Jom bawa anak-anak merasa ke Ladang Farm Fresh UPM, Serdang, suasana macam berada di luar negara tetapi hakikatnya masih dalam Malaysia.
Bukan sahaja boleh bawa anak-anak melihat pemandangan yang lapang malah anda boleh memetik hasil tanaman yang segar serta minum susu lembu segar.
Apa Yang Best di Ladang Farm Fresh UPM
Buat anda yang tidak mempunyai kenderaan atau sengaja mahu menggunakan pengangkutan awam yang ada di Malaysia, jangan risau untuk ke Ladang Farm Fresh ini kerana ada caranya dengan menggunakan MRT.
Berikut merupakan panduan yang dikongsikan di laman X @Amrlamnnn.
Anda tahu tak sebenarnya boleh pergi Farm Fresh@UPM naik MRT saja dari KL Sentral? Mari sini ajar step by step!
Ads
1.Pertama sekali, dari KL Sentral anda boleh pergi dekat arah MRT Muzium Negara. Dari Muzium Negara, anda pergi ke arah line warna KUNING.
2.Kemudian, turun dekat TUN RAZAK EXCHANGE (TRX).
3.Lepas turun dari TRX, boleh ikut dan ambil Platform 3 laluan ke Putrajaya seterusnya turun dekat UPM.
Ads
4.Lepas anda turun dekat MRT UPM, turun ikut bawah dekat pintu A ada bas Rapid Jom Naik MRT, boleh naik bas itu tapi ada jadual masa yang ditetapkanlah.
5.Dari situ anda akan melalui 11 stops (berhenti) dan kena jalan sikit saja dalam 3 minit untuk sampai ke Farm Fresh dan enjoy!
Pilihan Lain Selain Bas
Ads
Untuk pengetahuan juga, kalau anda tak nak naik bas yang kena hadap 11 stops tu, anda boleh je naik grab dari MRT UPM untuk ke Farm Fresh dan mengambil masa lebih kurang 21 minit.
Harga tiket nak masuk: Dewasa Rm15 (umur 13+) Kanak-kanak: RM10 (age 4-12) bawah 12 tahun FREE
Buka setiap hari kecuali Isnin
Hah, nanti boleh ajak anak-anak datang sini sekali. Lebih mudah naik kenderaan awam berjalan, tak hadap kesesakan lalu lintas.
Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak dikatakan mendapat namanya daripada pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak. Manakala satu versi lagi mengatakan nama itu diperolehi daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan ‘Kuala Kurang Sa’ bermakna kurang satu daripada seratus kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah. Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak singgah ke bangunan-bangunan lama yang penuh dengan nilai-nilai sejarah perkembangan institusi diraja Perak seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan juga melawat kawasan sekitar Sungai Perak sendiri
Selain itu, ikon bandar DiRaja Kuala Kangsar yang juga popular adalah Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Terletak berdekatan Istana Iskandariah, ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1.
Baginda bernazar jika sembuh daripada satu penyakit yang serius, baginda akan membina sebuah masjid dan apabila sembuh, maka Masjid Ubudiah mula dibina pada 26 September 1913. Pembinaan terpaksa ditangguhkan apabila bekalan batu marmar terputus ekoran meletusnya Perang Dunia Pertama. Baginda tidak sempat melihat masjid ini siap kerana meninggal dunia setahun sebelumnya. Ia dibuka secara rasmi pada 1917 ketika era pemerintahan Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Sultan Perak ke-29, 1916-1918).
Sejarah Gajah Pijak Batu Marmar
Pembinaan masjid ini pada awalnya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa’id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu.
Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil. Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula.
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
Muzium Diraja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30, 1918-1938), Istana Negara diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Istana Iskandariah pada 1930. Pembinaan memakan masa tiga tahun. Sementara menunggu Istana Iskandariah siap, Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan yang keseluruhannya dibuat daripada kayu tanpa menggunakan paku.Istana itu kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak.
Struktur Binaa Unik
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan. Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional. Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.
Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, tempat penginapan, jeti pelancongan serta tandas awam. Jika singgah di Kuala Kangsar, tidak lengkap jika anda tidak singgah di persisiran sungai Perak ini.
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Ia memainkan peranan yang penting dalam sejarah negeri Perak. Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
Trivia
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Sayong adalah pusat pentadbiran diraja Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan. Pemindahan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 (Sultan Perak ke-28, 1887-1916). Sebelum itu, Sayong menjadi tempat raja-raja Perak bersemayam iaitu mulai dari zaman Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah 1 (1528-1549). Ketika itu, istana sultan dibina di tebing kanan mudik Sungai Perak iaitu dari hilir Sungai Perak sehingga ke Sayong. Tradisi itu dipecahkan oleh Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 apabila baginda memindahkan tempat persemayaman dari Sayong ke Bukit Chandan yang terletak di tebing kiri Sungai Perak. Di situ, baginda membina Istana Negara untuk raja-raja bersemayam, Istana Cinta Berahi untuk Tengku Permaisuri dan Istana Kasar Makmur untuk Raja Perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Datang Chalet Su Terengganu pun dah puas hati, tak perlu healing sampai ke Bali sebab sini pun dah dapat rasa suasana macam itu.
Siapa sangka ada hidden chalet di tepian pantai yang sangat cantik macam ini serendah RM69 sahaja satu malam.
Buka pintu bilik, terus nampak ombak pantai. Memang sesuai bagi anda yang sukakan kedamaian angin laut.
Chalet Su merupakan chalet seaview dan homestay yang terletak di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.
Okay, untuk harga bilik aircond bermula dari RM69 sahaja. Terdapat pelbagai jenis bilik dari Single hingga Group.
Tempat ini menawarkan Pakej 3H 2M termasuk day Pulau Kapas serendah RM 269 seorang.
Kemudahan lain seperti pantry PERCUMA, BBQ Pit PERCUMA dan parking yang sangat LUAS.
Kalau anda jenis suka OOTD, sesuai sangat lah ke sini, sebab banyak tempat SELPIE.
Pakej lain ada Day Trip ke PULAU KAPAS dan pakej CANDAT SOTONG 3h 2M serendah 199 seorang.
Bukan itu sahaja, chalet ni pun berdekatan dengan bermacam-macam kemudahan lain di sekitarnya dengan jarak antara 10meter – 1km. Sangat dekat.
Batik & kraftangan Melayu
Dobi Adamina
Spa untuk wanita
Kedai runcit
Keropok lekor
Cili Hijau Kitchen
Cuma 15 minit dari pusat bandar dan tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu.
Ada 24 jenis bilik dengan pelbagai saiz. Jadi, pilih ikut selesa dan berapa jumlah orang yang mahu duduk.
Lokasi:
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kembara ke Eropah Timur memang menjadi impian bagi sebahagian besar individu. Sejarah dan kecantikan seni bina di benua biru ini menjadi tarikan yang mengujakan.
Pesona ‘dunia lama’ memberi kesan romantis serta ragam budaya yang menarik. Sesungguhnya Eropah Timur menyediakan pelbagai panorama indah.
Eropah Timur memang agak asing buat saya, jadi peluang dan pengalaman pertama menjejaki ke bumi Prague, Czech Republic, Vienna dan Salzburg Austria serta Munich, Jerman ini saya gunakan sebaik mungkin.
Penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Prague dan transit di Dubai. Setiba di Prague, kami terus dibawa ke hotel dengan bas pelancongan.Sepanjang jalan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan sekitar Bandar Prague.Prague atau biasa juga disebut dengan Praha, adalah ibukota dari Republik Ceko, sebuah negara di Eropa Timur yang kaya akan sejarah dan budaya Bohemia.
Jika ke sini, sejumlah spot popular ini wajib anda kunjungi. Antaranya St. Vitrus Cathedral dan Lobkowicz Palace. Tempat ini terletak di atas bukit, spot ini sangat strategik untuk mendapatkan pemandangan kota Prague yang cantik. Bangunan-bangunan tua, yang hampir tidak tersentuh ketika perang dunia kedua, boleh dilihat di sini. Mulai romawi, gothik, renaissance dan baroque. Dulunya, Praha terdiri dari kota-kota kecil yang sekarang menjadi kesatuan tidak terpisah dan saling melengkapi.
Hari pertama kami dibawa ke kawasan Old Town Square yang terkenal dengan senibina Baroque yang berwarna-warni. Di sinilah terletaknya Astronomical clock yang sangat terkenal dan dibina beratus tahun lalu.Keindahan kota Praha memang sangat memikat.
Charles Bridge antara lokasi wajib jika berkunjung ke sini dan dibina pada tahun 1357. Jambatan ini merupakan salah satu landmark kota Prague yang menghubungkan area Prague Castle dengan area Old Town. Jambatan ini sering dijadikan objek foto dari atas Prague Castle bersama dengan jambatan-jambatan lain yang melintasi sungai Vlatava.
Pemandangan di sini sangat memukau. Kami terus menjejaki Charles Bridges sambil menikmati keindahan pemandangan ketika matahari mula terbenam. Sebelum pulang ke hotel yang terletak di Old Town, kami singgah untuk makan malam di sebuah restoran.
Keesokan hari kami dibawa ke Prague Castle iaitu istana terbesar di dunia yang mana kawasannya terdapat muzium, Gereja St Vitus Catheral, halaman yang cantik. Lawatan kami ditemani oleh tourist guide tempatan.
Bangunan bersejarah ini amat indah seni binanya. Lawatan diteruskan ke Golden lane yang dibina pada abad ke 16. Di sini terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barangan tempatan. Kemudian kami ke restoran untuk jamuan tengah hari, seperti biasa kami dihidangkan dengan baked atau grilled fish. Usai makan tengah hari , kami bergerak bebas untuk membeli-belah sekitar bandar Prague. Makan malam kami di sebuah restoran yang agak jauh dari bandar Prague. Di sini kami diraikan dengan persembahan tarian tradisional. Republic Czech.
Vienna
Vienna dikatakan kota yang penuh dengan serpihan sejarah. Sejarah panjang kerajaan Austro-Hungarian membuat peninggalan-peninggalan penting boleh ditemui dengan mudah. Bangunan-bangunannya indah dan superior, mulai dari bangunan ala Baroque, Gothik, atau Renaissance.
Kami dibawa ke bandar yang mana terletak bangunan bersejarah sperti Stadtpark-Johann Strauss Manument dan Hofburg , kediaman pemimpin Austria sejak tahun 1275. Kemudian kami dibawa ke kawasan pusat membeli-belah terkenal di Vienna iaitu Kartner Strasse.
Hari seterusnya kami dibawa ke SChonbrunn Palace. Ia sebuah bangunan yang tersergam dibina dengan 1441 buah bilik , halaman indah serta luas. Kami dibawa masuk ke dalam dan dapat menyaksikan keindahan seni bina asli bangunan bersejarah yang begitu menakjubkan dibina pada abad ke-18. Kami juga dibawa mengelilingi bandar Vienna untuk melihat Belvedere Palace dan St. Stephen’s Catheral.
Salzburg dan Munich
Keesokan hari, perjalanan ke Salzburg yang mengambil masa tiga jam. Setelah menikmati makan tengah hari , kami terus dibawa ke Mirabell Palace & Gardens yang dibina pada tahun 1606. Di sini terdapat banyak pokok bunga tulip pelbagai warna.
Seterusnya dibawa melawat ke Mozart’s Birthplace. Mozart dilahirkan di rumah ini pada 27 Jan 1756. Selepas itu kami berpeluang menikmati kopi dan kek di kafe yang sering dikunjungi Mozart ketika hayatnya. Lawatan diteruskan ke Stiftskirche St Peter sebuah gereja lama, restoran makan malam terletak berhampiran gereja ini.
Keesokkannya perjalanan kami ke Munich, Jerman yang mana mengambil masa lebih kurang satu jam 45 minit. Munich mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, Bangunan-bangunan lama masih banyak yang terjaga rapi walau sebahagian sudah dialih fungsi akan kegunaannya. Bangunan ini sangat unik reka bentuknya dan usianya beratus tahun.
Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Marienplatz, Siegestor ( victory gate), Nymphenburg Palace. Walaupun jadual perjalanan agak padat saya tetap merasa puas dan segala kenangan masih terpahat di jiwa. Masih ingin kembara ke sini , jika ada peluang di masa akan datang.
Pengalaman oleh: Sharifah Anom Faezah Alsagoff
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...