Baruh Glamping, Port Santai Best Di Pantai Puteri, Melaka

Share

Sekarang, untuk bercuti tidak susah. Kalau dahulu, hanya hotel menjadi pilihan tetapi hari ini glamping sudah menarik minat orang ramai untuk memilih santai berbeza. Lebih menarik ia dikelilingi keindahan alam semulajadi selain banyak aktiviti luar boleh dilakukan lebih bebas berbanding hanya terperap dalam bilik hotel.

Kalau ke Melaka, jangan lupa memilih port santai glamping yang popular di kalangan masyarakat tempat iaitu Baruh Glamping. Terletak berhadapan Pantai Puteri, Melaka, ia memberikan suasana dengan melepak di sini.

Untuk glamping begini, lebih meriah sebenarnya kalau datang cuti beramai-ramai. Sebab itulah tiada khemah couple disediakan di Baruh Glampung ini sebaliknya setiap khemah besar menyediakan dua katil queen yang mana beramai-ramai ahli keluarga dan kawan-kawan boleh tidur. Kata orang, lagi ramai lagi kecoh dan lagi best.

Di sini, selain mandi laut di Pantai Puteri, sebelum balik ke khemah ada pancuran air buat bilasan mandi. Jadi tak ada la pening-pening cari tandas bersihkan diri dari air masin.
Bukan itu saja, ada port BBQ, boleh raikan hari jadi dan paling best, siapa yang romantic, boleh makan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Memang luar biasa bahagianya.
















Yang lebih best di sini, korang tak payah risau bab makan. Sebabnya Pantai Puteri ini memang kawasan tumpuan pengunjung mandi-manda di Pantai Puteri, di situ ada banyak kedai makan. Pilih je mana korang selesa. Kalau nak lebih best, beli ikan mentah di pasar nelayan di situ dan suruh tukang masak kedai masakkan untuk korang. Semua seafoodnya sedap-sedap belaka. Tapi kalau nak buat BBQ tiada masalah pun, kata orang mana-mana yang korang selesa.

Apa pun, kalau nak ke sini, masuk ke website dia orang, Baruh Glamping dan korang boleh tengok promo sebanyak 20 peratus yang tengah dibuat sekarang. Nak buat berbuka di sini pun ada ya. Nak beraya sebab tak dapat rentas negeri pun boleh. Kenalah booking cepat dari terkurung dekat rumah saja. Sumber /Gambar : Baruh Glamping

Oleh
almaswa Haji Che Ros