pelancongan terkenal dunia menjadi idaman ramai.
Jerman juga adalah salah satu negara di Eropah yang pastinya menyimpan pelbagai sejarah terutama di waktu perang dunia kedua. Berlin merupakan salah satu kota besar di Jerman. Ibu negara Jerman ini adalah bandar paling besar dan kedua paling ramai penghuni di Eropah selepas London.
Sebelum berkunjung ke Jerman, pastikan anda mengetahui serba sedikit info pengetahuan mengenai negara ini. Kalau anda nak tahu di Jerman terdapat larangan untuk menghidupkan muzik secara kuat atau apapun yang menimbulkan suara keras bahkan membersihkan menggunakan vakum. Anda dibenarkan membuat bising antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang pada hari Ahad atau pada 10 malam hingga 7 pagi.
Nak tahu perkongsian menarik lain? Ini antara fakta lain mengenai negara Jerman yang dikongsikan oleh Sue Ishk di laman Facebooknya.
Suhana dah sampai Jerman!
Itu ungkapan yang sering cikgu aku laungkan setiap kali aku berangan di dalam kelas. Hehe. Terima kasih cikgu. Saya sudah pun menjejakkan kaki ke sana, berkat doa cikgu. Makbul.
Ada apa dengan Jerman? Jom aku kongsikan fakta menarik negara ini:
1. Bahasa Jerman diguna sebagai Bahasa rasmi di Switzerland, Austria, Luxembourg, Liechtenstein dan Jerman sendiri. Patutlah bila aku pergi Austria ada orang berbahasa Jerman.
2. Ia berkongsi sempadan dengan 9 negara, Belgium, Luxembourg, Belanda, Denmark, Poland, Republic Czech, Austria, Switzerland dan Perancis. Anda sudah boleh membayangkan itinerary anda jika memulakan road trip dari Jerman bukan?
3. Pengeluar kereta terbesar di dunia. VW Golf adalah kereta jualan terbaik sepanjang masa. Patutlah banyak Mercedes jadi teksi di sana.
4. 65% lebuhraya tiada had laju. Aku akan memandu di Jerman nanti, wish me luck. Jadi Lewis Hamilton aku nanti. Hehe.
5. Merokok di tempat awam diharamkan.
6. Berlin 9 kali ganda lebih besar dari Paris.
7. Berlin mempunyai stesen keretapi terbesar di Eropah. Aku berjalan di dalam stesen keretapi utama di Stuttgart pun dah rasa azab.
8. Kata lengkap pertama berwarna coklat dihasilkan oleh warga Jerman.
9. Jeans Levi Strauss diperkenalkan oleh ahli perniagaan Jerman-Amerika.
10. Jenama Adidas dan Puma juga berasal dari sana.
11. Pasukan bola pertama menggunakan but bola yang boleh bertukar studs. Piala Dunia 1954, Jerman Barat berjaya menewaskan Hungary 8-3. Hungary adalah pasukan pilihan yang tidak pernah kalah dalam 32 perlawanan berturut-turut. Adolf Dassler, pengasas Adidas telah membekalkan pemain-pemain dengan but yang boleh bertukar studs pada perlawanan akhir dimana hujan turun dengan sangat lebat pada perlawanan itu.
12. Yuran pendidikan adalah percuma sehingga peringkat Phd untuk rakyat Jerman dan juga warga asing.
13. Ada lebih 2100 istana di Jerman.
Puas hati dengan fakta-fakta di atas? Ini gambar-gambar kenangan saya di sekitar Heidelberg yang turut menempatkan Heidelberg University , Heidelberg Castle dan Philosopher’s walk.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI