


Anda boleh mandi dari 9 pagi hingga 10 malam.



Apa Yang Menarik
2. Parking luar pagar dan rezeki sebelah ja parking tepi homestay.
3. Owner homestay ade sediakan dapur untuk anda yang nak masak. Siap ada mesin air coway dan dapur gas.
4. Jarak ke bendang sangat lah dekat 100 meter pun tak sampai. Bagus nye homestay ni dia agak privacy dan orang luar tak boleh masuk hanya pengunjung dalam itu sahaja.
5. Proses checkin sangat cepat siap.
6. Pool: ada dua satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak.

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Gian Hiking Solo ‘Adam’s Peak’ Di Sri Lanka, Lelaki Ini Belanjakan RM2.5K Untuk 10 Hari Termasuk Tiket Flight

Lain orang lain cara pengembaraannya melihat negara orang. Secara berkumpulan atau solo, apa yang penting dapat melihat keunikan serta adat budaya sesebuah negara.
Bagi Haideham Amith berkesempatan travel secara solo ke Sri Lanka sebelum Covid-19 datang.
Menurutnya dia memilih Sri Lanka kerana kos perjalanan sangat murah selain pemandangan cantik dan jarang orang Malaysia datang ke sini.
Hanya dengan bajet sekitar RM2,500 dia berjaya explore Sri Lanka selama 10 hari. Kos ini termasuk tiket fight pergi dan balik sekaligus.
Banyak tempat menarik dikunjungi termasuk melepaskan gian untuk hiking ke Adam’s Peak seorang diri.
Mengambil masa 3 jam pendakian secara santai dengan ketinggian 2243 meter dengan 5000 lebih anak tangga sambil berkenalan dengan alam flora di sekeliling. Menurutnya ketika pendakian adalah masa off season jadi tidak ada orang langsung.
Sebenarnya dia juga tidak menyangka dapat lakukannya seorang diri, tetapi beruntung kerana pendapat host yang sangat membantu dari bantuan AirBnB.
Selain itu dia juga sempat ke Mirissa Beach dan menyaksikan pemandangan sangat memuaskan hati.
Ayuh, kongsi foto menarik sepanjang travel ke Sri Lanka
Artikel Berkaitan:
Gurun Gobi Dikongsi Dua Negara China & Mongolia, Fosil Telur Dinasour Pernah Ditemui Di Sini
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aktiviti Alam Best Buat Kat Perak, Antaranya Explore Gua & Berakit Di Sungai. Penat Tapi Seronok!

Isi Kandungan
ToggleBentuk muka bumi di Perak memang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti semulajadi. Boleh dikatakan kawasan sekeliling di Perak masih menghijau dan seronok untuk diterokai.
Antara destinasi dan lokasi menarik untuk lakukan aktiviti nature di Perak:
1. Meneroka Gua Tempurung
Berkunjunglah ke Gua batu kapur yang menjanjikan pengalaman eksplorasi gua dan riadah yang menyeronokan. Pengunjung bakal menyaksikan dengan jelas keindahan struktur batu-batu kapur yang membentuk lima kebuk gua sejak ribuan tahun dahulu, walau terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengelakkan kepala terlanggar siling batu kapur dan stalaktit yang membentuk jeriji-jeriji batu sepanjang laluan kira-kira dua kilometer tersebut. Di mulut terowong ini, pengunjung dapat merasakan deruan angin yang menerobos masuk membuktikan terdapat satu lagi pintu di hujung gua tersebut.
Gua Tempurung yang dipercayai wujud sejak tahun 8,000 sebelum masihi ini sebenarnya mendapat nama dari rupa bentuknya yang menyerupai tempurung kelapa. Selain menjadi laluan dan tempat persembunyian komunis, gua ini dipercayai telah ditemui terlebih dahulu oleh seorang sami buddha yang menghuni kawasan tersebut sebagai tempat pertapaannya. Jejambat dan tangga yang dibina di dalam gua ini memudahkan pengunjung meneroka dengan selamat.
2. Jungle Trekking di Belum
Taman Negara Royal Belum merupakan khazanah yang tidak ternilai serta mempunyai
unsur-unsur kepelbagaian biologi yang begitu tinggi dan perlu dipelihara untuk generasi
akan datang. Di sini terdapat beberapa keunikan yang menjadi tarikan pelancong antaranya kewujudan habitat haiwan, bunga pakma atau rafflesia, perkampungan
orang asli, pelbagai spesies burung dan aktiviti jungle trekking.
Jika memilih untuk melakukan aktiviti jungle trekking di sini, masa yang diperuntukan oleh juru arah adalah sekitar enam jam perjalanan sahaja. Pengalaman melakukan aktiviti ini pasti meyeronokkan dan padat dengan info mengenai rahsia alam di Royl Belum.
3. Whitewater Rafting di Perak Rivers
Bagi pengunjung yang mengidamkan sedikit keseronokan dalam percutian mereka, apa kata mencuba aktiviti lasak Whitewater Rafting lagi menyeronokkan di sepanjang Sungai di Perak seperti Sungai Sungkai, Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Keselamatan anda ketika mencuba aktiviti ini tidak perlu diragui, kerana kelengkapan keselamatan telah tersedia seperti pakaian wetsuit penuh, booties, fin dan jaket keselamatan.
4. Off Road di Lasah
Kepada peminat aktiviti Off Road anda boleh mencuba menggunakan laluan yang ada di Perak, iaitu Lasah dan boleh terus memandu sehingga sepanjang jalan melalui Gua Musang di Kelantan serta Cameron Highlands di Pahang. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi berminat untuk mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana terdapat kemudahan kereta disediakan beserta pakar-pakar pengendali kenderaan ini yang berpengalaman menemani sepanjang pemanduan yang mencabar.
Masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini di Perak ialah semasa musim kering antara Mac hingga Oktober. Tetapi bagi mereka yang ingin lebih cabaran, ada boleh mencuba aktiviti ini pada musim monsun iaitu nulan November hingga Februari.
5. Santuari Burung Kuala Gula
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Tengok Rama-Rama Raja Brooke’s , Mandi Kolam Air Panas Boleh Singgah Kuala Woh

Hutan Lipur Kuala Woh terletak 13 kilometer dari Pekan Tapah di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Terletak di jalan lama dari Tapah-Cameron Highlands, keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram sungai yang begitu mendamaikan.
Hutan Rekreasi Kuala Woh yang juga terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapah ini menyediakan denai penerokaan hutan yang lengkap sekali gus menawarkan perjalanan dan pengembaraan menarik. Di kawasan jeram air terjun, pengunjung dapat melihat kehijauan pokok-pokok di sekelilingnya. Pokok yang ada dianggarkan lebih puluhan tahun dan berfungsi sebagai teduhan untuk mengelakkan cuaca panas terutama kepada orang ramai.
Uniknya jeram di sini bercampur dengan air panas semula jadi. Bagi yang ingin merasai kehangatan airnya boleh berendam di kawasan kolam air panas. Anda boleh merasai kepanasan pasir di dasarnya. Bagi yang mahu merasai kesejukan air, boleh memilih untuk berendam di kawasan bersebelahan kolam air panas sama ada di kira atau kanan sepanjang jeram.
Bukan saja lokasi berkelahnya cukup mengujakan tetapi juga destinasi percutian alam ini kaya dengan keindahan flora dan fauna mempesona. Kehadiran rama-rama Rajah Brooke’s yang hidup bebas di dalam habitat semula jadinya dan gabungan air sungai Batang Padang serta air panas semula jadi di Lubuk Merbau melengkapkan percutian alam di Hutan Rekreasi Kuala Woh ini.
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.
Kemudahan asas seperti dewan terbuka, kafe, chalet, pondok rehat, tandas, tapak perkhemahan dan tapak caravan turut disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang, bayaran sebanyak RM2 dan RM1 untuk kanak-kanak dikenakan. Bagi perkhemahan dan bermalam pula, anda perlu berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI